DIA...
yang AKU panggil MAMA...
DIA...
juga yang AKU panggil MAA...
AKU bangga dengan adanya MAMA..
AKU sayang dengan MAA...
MAMA ku tidak secantik Siti Nurhaliza..
tapi MAA sudah AKU 'award' kan..
DIA lah MAMA yang cantik hatinya...
MAMA ku buta huruf...
cuma tahu mengenal abjad namanya...
tapi MAA sudah AKU 'award' kan..
DIA lah MAMA yang juara congak..
tambah tolak semua itu DIA lakukan 'as easy as ABC' ' A piece of Cake' atau orang KITA selalu cakap 'Kacang saja!!' :)
MAMA ku tidak pandai masak ala-ala Western...
tapi MAA memang JAGUH di Dapur buruk KAMI...
segalanya boleh jadi..
tiada yang mustahil untuk MAA...
segalanya boleh membuatkan AKU dan KAMI sendawa kekenyangan...
MAMA ku kuat membebel..
umpama siren amaran berbunyi...
tapi AKU tidak kisah...
kerana MAA menggamatkan..memeriahkan hidup AKU dan KAMI...
tanpanya, pasti AKU dan KAMI kesunyian...
tapak tangan MAMA ku tidak selembut kain kapas...
tapi tapak tangan MAA juga yang AKU dan KAMI dambakan ketika kegeringan...
sentuhan tangan MAA mampu meringankan bebanan kepala AKU dan KAMI...
ajaib bukan tangan MAMA AKU dan KAMI..
kalah MEREKA yang AKU dan KAMI gelar Tuan Doktor..
DIA lah DOKTOR AKU dan KAMI...
walau MAMA ku bukan orang terpelajar...
tapi amanat MAA membuatkan AKU dan KAMI jadi insan terpelajar..
buatkan AKU dan KAMI berhutang budi dengan MAMA..
tanpa amanatnya mana mungkin AKU dan KAMI jadi seperti ini...
terima kasih MAMA..
MAA jugalah yang TERBAIK...
MAA jugalah yang NO.1 di hati AKU dan KAMI...
AKU sayang MAMA...
KAMI sayang MAA...
'Happy Mother's Day MAMA'
'Selamat Hari Ibu MAA'
P/S: 'sepasang blouse' untuk MAA tahun ini... :) menggantikan blouse lusuh MAMA....huhuhuhu
No comments:
Post a Comment