Showing posts with label perjalanan. Show all posts
Showing posts with label perjalanan. Show all posts

Tuesday, June 09, 2015

AKU YANG BAHARU

Hi....
Sekian lama aku menyepi di ruangan ini. Sekarang aku kembali dengan persepsi yang baharu. Proudly to share..."I'm a novice Runner's". Wowww... semacam pelik kedengaran pengakuan aku itu. Not really a Novice Runner's...maybe I should declared myself to a Real Runner's now. Ok, satu perubahan yang sangat jelas berlaku dengan diri aku di tahun 2015 ni. From a bookworm , now turns to a runner. Yahhh... this is it. Once again proudly  to says I'm a runner and would be a runner's for whole my life. :)

Monday, May 13, 2013

al kisah si ayam kuning

si ayam kuning berkokok bukan kepalang.....
 riuh sekampung kedengaran,.... 
belari ke hulu....
 berkokok di hulu..... 
berlari ke hilir....
 berkokok ke hilir.... 
penat sekampung mendengar kokokan si ayam kuning....
 makin besar kokokannya itu..... 
kadang-kadang panjang kokokannya....,
 kadang-kadang pendek kedengarannya..... 
haihhhh si ayam kuning....., 
sudah-sudah la tu..., 
semua tahu sudah.... hmmmmm..... 
bingit telinga mendengar kokokan mu yang baru setengah jagung... 
sakit telinga dek mendengarnya... 
menunggu si ayam merah jaguh sabungan....
 baru kau tahu... 
kokokan mu itu bukanlah sehebat mana.....

 p/s: duduk diam Dan memerhati si ayam kuning

Tuesday, September 04, 2012

Perjalanan AKU


Sekian lama menyepi baru kini AKU kembali...
Menjejak kembali jalanan blogger yang telah aku tinggalkan....
Perjalanan semakin panjang dan semakin perlahan....
Sehingga satu waktu dan ketika AKU menjadi penat...
Penat dalam pencarian jalan yang begitu panjang ini....
Namun dalam kepenatan, AKU sempat mendengar...
Satu suara kecil yang ada pada diri AKU...
Meniupkan kata pesan agar AKU terus berjalan...
Berjalan dan berjalan terus....
Jangan terus mengalah....
Biar kaki AKU terus melangkah..
Walau ada becak dan lumpur dihadapan...
Biarkanlah AKU melangkah....
Walau perlahan....
Walau selangkah demi selangkah....
Hatta AKU tidak berlari pun tidak mengapa....
Asalkan AKU teruskan perjalanan yang masih panjang ini....
Biar mengensot seperti siput...
Biar menjalar seperti ular....
Biar perlahan seperti kura....
Yang penting AKU teruskan perjalanan ini....
Moga akan ada jalan penamat yang AKU temui nanti...
INSYA-ALLAH....
Segalanya mungkin, dengan pertolongan dari NYA.....


Tuesday, February 07, 2012

FOR YOU

Hello peeps!! Wanna share this vid with you out there. Really like it!! and I loves it!! Wow, really amazed with this one. No doubt at all. Hmmm, it kept me to believes that, what goes around comes around. If you makes something goods to the others, whether its small or big matters; then at the end of your day, you would gets the goods one in your returns and vice versa. People says, if you make something bad to the others, the karma's would get into you at the ends. My moms says, if you want some respect to the others, then respects them first. If you be nice to the others, then they would be more nicer to you too. Simple rite. It's a simple rules in living with the others in harmony ways. Indeed. Then, let's check this vid. Hopes you like it!! :)


p/s: just sharing... 

Monday, February 06, 2012

Renung siapa KITA dengan DIA


Bersangka baiklah dengan ALLAH, kerana dengan bersangka baik dan redha dengan ketentuan dariNYA, insyaAllah kita akan mendapat sesuatu yang tidak kita jangka-jangka. Walaupun, jalan yang kita lalui itu ranjau berduri, berliku-liku...tapi andai hati kita telah bulat dengan segala pemberian dariNYA pasti ada ganjaran yang akan menanti kita. Nampak mudah dan senang untuk didengari, tapi bila untuk melakukannya nampak segalanya bermula dari kepahitan. Bila dah belajar tentang sesuatu yang pahit, maka dengan semena-mena kita mula menyedari adanya manis dibalik pahit itu. Kemanisan yang mana mungkin kita dapati dengan mudah. Kemanisan itulah yang akan menjadikan kita sedar siapa kita denganNYA. Kerana dengan bantuan dan keizinan dariNYA saja, rasa kemanisan itu dapat kita lihat dan rasa sendiri. Oleh itu, renung balik siapa KITA dengan DIA..siapa KITA tanpa DIA..hmmmm...di sini, ingin AKU kongsikan satu sajak/puisi yang AKU rasa sungguh dalam maknanya...sungguh cantik bahasanya..buatkan AKU berfikir akan AKU yang bergelar hambaNYA....


Biarpun kita bertuan, kita tetap bertuhan.
Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan.
Apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba.
Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan kita sujud tempatnya.
Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana.
Tempat kita di mana?Kalau bukan di situ.
Gelap dan sempit, fitnahnya teramat dahsyat.
Perjalanan yang jauh terasa perit.
Berliku-liku dengan wajah yang legam.
Siapakah yang mampu menolong?
Kalau bukan kamu yang berasa kerdil.
Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-NYA.
Lalu sujud mewalangkan diri.
Lalu pulang ke pangkuan-NYA.
Kerdilah diri apabila kita pulang ke sana.
Bergelumang tanah di atasnya subur bunga-bunga.
Wahai ALLAH, terimalah kepulanganku hamba-MU

Ku petik dari novel RANGGAU- Ramlee Awang Murshid 


p/s: sebab tu AKU sangat suka dengan RAM ni...banyak benda yang AKU dapat dan belajar dari hanya sebuah novel beliau. Kagum sungguh AKU dengan cara penulisannya...

Saturday, February 04, 2012

KEBEJATAN....

Entah berapa kali AKU menekan-nekan papan kekunci dihadapan ini. Entah berapa kali papan backspace juga AKU tekan. Jari jemari KU seolah-olah kaku dari kebiasaaannya. Inilah yang dikatakan sebagai "Writer's block". Tepu dan rasa bejat kepala otak AKU ini. Kebejatan dan kebuntuan mula jadi tembok penghalang hari ini. Hati kata taip, tapi otak kata tutttttttttttttttt..tiada respon. Kosong. Bejat. Tepu..Hmmm...baiklah, AKU menyerah. Lebih baik AKU berhenti, dan teruskan dengan DENDAM SEMALAM karya Zaifuzaman Ahmad.

p/s: Menyahut cabaran 50 buah buku setahun. Mampukah AKU??InsyaAllah..."Seminggu sebuah buku"...

Thursday, February 02, 2012

ALHAMDULILAH....

"ALHAMDULILAH..." itulah yang AKU lafazkan, tatkala AKU berjaya melepasi halangan yang pertama. Satu perasaan lapang di dada AKU kala itu. Mana taknya, halangan pertama tu la yang membuatkan AKU kecundang dalam ujian litar yang lepas. Rasa trauma dengan bukit pun ada masa tu. Benci dan geram pada halangan itu. Hanya kerana AKU tidak lepas halangan pertama itu. Namun, kebencian, kegeraman dan ketraumaan AKU tidaklah berpanjangan. Kerana nekad, AKU bulatkan hati untuk lakukan sekali lagi.

 I believe in second chances. If I cannot do something right at the first time, I expect or hopes to be given a second chance. I had learnt my mistake, my clumsiness at those moment, and I believes I could more better at the second round. ALHAMDULILAH...Finally I got my licence.  Weeeeeeeee..... :)


P/S: kereta bapa dah bertampal P tadi. heeee...dan buat pertama kalinya AKU drive ke bandar Limbang with my parents. On the way balik," pittttt" ..ingatkan AKU ada buat mistake di jalan. Rupanya, ada kereta kancil yang says Hi..mungkin kerana kami sama-sama NEWBIES...ahahahaha

Monday, January 23, 2012

OH! Luasnya.........

Bumi itu luas...
adanya daratan dan lautan yang menghampar...
di daratan....
adanya banjaran yang mengunjur panjang...
gunung yang mencakar langit membiru...
bukit bukau yang beralun seia...
hutan rimba yang hijau senada...
umpama tema daratan yang terlihat dari angkasa raya...
terlihat juga...
saliran yang kecil dan berliku-liku mengunjur ke lautan biru...
di lautan...
terlihat biru senada....
tampak tenang dan sepi sekali...
namun....
di dalamnya...
seribu satu cerita dan rahsia yang tidak terlihat...
begitulah juga aku nak katakan...
rezeki itu luas...
seluas mana lautan itu..
luas lagi rezeki di muka bumi ini...
jangan pernah merasa kesempitan...
kerana rezeki itu ada di mana-mana..


P/S: tengah mengumpul tenaga untuk menggali lubang-lubang kerja......demi sesuap nasi...hmmm


Saturday, January 14, 2012

ALHAMDULILAH....



Alhamdulilah....
syukur, segalanya berjalan dengan baik setakat ini...
moga, perjalanan tahun 2012 ini, akan berjalan dengan lancar dan baik....
13 hari menempuh di tahun 2012...
bagi AKU segalanya cukup baik untuk di permulaan tahun ini....
walaupun AKU gagal di ujian memandu minggu lepas...
tapi, AKU yakin itu hanya sebahagian cabaran yang perlu AKU langsaikan sebelum suku tahun 2012 ini...
insyaAllah, 31hb nanti, AKU akan menduduki semula ujian memandu itu sekali lagi...
re-test untuk part 2: bahagian litar sahaja....
part 3: bahagian jalan ( aku pass kat sini)
jadinya, AKU akan pastikan sebelum suku tahun 2012 ini, AKU akan dapatkan lesen P juga....
huhuhuhuhu...

next Monday...
maka akan bermula la satu episode yang baru untuk AKU dan adik AKU...
adik AKU akan secara rasminya akan bergelar seorang GURU...
dan akan mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Pasir Gudang, nun jauh di sana...
Alhamdulilah....
impian bapa ngan mama AKU tercapai jua akhirnya...
:)
untuk AKU...
AKU akan memulakan pertengahan bulan Januari ini dengan membuat kerja tuaian...
tak banyak, tapi cukup la untuk menampung ekonomi yang mereng ini...
fuhhhhh...
apa pun, AKU harap agar AKU dapat menimba sedikit sebanyak pengalaman dari kerja tuaian itu...


P/S: berusaha untuk memenuhi azam AKU tahun 2012.......chaiyok!!


Tuesday, January 03, 2012

2012 yang pertama



SELAMAT TAHUN BARU 2012....
semoga tahun baru ini, akan memberikan satu lagi memento untuk KITA semua dalam menggapai impian masing-masing....
apa pun impian dan harapan yang KITA sandarkan..
berharap ianya seiring dengan usaha yang dilakukan..
agar impian dan harapan itu bukanlah hanya di pinggiran MAT JENIN...
sekecil mana pun usaha itu, ianya akan membawa impak yang besar ke arah impian dan harapan itu sendiri...
hmmmm...


untuk AKU ada beberapa short list untuk AKU capai tahun ini...
antaranya....


@ Lesen P - WAJIB DAPAT  



@ JOB - akan AKU usahakan sampai dapat...InsyaAllah 




@50 - 50 BOOKS ( Target tahun ini- memandangkan tahun 2011 hanya 25 saja yang AKU dapat baca & kumpul sebagai koleksi)
ANTARANYA...AKU nak dapatkan TWILIGHT cover WHITE tu.... dan AKU nak kumpul harta karun dari RAM collection.....perghhhhh...memang AKU nak dapatkan jugak....


@ 200 - 200 post entry untuk tahun  2012...memandangkan tahun 2011 adalah satu tahun yang AKU kira agak membanggakan untuk AKU...heee....sebelum ini 2009- 28 post entry sahaja & 2010 -45 post entry

hmmmmm...
nampak remeh...
tapi ini sebahagian short list yang AKU dapat share dengan KAMU-KAMU semua...
yang lain...
AKU tulis dalam diari hati AKU je..
apa pun...
HAVE A BLAST 2012.....

P/S: by hook or by crook....short list 2012 


Monday, September 12, 2011

Bahang

Bahang matahari pada hari ini, seperti bebola api yang dipanah terus ke kulitku. Memang panas. Sungguh panas aku rasakan. Apakah, ini tanda protes bumi atas apa yang telah kita lakukan? Marah ke atas apa yang telah  yang kita lakukan? Tanda penat, lelah dengan apa yang kita buat keatasnya. Ataupun, peringatan kepada kita semua bahawa sang bumi sudah cukup uzur untuk berputar di atas paksinya sendiri. Subhanallah..Maha Suci Allah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segalanya.


Esok, 13 September 2011 (Selasa) adalah hari peperangan buat pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia. UPSR akan berperang selama 3 hari. Walaupun pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, tapi bahangnya lebih terasa buat sang guru yang mengajar tahun 6. Itu memang aku boleh nampak sendiri sekarang, apabila melihat kelibat sang guru seperti duduk tak keruan bila terkenangkan hari UPSR yang ditunggu, dihitung, dicongak telahpun sampai ke noktahnya.Apa pun, aku doakan segalanya akan berjalan dengan baik-baik sahaja.Moga mereka dapat menjawab dengan jayanya.Amin.. 

P/S: Teringat waktu ambik UPSR dahulu. UPSR 1998.. Aku di SK. Tedungan Limbang ketika itu. 

Sunday, July 24, 2011

July Give Away:Kau Sahabat Kau Teman by Hana,syafa dan kak yana


halooooooooo haaaaaaaa...
heeeee....lama AKU tak update entry baru bukan...
kali ni AKU nak join contest lak...
memandangkan AKU memang tengah tak ada idea ni..
memang cantik sangat la ada contest ni...
sekurangnya tak la berhabuk blog AKU ni...
so..
KAMU-KAMU semua boleh join contest ni juga...
senang dan mudah...





syarat-syarat penyertaan :
  1. korang mesti follow blog hanasyafawani dan kak yana 
  2. contest ini adalah terbuka untuk sesiapa saja yang berminat.
  3. buat satu entry bertajuk July Give Away:kau sahabat kau teman by Hana,syafa dan kak yana
  4. copy banner kat atas letak dekat entry korang.
  5. ceritakan tentang sahabat baik anda . gambar korang dengan sahabat anda mesti ada(kalau takda letak lah gmbar sahabat anda).
  6. ceritakan tentang sahabat anda contoh: perangai dorang,fizikal dorang
  7. ceritakan dugaan apa yang korang penah tempuh sama sama
  8. ceritakan pengalaman paling manis korang dengan sahabat korang.
  9. copy syarat-syarat ini dan copy senarai sponser.
  10. tag kan contest ini dekat kawan-kawan korang sekurang-kurangnya 2orang (diorang mesti tahu tentang contest ni)
  11. lepas dah buat entry komen dekat post ini.
Senarai sponsor :

ok...
mari AKU kenalkan KAMU-KAMU semua dengan KAWAN TERBAIK AKU ini...

yang ni namanya Vien...atau nama penuhnya Vivianne Rozanna Matthew 
Sarawakian, Bidayuh + Kenyah 
12 /11/1986 (scorpion)
loves pink colour
berkawan since 2004 till now
sama-sama mengharungi STPM sampai ke Universiti (MSU)
ambik degree yang sama...
dialah kawan, dialah juga kawan sekuliah, dialah juga kawan serumah, dialah juga kawan sebilik..
dialah tempat AKU bercerita suka dan duka...
dialah juga yang berikan AKU semangat...
dialah pendengar setia AKU...
dialah juga pengkritik AKU...
especially bila lidah AKU tersalah pronouns English words... 


walaupun dia tengah super busy dengan practical training dia sanggup temani AKU...
dia memang Kawan TERBAIK AKU...
dialah juga TEMAN...
dialah SAHABAT....

AKU menangis terharu sebab adanya KAWAN,TEMAN, SAHABAT sepertimu...
kalau untuk AKU ceritakan..
kisah suka duka kita..
memang tak akan habis...
teringat saat mula kita berkawan di KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI..
sama-sama mengukir janji untuk ke menara gading...
yaaa...
akhirnya KAU dan AKU telah sampai ke sana...
malah AKU terhutang budi dengan parents kamu...
sebab sudi menemankan AKU untuk mendaftar bersama-sama dengan kamu di MSU...
sungguh bukan sahaja kamu, malah your family buatkan AKU very welcoming ketika itu...
sampai sekarang...
kerana dia juga...
English AKU banyak yang telah improve...
walau tidak sehebat kamu...
tapi AKU ternyata bersyukur adanya kawan sepertimu...
walau kita berlainan bangsa, dan agama...
tapi ternyata kamu memahami AKU...

kita sama-sama ketawa...
kita sama-sama menangis...
kita sama-sama suka...
kita sama-sama berduka...
sebab itu kamu memang KAWAN, TEMAN, dan SAHABAT AKU selamanya..

Thanks Vien, sebab sudi berkawan dengan AKU yang banyak songeh ini...
sungguh tiada yang mampu ku cari ganti kawan seperti kamu...
best friends for ever...
XOXOXOXOXO

yang ni namanya LIZA...atau nama penuhnya NURLIZA BINTI ABDUL RAHMAN
budak Negori....
24/10/1985
sangat suka dengan black, silver and now purple...
berkawan since 2006 till now...
sejak mula menjejakkan kaki ke kolej MSU...
ambik degree yang sama...
dia juga kawan, dia juga rakan sekuliah, dia juga rakan serumah,dia juga rakan sebilik aku...
KAMI memang rapat...
dari mula kenal sampai sekarang...
kalau dahulu...
KAMI suka jalan-jalan cari makan...
KAMI suka duduk memerhati keindahan alam...
KAMI suka melepak di BISTRO...
KAMI suka memerhati abang-abang senior...
hahahahaha memang KAMI sentiasa bersama...

memang indah saat itu...
sungguh...
tak mungkin dapat KITA lakukan semua itu serentak lagi...
memandangkan KITA semua sudah berjauhan...
dek terpisah LAUTAN CHINA SELATAN...
namun kabar saling berutus....
itulah namanya kuasa KAWAN,TEMAN dan SAHABAT yang ada di antara KITA bertiga...

walau jauh berpuluhan juta batu....
KITA bertiga tetap sepakat...
tetap sepakat untuk terus bersahabat....
malah memasang niat bersama-sama...
untuk menjejakkan kaki ke Australia...
sungguh hebat perancangan KITA itu....
moga ALLAH memperkenankan rancangan KITA bertiga itu....

masih ingatkah kamu KITA bersama-sama berpanas....
KITA bersama-sama berhujan...
KITA sama-sama rasa gementar untuk hari-hari esok...
KITA sama-sama yakin bahawa adanya hari esok yang pasti membawa seribu harapan...
KITA sama-sama bergelak ketawa...
KITA bersama-sama menahan rasa sebak...
yang pasti banyak yang telah KITA lalui bersama....

jatuh bangun telah KITA sama-sama lakukan...
banyak dugaan yang telah KITA kongsikan...
banyak sejarah yang telah KITA lakarkan di seksyen 13 itu...
banyak cerita yang telah KITA kongsikan...
banyak pengalaman pahit manis telah KITA rasai...
sungguh sampai KINI AKU masih ingat semua itu....
 
I wish KITA dapat togather-gather balik macam dahulu...
hang out macam dahulu...
cerita sampai ke pagi....
berhujan sama-sama...
berpanas bersama-sama...
apa pun I really miss those moments....
tapi...
AKU faham...
KITA masing-masing punyai misi dan impian yang harus KITA gapai....
walau berjauhan KITA tetap KAWAN,TEMAN dan SAHABAT sampai bila-bila...
AKU tetap doakan KALIAN berdua...
loves both of you...
XOXOXOXOXOXOXOX
Friends For Ever....

terima kasih MSU....
sebab memberikan KAMI kenangan yang indah ketika di sana....

P/S: so..KAMU-KAMU jom join contest ni.... :) supaya AKU pun kenal siapa kawan,teman dan sahabat KAMU-KAMU semua....happy blogging semua :)





Wednesday, June 08, 2011

Blogging Itu AKU suka


ni segment kali 3 AKU join di dunia maya blogging ni...
kali ni AKU menyahut seruan dari rakan blogger..
sebab nak join segment ni senang saja...
ada header  macam AKU letak kat atas tu...
post entri macam header tu...
kemudian tagged sesiapa yang suka blogging dan blogwalking tu...
makanya AKU tagged sesiapa yang sudi join..
nak AKU tagged specific rasa AKU macam masih baru nak kenal KAMU-KAMU semua..
jadinya AKU masih malu-malu nak tagged KAMU-KAMU semua...
tu yang randomly AKU buat...
harap ada KAMU-KAMU yang luck banyak hari ni...
boleh join segment ni...
nak tahu lebih lanjut lagi..
klik dan tengok ENCIK SYAIMZhebat..
apa pun..
HAPPY BLOGWALKING DAN HAPPY BLOGGING semua!!!

Blogwalking pun macam baca buku juga...
tapi bezanya kita boleh interaksi terus dengan si penulis itu...
dunia maya tanpa batasan yang buatkan KITA boleh cedok segalanya..
terpulang dengan AKU dan KAMU-KAMU semua untuk memanfaatkannya...
ADIOSA!!






Tuesday, June 07, 2011

FROM THE BOTTOM OF MY HEART :)

TERIMA KASIH...

Gamsahabnida...

Syukran...

Xiexie..

Salamat...

Merci...

Vielen Dank..

Grazie...

Arigato...

Obrigado...

Spasibo..

Gracias...

THANK YOU!!!

kepada KAMU-KAMU semua yang sudi bertukar link dengan AKU...
dan paling utama...
TERIMA KASIH kepada ENCIK BEN sebab menganjurkan segment menarik tertarik ni....
memang banyak membantu...
terutamanya orang-orang baru nak merangkak di dunia blogging ni, macam AKU...
dengan ikut benda macam ni...
dari sepi...
jadi meriah...
memang membantu orang seperti AKU untuk bertatih dan berkenal-kenal dengan dunia blogging ni..
dan kepada KAMU-KAMU semua yang bukan sahaja bertukar link dengan AKU...
tapi juga telah follow AKU di sini...
TERIMA KASIH sekali lagi...
tanpa KAMU-KAMU semua...
mungkin AKU keseorangan di dunia blogging ni...
DOMO ARIGATO!!!



KAMU-KAMU semua memang TERBAIK!!! :)



P/S: Salam perkenalan dari dunia blogging :) Happy blogging semua...







Monday, June 06, 2011

"confidential mission"

semalam seharian AKU mengadap...
macam-macam posisi AKU buat...
dari duduk sopan-santun..
sampailah AKU duduk katak....
dari sengal duduk katak...
AKU tukar posisi ke kuak lentang....
dari kuak lentang...
AKU tukar lagi ke posisi kuak kupu-kupu...
ahahahaha...
macam ahli gimnastik je AKU semalam...
sangat fliksibel flexible...
walau sakit badan dan mata AKU ni mengadap...
tapi AKU tetap enjoy macam PUTERI selalu cakap tu...
yang penting KITA ENJOY!!!
banyak juga yang telah AKU dapat semalam....
nanti AKU kongsi dengan KAMU-KAMU semua k....
sebab AKU tak tahu di mana suis untuk AKU hentikan aktiviti AKU ni..
sebab AKU dah rasa ENJOY sesangat...
macam orang yang baru-baru hendak bercinta...
semua nampak best je...
bak kata orang AKU di sini...
'siuk'!!!



BLOGWALKING satu senaman para bloggers sihat :)

semakin banyak BLOGWALKING semakin sihat bloggers itu!!

yeayyyyy!!!
Happy Blogging guys!!
cheers!! 







YOGA is the practice of quieting the mind...
hmmmm..
BLOGWALKING is the practice of feeding our minds...
nyumnyumnyum.....








P/S: terima kasih sebab berblogwalking di sini....DOMO ARIGATO!!!!



Thursday, December 09, 2010

JOURNEY BACK TO MY KAMPUNG.......

1. Firstly..ALHAMDULILAH....thank you ALLAH...everything going ok saja kelmarin..cuaca pun cerah pagi semalam...seakan merestui kepulanganku  ke kampung halamanku... (kpg.Anak Bukit,  Limbang)
2. Flight KL-LABUAN (AK5176) 7.45am.....sampai di Labuan around 10.10am....seat no 27D...hate it...but better than dapat seat tengah...heeee...inda (tak) suka duduk terhimpit with someone we don't know....loves seat tepi tingkap...pasal AKU suka skodeng-skodeng kat luar tingkap... :)
3. Next to me 2 guys...both AKU inda (tak) kilala (kenal)....so apa lagi...my activity bila dalam flight apa lagi....layan my mp3...luckily have it..Rihanna,Chris Daughtry, Avenged Sevenfolds, Micheal Bubble, Breaking Benjamin, Faizal Tahir songs temani AKU...mata pun terpejam for one and half hour....2 hours in flight with no one you knows really bored.....memandangkan AKU suka bercakap...hmmm..miss Laura...if dulu we get flight gather together fly from MIRI to KL....hmmm...miss you la my dear Laura... :(
4. Sesampai sahaja AKU di Labuan...terus ambil teksi ke terminal feri...fee rm12.50...nothing changes...still macam atu jua...Sampai di terminal feri Labuan...leaves my bags di kaunter meninggalkan luggage...only my bag pack saja AKU bawa...yang lain tinggalkan saja...
5. Tiket to Limbang rm28.00...feri jam 2ptg from Labuan...and sampai di Limbang around 4ptg... :)
6. Disebabkan kengalihan aka kepenatan yang melampau....niat mau round-round area Labuan tergendala...if perasaan penat tu inda menguasai diri AKU...of course AKU akan round-round Labuan sedikit....:) keletihan tahap gaban gara-gara a day before fly tu...satu hari jalan-jalan di KLCC with my dear fwen LIZA...hihihihihi sempat jua la buat photoshoot yang inda seberapa di area KLCC..X-MAS coming around...so apa lagi...snap la satu dua pose tu....heeeee...later on AKU upload the pic...since masih lam camera lagi...and using my sis lappy... :P
7. So...AKU abiskan masa melepak di kedai makan kat terminal feri tu almost 2 hours...sambil tu layan my mp3 songs and keep continue reading my new novel LOVE and the OTHER LIES...hmmmm..nasib ada buku ni..at least ada la benda yang mau di buat....tapi last-last tu...AKU take five zzzzzz di surau terminal...while waiting feri bergerak ke Limbang.... :)
8. 1.30pm dah check in ke feri...tapi sebelum atu..sempat jua aku memborong coklat tuk di bawa sebagai ole-ole...hihihihi DAIM coklat and KINDER BUENO... :))) siapa inda suka coklat kan....coklat itu sedap!!! hihihihihi....
9. 2.00pm feri pun bergerak ke Limbang...cuaca cerah...langit nampak biru...keadaan laut nampak tenang...tiada angin....rasa seperti perjalanan semalam seperti seakan menyambut kedatangan ku dengan penuh ceria...seceria sang suria menyinar petang itu...betul...AKU rasa bersyukur...:))
10. 3.50 ptg...AKU dah sampai di terminal feri di Limbang.... perjalanan lancar tanpa ada sebarang gangguan...ALHAMDULILAH....:) sepanjang perjalanan aku continue ZZZ tido lagi...tido 1 hours....heeeeee...betul-betul aku melayan mata aku ni semalam....
11. Mama..Bapa and my youngest sista semalam ambik AKU...direct pulang ke rumah...around 5.30pm dah sampai di rumah ku....:)

the END
 P/S: pic nanti aku upload.... :) 


Monday, December 06, 2010

Salam MAAL HIJRAH 1432H


Salam....
Sedar tak sedar...
KITA telah melangkah ke hujung tahun 1431H...
Hanya berapa detik sahaja..
KITA akan berhijrah ke tahun 1432H...
Bersama KITA merenungkan..
Saat-saat akhir penghujung tahun 1431H ini bersama...
Memanjatkan kesyukuran ke atas NYA...
Kerana KITA masih sempat..
Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432H..
ALHAMDULILAH...
TERIMA KASIH YA ALLAH...
MOGA TAHUN BARU 1432H INI...
AKAN MEMBAWA SERIBU RAHMAT KE ATAS KITA SEMUA...
AMIN...


P/S: jangan lupa pasang niat baru untuk tahun ni...
doa penghujung tahun dan pembuka tahun..
semoga rahmatNYA sentiasa dengan KITA semua..AMIN... :)) 

ALWAYS with ME

Lusa AKU akan memulakan perjalanan balik ke kampung....Semestinya..ada yang sentiasa menjadi peneman baik ku dalam mengisi ruang perjalanan balik ku nanti...Let me introduce you all....my best buddies....heeeee

 tak pernah ku tinggalkan nya.....always be with me...


 RIHANNA sentiasa menemani aku....... 


 M.SHADOWS pun begitu.... :))


 MR.SUPERMAN ku sentiasa ada untuk ku....


 NOVELS...teman baik ku... :)) 

akan ada UNTUK KU always......