Thursday, October 27, 2011

"Cliche"nya AKU...

Biasa dengar tak dengan ayat yang ini ...
"Kita hanya mampu merancang, tapi DIA yang menentukan"
hmmmm...
sudah pasti halwa telinga kita sudah terbiasa dengan ayat cliche seperti ini...
bukan sahaja halwa telinga ini yang biasa mendengarnya...
mungkin juga sudah menjadi kebiasaan di bibir kita sendiri...
kerana dengan ayat cliche seperti inilah...
kita cuba menenangkan hati yang gundah...
kita cuba menyedapkan hati yang gusar...
kita cuba untuk terima segalanya dengan hati yang terbuka...
hatta masih ada sisa kekesalan yang terpalit dan berbekas di hati ini...
tapi dengan ayat cliche ini...
kita cuba menanamkan satu kekuatan di dalam diri kita..
bahawa kita sudah melakukan yang terbaik dan sebaik yang mungkin....
jadi AKU tidak pernah menafikan bahawa ayat cliche  seperti ini..
sedikit sebanyak membantu AKU untuk tabah menghadapi hari-hari yang mendatang...
Tak begitu??


P/S: entri AKU yang sekian lama ter"jeruk" dekat draft AKU sekian lamanya...... :) Happy Blogging semua :)



Saturday, October 22, 2011

BANTU AKU...berikan AKU jawapan

aduhai.....
ada sesiapa yang tahu tak...kenapa "message inbox" AKU dekat FB tak boleh nak bukak?
hmmmm...dari tadi AKU menunggu ianya loading...
tunggu punya tunggu....
"still loading" sampai sekarang.....
hmmmmm....
kenapa ek??
bila button lain dekat FB tu ok je..
laju je...
kalau AKU nak update status ke, nak comment dekat wall friends AKU pun laju je...
nak tengok gambar pun OK je...
tapi bila nak tekan message je...
loading tak abis....
macam ke tahap infinity je ni......
huhuhuhuhu...
AKU sangat memerlukan jawapan ini...
ada sesiapa yang tahu tak....
bantu AKU....




Tuesday, October 18, 2011

KENA SAMPUK

ahhhhhhchooooooooooo!!!!!
hmmmmm...banyaknya debu yang hinggap dekat sini...
sampai AKU rasa memang tak boleh hendak AKU tutup sebelah mata ini...
tak tahan hati ini melihat debu-debu yang hinggap di sini...
sungguh terbiar....
sampai AKU rasa bersalah ni...
hmmmmm..
tapi apa boleh AKU buat...
bila AKU sudah kena sampuk oleh mereka....
AKU jadi yang obsess untuk meneruskannya...

macam yang kena tulis kat buku ni...
"Getting Hooked: Rationality or Addiction??"

hmmmmm.....
sehingga AKU lupa untuk menjenguk apa yang AKU ada...
sehingga AKU menjadi sebahagian dalam perjalanan mereka...
seolah AKU hidup dikalangan mereka...
AKU turut beremosi dengan mereka...
seolah AKU terkena tempias yang sama....
begitulah AKU apabila AKU kena sampuk oleh mereka...
nampak gayanya....
AKU akan terus membiarkan diri AKU kena sampuk oleh mereka...
AKU merelakan mereka menyampuk AKU...
kerana mereka dah sebahagian dari apa yang AKU suka sekarang ini...


sekarang ni....
mereka-mereka inilah yang menyampuk AKU...
setakat ini...
AKU dapat rasakan...
ADRENALIN AKU memang terpukul dengan mereka ini...
sampaikan AKU merelakan mereka menyampuk AKU...


p/s: sejak AKU dah temui cara yang paling mudah, jimat, cepat dan memuaskan AKU untuk mendapatkan mereka-mereka ini...makanya AKU semakin obsess untuk meneruskan semua ini..berniat nak jadikan mereka-mereka ini satu koleksi AKU yang paling AKU sayang....sesiapa nak kena sampuk...AKU cadangkan try baca buku-buku dari MELISSA HILL ini....memang sah...tak boleh lepas...previously, dari MELISSA HILL yang AKU suka sangat, LAST TO KNOW!! 




Tuesday, October 04, 2011

CintaKU telah selamat sampai


hari ini...
AKU senyum lebar sampai ke telinga...
kerana CintaKU yang AKU tunggu telah pun selamat sampai....
Terima kasih Kak Shidah...
apa lagi....
AKU layannnnnnn CintaKU ini sampai lebam....
hikhik...
insyaAllah, rasanya antara minggu ini atau minggu depan...
akan menyusul pulak LOVERS AKU....
tu KAMU-KAMU kena tunggu ek..
siapa LOVERS AKU tu...
sooooo....
ADIOSSSSAAAAA....


P/S: bersantai dengan CintaKU yang baharu...........daaaaaaaa



Monday, October 03, 2011

pengumuman KEPADA LADIES dan GENTLEMEN

HEY LADIESSSSS!!
AKU nak berkongsi info dengan ladies sekalian...
tapi tak lupa juga untuk para gentleman yang budiman...
AKU nak KAMU-KAMU semua kenali istimewanya bulan OKTOBER ini...
bukan apa...
AKU ingin berkongsi...
terutamanya HEY LADIESSS...
sebab perkara ni memang patut kita tahu dan ambik tahu...
ok, straight to the point...
bulan OKTOBER secara globalnya telah diisytiharkan sebagai BREAST CANCER MONTH....
Bulan kesedaran terhadap Breast cancer....
dan tanggal 24 Oktober ini, adalah PINK RIBBON DAY...
simbol ke arah kesedaran kita terhadap kanser no 1 di kalangan wanita sekarang ini..
bukan AKU hendak menakutkan...
tapi ini adalah kesedaran yang patut kita ambik tahu....
hakikat ini yang patut kita terima...
bahawa kita semua terdedah pada kanser no.1 ini...
oleh itu, kita patut tahu ilmu sedikit sebanyak mengenai kanser no.1 ini...
kalau hendak tahu lebih...

ok...
akhir sekali aku hendak katakan...
bulan OKTOBER adalah bulan BAHASA KEBANGSAAN...
maaflah...
mungkin bahasa AKU masih tunggang langgang dalam blog aku ni...
tapi AKU tetap berusaha untuk menaiktarafkan bahasa AKU untuk lebih indah lagi...
adiossssaaaaaaaaaaa.....




Menghitung Hari

Menghitung hari demi detik....
aduiiiiiiiiii....
rasa lambat saja hari yang berlalu....
dari hari pertama AKU dapat tracking no...
sampai sekarang....
tak kunjung tiba jua...
ingatkan tadi dapat la AKU terima bungkusan...
tapi...
hanya kertas slip untuk mengarahkan AKU untuk membuat tuntutan...
leceh sungguh...
nasib baik ADA yang baik hati...
nak bantu AKU...
berharap esok AKU akan dapat bungkusan yang AKU tunggu-tunggu itu...
zassssssssss....
tak sabar nak tunggu esok hari...
wink wink...
lalalalala