Sunday, October 28, 2012

Asam aur-aur

Asam aur-aur atau nama saintifiknya (Garcinia Parvifolia), biasa ditemui di kawasan Borneo terutamanya di kawasan Limbang, Lawas, dan Brunei Darusalam. Pokok asam aur-aur sangat sesuai tumbuh di kawasan tanah berpaya, tanah berbukit dan pendek kata, pokok asam ini tidak memilih kawasan untuk hidup, selagi berada di lingkungan kawasan beriklimkan khatulistiwa. Buah asam aur-aur apabila dilihat dari jauh, seakan buah ceri merah apabila masak, dan sesetengahnya berwarna kekuningan dan hijau (warna buah yang belum masak, masih mentah). Apabila di kopek, kulitnya akan mengeluarkan sedikit getah, dan bijinya akan kelihatan seperti isi buah manggis. Biji buah asam aur-aur ini boleh di makan begitu sahaja, rasanya seperti buah manggis, masam-masam manis. Kebiasaan masyarakat di kawasan Limbang, Lawas dan Brunei menggunakan kulit asam aur-aur yang telah dijemurkan di dalam masakan seperti merebus ikan, masakan kunyit, masakan kari, bahan untuk memerap dan tujuan membersihkan hanyir ikan, daging dan ayam ketika membasuh bahan mentah.










P/s: asam di darat, ikan di laut...dalam periuk bertemu jua....;)

posted from Bloggeroid

2 comments: