Friday, September 21, 2012

REPOST BEHIND THE SCENE OF A.D.A.M

Di kala ku menerjah muka buku...AKU terbaca akan catatan dari EYMAN HYKAL yang berkongsi cerita di sebalik tabir pembikinan novel A.D.A.M karya Ramlee Awang Murshid...one of my favourite author....A.D.A.M one of the best RAM collection and must read one....bagi sesiapa yang inginkan novel aksi yang penuh debaran....AKU cadangkan A.D.A.M antara yang terbaik untuk kalian....

Wayang Minda
BEHIND THE SCENE:
DI SEBALIK COVER NOVEL A.D.A.M (1)
Anda pernah baca novel Aku Darah Anak
Malaysia (ADAM) karya Ramlee Awang
Murshid? Ia adalah di antara novel yang
saya minati. Novel itu juga meninggalkan
kesan yang mendalam di antara
penulisnya Ramlee Awang Murshid (RAM)
dan saya.
Novel itu menjadikan perhubungan saya
dengan RAM menjelma daripada di antara
penerbit-penulis kepada dua orang
sahabat. Panjang ceritanya. Saya hendak
share dengan anda semua. RAM okey aje
bila saya nak share dengan anda behind
the scene ini.
Untuk kali ini, saya hendak ceritakan
mengenai covernya. Berlatarbelakangkan
kuning, ada logo Presiden Amerika dan
enam lubang kesan tembakan. Kuning
kami pilih agar warnanya menangkap
mata pembeli. Maklumlah novel thriller
pada waktu itu masih belum diminati.
Kerana itu warna kuning diharapkan boleh
melariskan novel itu.
Logo Presiden Amerika dipilih kerana
banyak menceritakan mengenai Presiden
itu. Enam kesan tembakan itu pula...
mengapa enam? Bukan 4, 5 atau 7? Enam
bermaksud Rukun Iman! Kalau hendak
menentang kejahatan, perlu ada IMAN!
Begitulah kesepakatan kami.
Next: Let's shoot the US President!


No comments:

Post a Comment