Sebentar tadi, AKU menjengah blog DR.ZUBAIDI (
http://drzubaidi.com), dan sedikit tertarik mengenai perkongsian beliau tentang "Bahaya Mengambil Vitamin C secara berlebihan? " dan "Dos Vitamin C yang dibenarkan". Oleh yang demikian AKU tertarik untuk berkongsi bersama dan memanjangkan sedikit entri beliau di sini, kerana bagi AKU apa yang disampaikan oleh beliau itu merupakan satu bahan ilmiah yang harus dipanjang-panjangkan untuk pengetahuan kita bersama.
Vitamin C atau nama lainnya 'ascorbic acid' adalah 'water soluble vitamin', yang mana tubuh kita tidak menyimpannya secara terus, dan ianya diperolehi menerusi pengambilan makanan yang berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, brocoli, limau dan sebagainya.
Vitamin C membantu untuk perkembangan dan pembaikan tisu-tisu di dalam tubuh kita. Vitamin C juga berperanan dalam pembinaan kolagen ( sejenis protein yang penting untuk penghasilan kulit yang anjal dan cantik, penghasilan sendi-sendi ligamen, tendon dan pembuluh darah). Vitamin C merupakan antioksida yang mana berfungsi di dalam menghalang sebarang kerosakan DNA yang disebabkan oleh 'free radicals' yang menyebabkan proses penuaan kulit berlaku dan terjadinya kanser, arthritis dan 'heart disease'.
Perokok, ibu-ibu hamil, dan individu yang berkerja yang lebih stress antara golongan yang berkemungkinan akan mengalami kekurangan vitamin C di dalam tubuh mereka berbanding individu yang mengamalkan pemakanan yang sihat dan cara hidup yang sihat.
Di dalam entri DR.ZUBAIDI di sini
http://drzubaidi.com/blog/?p=3412 , beliau mengutarakan tentang pengambilan vitamin C yang berlebihan yakni "overdose". Antaranya adalah seperti cirit-birit, katarak bagi wanita yang berumur, kerosakan ginjal (sesetengah berpendapat bahawa vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan batu karang di dalam ginjal), dan yang lebih parah boleh membawa maut jika pengambilan Vitamin C tidak di ambil mengikut dose yang telah di tetapkan. Berkesinambungan dengan itu, DR.ZUBAIDI ada mengeluarkan satu entri mengenai "Dos Vitamin C yang dibenarkan"
http://drzubaidi.com/blog/?p=3423 . Di dalam entri tersebut, beliau ada menyatakan sedikit info mengenai dos yang dibenarkan dalam pengambilan vitamin C bagi setiap individu mengikut standard piawai yang telah dicadangkan oleh Amerika Syarikat.
Langkah berjaga-jaga juga harus di ambil kira sebelum seseorang individu ingin mengambil Vitamin C di dalam suplemen seharian mereka. Antaranya adalah :
# Minum air kosong secukupnya, memandangkan suplemen Vitamin C mempunyai "diuretic effect" yang mana membantu tubuh membuang lebihan cecair di dalam badan. Oleh itu, pengambilan air dapat mengurangkan kesan dehidrasi di dalam tubuh.
# Perokok yang tegar memerlukan vitamin C yang lebih dari individu yang tidak merokok adalah disebabkan nikotin di dalam rokok mengurangkan kadar vitamin C di dalam tubuh perokok tersebut. (mungkin dengan ini, perokok yang tegar sering kali kita lihat sedikit berusia dari usia mereka yang sebenar :P)
# Individu yang mengalami masalah ginjal haruslah berbincang terlebih dahulu dengan doktor mereka, sebelum mengambil vitamin C sebagai suplemen mereka. Begitu juga dengan individu yang menjalani kemoterapi.
p/s: nak cantik, biarlah berpada-pada...jangan terlampau obses cantik sehinggga terlupa menimbang kesan di atas tindakan yang kita ambil.