Saturday, December 31, 2011

2011~ ADA APA DENGAN MU ;)

Malam ini biarlah aku melabuhkan tirai 2011 dengan sedikit perkongsian tentang istimewanya tahun 2011 ini. Perkongsian ini bukanlah dari pandangan mata orang lain, tapi dipandangan mata aku sendiri. Macam tahun-tahun yang sudah. (2009 -KE PENGHUJUNG JUA & 2010 - YANG TERBAIK). 

2011~ADA APA DENGAN MU ;)

1. ROYAL WEDDING OF PRINCE WILLIAM & KATE MIDDLETON 2011



Royal Wedding of Prince William dan Kate Middleton merupakan antara yang istimewa yang aku rasakan untuk tahun ini. Bukan apa, kisah percintaan mereka ni, dah macam ala-ala "fairy tale" yang ending nya happily ever after. Sama cantik sama padan. Itulah yang mampu aku gambarkan. Aku berharap, Kate Middleton akan seperti Princess Diana yang punyai hati dan berjiwa rakyat, kerana dimata aku, Kate Middleton punyai aura Princess Diana yang tersendiri. =)


2. SUKAN SEA 2011



Sukan SEA 2011 di Palembang-Jakarta, Indonesia merupakan antara perkara yang paling bermakna untuk tahun 2011 ini. Aku bangga dengan pencapaian Skuad Harimau Muda yang telah mengharumkan nama negara di arena bola sepak. NGAUMMMMMMMMMMM.... =)


3. MERLIN SEASON 4



MERLIN dah masuk tahun yang ke-4. Memang aku tak nafikan, MERLIN SEASON 4 semakin buatkan aku untuk mesti di tengok! Jalan cerita MERLIN untuk season 4 ni, betul-betul buatkan aku tak sabar untuk melihat episode yang seterusnya. Apa pun, MERLIN memang yang terbaik. 


4. GERHANA BULAN 2011




Pada 10 Disember yang lalu, kita telah menyaksikan satu fenomena gerhana bulan penuh. Kali ini, gerhana bulan penuh dapat dilihat di MALAYSIA dan ASIA TENGGARA dengan mudah dan jelas. Subhanallah, begitu besarnya kekuasaan ALLAH itu. 


5. BOGEL MENUJU TUHAN - ZAHIRIL ADZIM

Ini merupakan salah satu koleksi kesayangan aku dan yang terbaik untuk di sepanjang tahun 2011 ini. Bagi aku, ini adalah hadiah yang terbaik untuk aku simpan, memandangkan dia adalah kipas susah mati aku, MR.MERAHku.

P/S: hanya ini yang mampu aku kongsikan dengan kamu semua. 2011 penuh dengan pengalaman baru untuk aku mencuba nasib selepas aku bergelar graduan. Salah satu sweet memory yang aku lalui di tahun 2011 ini. =) ADIOSAAAA....HAPPY NEW YEAR 2012.. HAVE A BLAST NEW YEAR ALL.. :)





BARU... =)

Beberapa jam lagi..
berlabuhlah tirai 2011 secara rasminya....
dengan ini...
AKU telah menjalankan sedikit transformasi ke atas "iKUt CaRAkU" ini...
walaupun tak banyak..
tapi cukuplah untuk AKU mewarnai sedikit kehidupan disini..
ngeeeeeeee~~
 
sebenarnya, AKU sayang dengan yang lama tu...
tapi tak apalah...
biarlah AKU mewarnai sedikit wajah "iKUt CaRAkU" ini...
macam bersalin baju baru pulak blog AKU ni, sempena dengan NEW YEAR 2012...



P/S: sedikit rasa menyesal pulak dah....haiyahhhhh....hahahaha perasaan yang hampir sama selepas setiap kali AKU menggunting rambut..sebelum nak gunting, beria-ria nak gunting..tapi bila dah gunting...rasa sayang pulak dengan rambut tu...heeeeee~~ macam-macam hal...HAPPY NEW YEAR 2012!! :)

31/12/2011

tanpa KITA sedari,
langkah KITA di tahun 2011 ini, sudah berada di penghujungnya...
hmmm...
telah banyak yang KITA lalui sepanjang setahun ini...
ada yang manis, masam, pahit, masin...
segala rasa telah menjadi satu...
apa pun...
yang paling penting....
BERSYUKURLAH...

buat penutup tahun 2011 ini...
AKU kongsikan beberapa koleksi buah hati pengarang jantung AKU sepanjang tahun 2011 ini...
TADAAAAAA.....



  yang ini baru sampai semalam...
belum AKU mulakan operasi operandi AKU lagi...
baru balut je semalam...
akan AKU baca sebagai pembuka tirai 2012 nanti.. =)

buku ini boleh AKU katakan...
MUST HAVE!!
bagus sangat, kerana isiannya padat, manpat dan huraiannya sangat senang di fahami dan diikuti...


antara kesayangan AKU!!
berkali AKU baca pun, AKU tak jemu!! =)

yang ini HARTA KESAYANGAN AKU!!
paling MAHAL NILAINYA di hati AKU disepanjang tahun 2011 ini...
terutamanya...
BOGEL MENUJU TUHAN ZAHIRIL ADZIM itu!!

yang ini...
masih di dalam perjalanan ke LIMBANG....
insyaAllah, lepas NEW YEAR 2012 ni sampailah...
tak sabar sungguh AKU...
pembuka tirai 2012 AKU nanti....

p/s: ALHAMDULILAH...syukur dengan segalanya... ;)



Friday, December 30, 2011

=)


Ehem-ehem....
akhirnya...
buah hati pengarang jantung ku MELISSA HILLS dah selamat sampai tadi....
dengan bookmark yang cumil itu.... hihihihi
akan AKU baca untuk pembuka tirai 2012 nanti... =)
apa pun, kemunculan angkatan RAM akan menyusul lepas ini...
itu pun AKU dah tak sabar-sabar nak baca...
sabar....
nilah kegilaan AKU disepanjang tahun 2011 ini....
nanti AKU share ngan KAMU-KAMU semua buah-buah hati AKU sepanjang 2011 ini...heeee
adiosaaaaaaaa......

p/s: selamat menikmati malam terakhir tahun 2011... ;)

Tuesday, December 27, 2011

MENUNGGU BUAH HATI BARU~~ ;)



p/s: AKU yang tengah menunggu buah hati baru...ngeeeee~~ mengada-ngada sungguh AKU ni...sekarang pun masih ada yang tak sempat nak ku balun....dah tak sabar menunggu buah hati yang baru...ngeee :P 




Saturday, December 17, 2011

SNEAKERS VS HEELS

Sneakers VS Heels....

Sneakers pilihan AKU....
sebab...
AKU rasa senang dengan sneakers...
selesa dengan sneakers...
jalan berjam pun AKU sanggup bila dengan sneakers....
confident level AKU pun tinggi time tu...
mana taknya...
dengan sneakers, AKU boleh berjalan dengan pantas...
AKU melangkah dengan yakin..
senyum pun lebar sampai ke telinga...
sebab yakin yang tersangat-sangat...
ngeeeeeee....
tapi....
bila dengan heels...
AKU rasa kekok tersangat...
janggal tersangat....
nak berdiri pun rasa tak tetap...
apa lagi melangkah...
semua teragak-agak...
nak senyum pun dah rasa kelat..
sebab mata AKU semacam tearah ke satu tempat....
iaitu ke bawah...
takut menanggung malu...
tersandung dek heels AKU yang tak balance...
aduhai....
itulah AKU suatu ketika dahulu...
buat pertama kalinya AKU dengan heels.... 
walau sekarang...
AKU sudah mampu berdiri dengan heels...
berjalan dengan heels...
tapi...
confident AKU tetap tak seperti dengan sneakers...
kerana AKU dan sneakers sudah serasi bersama...


P/S: Sneakers VS Heels.....KAMU pilih yang mana? :)



"under a tree"

KAMU........
mana nak cari KAMU....
KAMU tahu tak??
AKU sedang cari KAMU...
KAMU ada dekat mana??
jenuh AKU tunggu dekat bawah pokok tu...
puas AKU kerling jam tangan KU....
berapa lama hendak tunggu KAMU??
selalu KAMU duduk dan tunggu AKU di sana....
sampai AKU datang...
tapi...
kenapa hari ni, KAMU tak tunggu AKU macam biasa??
KAMU pergi mana??
hilang tanpa kesan.....
pergi tanpa pesan...
kalau AKU tahu..
AKU tak tunggu KAMU di sini..
KAMU tahu bukan...
AKU jenis tak suka menunggu....
menunggu buatkan AKU duduk tak senang....
hati tak keruan...
hmmmmmm....
sekarang baru AKU tahu...
KAMU memang sabar dengan AKU selama ini...
sebab, AKU selalu buatkan KAMU tertunggu-tunggu...
berjam lamanya...
tapi, KAMU tetap senyum lebar, tak merungut langsung...
sungguh KAMU penyabar orangnya...
tapi....
AKU tetap begini...
payah untuk menunggu KAMU...
jadinya AKU pergi dahulu...
tinggalkan pesan ini untuk KAMU...
kerana KAMU tahu bagaimana hendak mencari AKU...


P/S: AKU dah tahu nak buat apa...sebab tu AKU melalut di sini...sebab AKU jenuh tunggu KAMU sekarang ni.........


Sunday, December 11, 2011

Missing Piece

Hmmmmmmmm....
tetiba AKU rasa nak berkongsi dengan yang ini...
so...
jom KAMU-KAMU layan Vid ni...
DAAAAAAAAA.....



Tuesday, December 06, 2011

I'm in LOVE!!!

Hari ini AKU hendak buat pengakuan terang-terangan...
emm, kiranya pengakuan AKU ni AKU nak jadikan misi AKU ...
sampai bila pun AKU tak tahu bila kesudahannya...
AKU tidak pasti, bila AKU boleh menyempurnakan misi AKU ni...
AKU perlukan masa untuk menyempurnakannya...
mungkin bagi KAMU-KAMU, misi dan pengakuan AKU ni agak biasa...
tapi bagi AKU...ianya satu kepuasan luar biasa untuk AKU nyatakan...
mungkin hati AKU betul-betul terhambat dengan penangan ini...
mana tidaknya...
sentuhan pertama kalinya buatkan AKU betul-betul tertarik...
macam ada yang memukau AKU...
hahahahaha...
dengan ini AKU bertekad dan berazam hendak mengumpul segala khazanah yang teragung ini...
untuk dijadikan koleksi peribadi AKU...
TITIK, NOKTAH!!
I'M IN LOVE WITH RAM (RAMLEE AWANG MURSHID'S BOOK)


P/S: Usai dengan RAHSIA PERINDU dan UNGU KARMILA buatkan AKU tekad untuk dapatkan RAM's   collection ini....