Esok, 13 September 2011 (Selasa) adalah hari peperangan buat pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia. UPSR akan berperang selama 3 hari. Walaupun pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, tapi bahangnya lebih terasa buat sang guru yang mengajar tahun 6. Itu memang aku boleh nampak sendiri sekarang, apabila melihat kelibat sang guru seperti duduk tak keruan bila terkenangkan hari UPSR yang ditunggu, dihitung, dicongak telahpun sampai ke noktahnya.Apa pun, aku doakan segalanya akan berjalan dengan baik-baik sahaja.Moga mereka dapat menjawab dengan jayanya.Amin..
P/S: Teringat waktu ambik UPSR dahulu. UPSR 1998.. Aku di SK. Tedungan Limbang ketika itu.
No comments:
Post a Comment