Malam ini biarlah aku melabuhkan tirai 2011 dengan sedikit perkongsian tentang istimewanya tahun 2011 ini. Perkongsian ini bukanlah dari pandangan mata orang lain, tapi dipandangan mata aku sendiri. Macam tahun-tahun yang sudah. (2009 -KE PENGHUJUNG JUA & 2010 - YANG TERBAIK).
2011~ADA APA DENGAN MU ;)
1. ROYAL WEDDING OF PRINCE WILLIAM & KATE MIDDLETON 2011
Royal Wedding of Prince William dan Kate Middleton merupakan antara yang istimewa yang aku rasakan untuk tahun ini. Bukan apa, kisah percintaan mereka ni, dah macam ala-ala "fairy tale" yang ending nya happily ever after. Sama cantik sama padan. Itulah yang mampu aku gambarkan. Aku berharap, Kate Middleton akan seperti Princess Diana yang punyai hati dan berjiwa rakyat, kerana dimata aku, Kate Middleton punyai aura Princess Diana yang tersendiri. =)
2. SUKAN SEA 2011
Sukan SEA 2011 di Palembang-Jakarta, Indonesia merupakan antara perkara yang paling bermakna untuk tahun 2011 ini. Aku bangga dengan pencapaian Skuad Harimau Muda yang telah mengharumkan nama negara di arena bola sepak. NGAUMMMMMMMMMMM.... =)
3. MERLIN SEASON 4
MERLIN dah masuk tahun yang ke-4. Memang aku tak nafikan, MERLIN SEASON 4 semakin buatkan aku untuk mesti di tengok! Jalan cerita MERLIN untuk season 4 ni, betul-betul buatkan aku tak sabar untuk melihat episode yang seterusnya. Apa pun, MERLIN memang yang terbaik.
4. GERHANA BULAN 2011
Pada 10 Disember yang lalu, kita telah menyaksikan satu fenomena gerhana bulan penuh. Kali ini, gerhana bulan penuh dapat dilihat di MALAYSIA dan ASIA TENGGARA dengan mudah dan jelas. Subhanallah, begitu besarnya kekuasaan ALLAH itu.
5. BOGEL MENUJU TUHAN - ZAHIRIL ADZIM
Ini merupakan salah satu koleksi kesayangan aku dan yang terbaik untuk di sepanjang tahun 2011 ini. Bagi aku, ini adalah hadiah yang terbaik untuk aku simpan, memandangkan dia adalah kipas susah mati aku, MR.MERAHku.
P/S: hanya ini yang mampu aku kongsikan dengan kamu semua. 2011 penuh dengan pengalaman baru untuk aku mencuba nasib selepas aku bergelar graduan. Salah satu sweet memory yang aku lalui di tahun 2011 ini. =) ADIOSAAAA....HAPPY NEW YEAR 2012.. HAVE A BLAST NEW YEAR ALL.. :)