entah kenapa hari ini..
AKU nak 'share' dengan KAMU-KAMU semua..
akan entri yang 'culik' dari sepanjang berblogwalking AKU seharian ini..
bukan niat AKU nak 'mencurik' entri orang..
tapi AKU hanya sekadar membuat sisipan khas untuk perkongsian KITA di sini...
andai tuan empunya entri ter'skodeng' dengan entri yang AKU 'culik' ini..
harap tuan empunya entri 'menghalalkan' entri 'culik' AKU ini...
kata orang...
mana yang baik, KITA sampai-sampaikan...
agar penyampaian itu akan sentiasa berpanjangan....
dan agar AKU dan KAMU-KAMU semua mengingati dan memahami sisipan yang tersirat dan tersurat di sini...
Aku terus mematikan telefon tanpa sempat mamat tu nak kenalkan diri. Biar lah, aku pon malas nak ambil tahu. Entah siapa..
Teet…teet…
“Dila….” Siapa ni? Kalau tak salah ni nombor fon mamat sewel tadi..
“Siapa? Sorry, saya tak kenal awak.. Tolong jangan ganggu saya!” Padan muka! Malas aku nak layan..
Teet..teet…
“Saya Adhwa.. Kenal saya lagi? MOHD ADHWA B SHAMSUDIN”
“Adhwa mana??????”
Teet..teet…
“Kita pernah sekelas masa semester 4.. ACB4F.. Sekarang, kita 1 jabatan.. Tadi saya nampak awak, nak tegur tapi awak jalan laju sangat”
“Maaf, ramai sangat lelaki dekat ACB4F tu.. Saya memang tak kenal awak.. Saya nak tidur. Night!” Dari mana pula mamat ni dapat nombor aku? Best nya.. Ada orang admire.. Perasan pula aku ni..
Teet…teet…
“Ok lah Dila.. Esok pagi kita jumpa eh. K, salam.” Siapa ya mamat tu? Adhwa? Serius aku tak ingat. Aku tak layan lelaki lain, sebab aku nak setia dengan wan.. Sudahnya, aku yang kena tinggal. Hehe.. Tapi semenjak kejadian tu, ramai kata aku dah makin susut.. Mula-mula aku sendiri tak perasan. Bukan sebab aku kecewa dengan wan, tapi aku sendiri tak ada selera makan. Mungkinassignment banyak sangat. Yang penting aku dah kurus sekarang. Senanglah nak cari baju pengantin nanti. Tp, siapa nak kahwin dengan aku?
Baik aku tidur. Buat apa nak ingat benda yang dah lepas?? Benda yang akan berlaku, lagilah jangan terlalu mengharap..
******
“Dila, saya nak lamar awak.. Lepas raya rombongan saya datang merisik. Lepas tu kita terus bertunang. Sebulan lepas tu kita kahwin.”
“What????” Gila ke mamat seorang ni. Tiba-tiba nak ajak aku kahwin. Aku kenal dia sekadar macam tu je. Walaupun kami satu tempat kerja tapi aku jarang jumpe die. Tiba-tiba ajak aku kahwin. Zahra, kawan pejabat aku pun terkejut badak. Patutlah dia beria ajak aku lunch. Dah tu, dia suruh bawak teman. Dia kata, tak elok kalau kami keluar berdua. Kalau dia tak suruh aku bawak teman pun, aku memang akan bawak teman. Gila pe nak keluar berdua ngan dia. Dah la bukan mahram.
“Saya serius. Tak perlu kita nak bercinta sebelum kahwin. Kita bercinta selepas kita ada hubungan yang sah. Cinta itu lebih diredhai Allah. Masa tu kita kenal hati budi masing-masing. Saya dah fikir masak-masak. Awaklah permaisuri yang layak jadi pendamping saya di dunia dan akhirat”
Malunya aku.. Lagi malu sebab zahra pun ada juga. Zahra seolah-olah mengerti. Langsung tak ambik bahagian. Hanya mendengar sahaja!
“Tapi….” aku cuba mengelak.”
“Tak ada tapi-tapi.. Saya bagi awak masa untuk fikir tentang lamaran saya. Saya tahu, awak mesti fikir saya terlalu terburu-buru.. Tapi percayalah, saya ikhlas nak jadi teman hidup awak. Balik ni, awak buat istikharah.. Minta petunjuk dekat Allah. Dia lah sebaik-baik sandaran. Kalau awak dah jumpa jawapan, awak beritahu saya. Masa tu, saya terima apa saja keputusan awak”
“Err….” Terdiam aku… tak tau nak kate ape dah…ayat mamat ni wat aku terdiam sejuta bahasa.
“Awak tak perlu tanya saya kenapa saya pilih awak. Satu hari nanti awak akan tahu jawapannya.”
******
Patut ke aku terima lamaran Adhwa? Ya Allah… berilah ku petunjuk Mu.. Walaupun masih terkejut dengan lamaran yang secara tiba-tiba, aku tetap melakukan istikhrah macam yang Adhwa’ suruh tue. Mudah-mudahan aku mendapat ilham untuk membuat keputusan.
Sebenarnya istikharah ni bukan untuk minta petunjuk pilih jodoh jer. Setiap perkara yang kita nak buat mestilah berdasarkan pilihan yang tepat. Yang memberi kebaikan kat kita dan orang lain. Itulah pesanan Ustazah Shamsiah dekat aku masa aku Tingkatan 5, sampai sekarang aku selalu minta petunjuk Allah melalui istikharah. Masa aku nak masuk UiTM dulu pun aku buat istikhrah. Biarlah keputusan yang aku buat nanti tak akan buat aku menyesal.
‘Bila kita mintak petunjuk kat Allah, insya Allah setiap keputusan yang kita wat, kita tak kan pernah menyesal memilihnya’
Terngiang-ngiang kata pensyarah aku masa aku tahun pertama kat UiTM.. Aku akan tekad dengan keputusan aku. yang pasti keputusan yang berdasarkan gerak hati aku.. Aku tau, Allah akan beri petunjuk kepada ku.
********
Hari ni genap seminggu selepas Adhwa melamar aku. Aku yakin dengan jawapan yang akan aku beri dekat Adhwa. Aku harap dia terima. Ya Allah… berilah aku kekuatan.
“Salam… Saya terima lamaran awak. Saya harap awak tak sia-siakan saya..!
Message Sent! Fuhh! Lega.. Aku rasa masa taip mesej tadi macam nak jawab soalan final je..
Teet…teet…
“Alhamdulillah.. Minggu depan, keluarga saya datang rumah awak.. Terus bincang pasal kahwin.. Persiapan kahwin kita buat sederhana.. Saya taknak ada pembaziran.. Bagi nombor akaun bank awak. Saya masukkn duit untuk kenduri..” Mak aih.. Cepatnya.. Kata lepas raya. Raya lagi 2 bulan. Mana sempat aku nk buat persiapan. Nak tempah kad jemputan lagi, nak cari mak andam. Nak pilih baju kahwin…..
“Sempat ke? Saya langsung tak bersedia apa-apa. Tak boleh nak tangguh ke?
Teet..teet..
“Jangan risau. Sebenarnya, saya dah tahu jawapan awak. Jadi, saya dah tempah kad jmputn, baju kahwin, dan lain-lain. Tugas awak, jemput kawan-kawan awak. Abah dan mak awak pun dah jemput saudara-saudara awak. Kita tinggal kahwin je..” What???? Mak dengan abah dah tau? Patutlah bila aku tanya mak dengan abah diorang setuju tanpa tanya siapa bakal suami aku.. Rupa-rupanya diorang dah kenal bakal menantu diorang. Tak adil!!!!
******
Hari ni merupakan hari bersejarah buat ku. Hari dimana aku sah bergelar isteri buat suami yang aku tak berapa kenal. Itulah hakikat nya. Aku hanya taw dia berasal dari Kuala Lumpur.. Itu pun aku nampak alamat dekat Kad Pengenalan dia masa isi borang nikah.. Nasib baik aku dah pernah ambil kursus kahwin mase di UiTM dulu.. Masa tu saja-saja nak join kursus kahwin. Lagipun yuran murah. Kalau ambil kat luar tentu mahal. Rupa-rupanye dia pun dah ambil juga. Dia ambil kursus kahwin sama dengan aku.. Aduss.. Malu sungguh aku. Paling mengejutkan aku, Diana yang aturkan semua ni. Diana dah kenal Adhwa dari mula lagi. Diana kata, Adhwa pernah tanya pasal aku dekat dia.
Semua dah tersurat. Kan setiap yang berlaku ada hikmah. Akan aku lupakan kenangan silam yang hanya menyakitkan. Aku ingin memulakan kehidupan baru dengan kenangan yang baru bersama suami ku. Aku akan menyintainya sepenuh hati ku. mencintainya kerana Allah..
“Aku terima nikah Nur Fadhilah binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM80 tunai” Airmata ku menitis riang. Riang bercampur hiba. Dari saat ini, aku telah menjadi milik yang sah buat seorang lelaki yang bernama suami. Yang berhak keatas aku, zahir dan batin. Kucupan syahdu suamiku di dahi ku sungguh mneyejukkan hati..
“Abang ingin menjadi teman sayang, dunia akhirat.. Abang ingin hidup bersama sayang selama-lamanya…” Ungkapan pertama dai suamiku setelah sah dia jadi milikku. Aku berjanji pada diriku sendiri yang aku akan menjadi yang terbaik untuk suamiku.
Majlis walimah kami berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Suami aku betul-betul mengikut yang diajar dalam Islam. Tiada majlis bersanding.. Hanya akad nikah, dan doa selamat. Tiada pembaziran dalam majlis kami. Walaupun majlis kami lain dari yang lain, namun ia tetap meriah.. Semoga rahmat Allah turun bersama dalam majlis kami. Gembira sungguh bertemu rakan-rakan lama di UiTM. Mereka semua terkejut dapat jemputan dari aku.. Mereka tak sangka yang aku bertemu jodoh dengan Adhwa yang dikenali sebagai seorang pendiam. Aku sendiri terkejut yang aku dah kahwin.. Hehe..
Dari jauh aku tengok suamiku sibuk berborak dengan abah. Entah ape yang dibincangkan aku pun tak tahu..
“Handsome juga suami aku. Berkumis nipis, yang pasti ada janggut sejemput. Aku tak tahu kenapa aku teruja dengan lelaki yang berkumis. Nampak macam macho!’
“Dila, apa yang kau tengok? Tengoklah lelaki kau tu malam ni puas-puas.” Kurrr… semangat! Faz ni memang suka mengejutkan aku.. Baru nak berangan..
“Ish ko ni.. Mana ada..” Malu aku.. Aku rasa darah merah dah menyerbu muka aku.
“Okok.. Aku faham pengantin baru.. Dila, macam tak percaya kan. Kau suka dekat orang lain, tapi kahwin dengan orang lain.”
“Weh, kau jangan sebut-sebut lagi benda lama. Ni lah jodoh aku. Aku akan bahagiakan suami aku. Aku malas nak fikir benda lepas. Semua yang berlaku ada hikamh. Patutlah Islam larang kita ‘couple’. Sebab ‘couple’ kita sekarang belum tentu jadi suami kita. Betul tak?”
“Betul-betul. Aku harap kau bahagia dengan Adhwa. Walaupun aku tak kenal dia, aku yakin dia mampu membahagiakan kau. Tengok muka pun dah tau ”
“Tengok muka? Kau pandai tilik muka ke?”
Aku pulak menyoal faz.
“Kau tak ingat ke yang kau gila dengan mamat yang berkumis. Lelaki kau ade kumis, mesti kau tak puas pandang dia”
“Kau ingat lagi eh? Rezeki aku Faz.. Kau plak bile nak kahwin? Jangan lama-lama…”
“Sabar la beb.. Aku pun nak macam kau. Tak payah bercinta, kahwin terus.. Bercinta bagai nak rak, tapi kahwin dengan orang lain apa guna? Seksa badan je…” Hehe.. Faz ni memang kawan yang baik. Bagi dia, apa yang aku buat semua betul. Dia pernah cakap dengan aku masa kat matriks yang dia rasa menyesal tak sekolah agama mase sekolah dulu. Bila ada yang tak faham pasal agama, tak payah susah-susah jumpa ustazah. Benda yang remeh pun kadang-kadang kita tak tahu. Dia kata dia banyak belajar dari aku. aku? Entah.. Ilmu aku belum cukup lagi. Masih banyak yang aku perlu belajar.
Alhamdulillah keputusan mak nak hantar aku dekat sekolah agama dulu merupakan keputusan terbaik. Sekurang-kurangnya kau mempunyai bekalan ilmu agama yang kini semakin dipnggirkan. Lagi-lagi nak menempuhi alam rumah tangga. Seminngu sebelum kami nikah, Adhwa hadiah kan aku sebuah buku. Buku yang mengajar tentang persediaan seorang isteri. Dia suruh aku khatamkan buku tu, kalau tak, kami tak jadi kahwin.
Bila fikir-dikir balik, patut la dia beria suruh aku habiskan baca. Buku tu membuat aku sedar betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang suri. Terima kasih abang.. Dila sayang abang…
************
“Assalamualaikum…” Glurp! Aku cuak.. Ni la kali pertama aku tidur sebilik dengan lelaki asing. Lelaki asing yang berhak keatas ku…
“Waalaikumussalam…” Malunya aku. Allah je yang tahu betapa malunya aku saat itu.
“Boleh abang masuk?” Bicaranya terlalu sopan. Adabnya berdasarkan sunnah.
“Emmm….”
“Dila sayang.. Kita solat sunat. Abang tunggu”
“Ya Allah.. Kau jadikanlah perkahwinan kami sebagai satu ikatan yang indah. Satukanlah hati kami di landasan rahmat Mu.. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan bertakwa kepada MU..” Aku mengaminkan doa suamiku dengan penuh pengharapan. Perkahwinan inilah yang aku idam-idamkan. Aku ingin menjadi makmum untuk suamiku dalam setiap solat ku. Aku ingin mengaminkan setiap doa suami ku. Dialah suami yang aku harap melalui doaku selama ni. Alhamdulillah, Allah telah mengkabulkan permintaan ku.
Aku mengucup tangan suamiku. Syahdu.. Aku bertuah memiliki suami seperti dia. Akan aku jaga sebaiknya tanpa melukainya. Akan aku sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan. Aku ingin membina peribadi semulia Siti Khadijah yang setia menemani Rasulullah.
“Sayang.. My honey.. My darling.. Jangan menangis…” Malunya aku… Romantik juga lelaki aku ni…
“Sayang.. Abang bertuah kerana memiliki sayang. Abang tahu, keputusan abang tepat. Dari pertama kali abang jumpa sayang kat UiTM, abang yakin abang tercipta untuk jadi pendamping sayang.. Abang harap, sayang akan terima abang seadanya.. Abang tak mampu sediakan kemewahan dunia.. Yang abang mampu, memberi kemewahan kasih sayang buat sayang. InsyaALLAH.. Kalau dizinkan-Nya, bukan di dunia sahaja, kita akan bersama diakhirat kelak. ” Bertuahnya aku.. Alhamdulillah.. Syukur padaMu ya Allah…
“Abang.. Saya harap, abang dapat terima saya seadanya.. Sayang akan cuba jadi isteri yang menyenangkan abang. Tapi, sayang nak tahu sesuatu.. Mana abang tahu saiz baju saya? Baju nikah tadi, padan dengan saya. Macam kena je dengan badan saya.” Aku menyuakan kehairanan ku. Sebenarnya aku nak tanya dekat mak andam tadi, tapi tak sempat.
“Sebenarnya, Diana yang bagitahu abang. Dia bagi saiz baju sayang. Dialah yang bagi alamat rumah sayang. Lepas abang melamar, abang terus datang rumah sayang.. Nak merisik. Alhamdulillah, mak dengan abah terima.”
“Patutlah.. Diorang setuju bila saya beritahu yang saya nak kahwin.”
“Tapi, baju nikah kita tu bukan abang yang pilih. Mak sayang yang pilih. Dia kata sayang suka warna oren.”
“Ha? Ye ke? Memang cantik baju tadi.. Oren lembut.”
“Sayang.. Abang tahu sayang pernah kecewa.. Kita mulakan hidup baru bersama. Kita kenal hati budi masing-masing. Kita bercinta. Biarlah percintaan kita di redhai. Sebab tu, abang nak kita nikah cepat-cepat. Biar kita cepat bercinta.”
Sempat lagi suami ku berseloroh.. Hmm.. Bahagianya aku rasa sekarang ni.. Kurang sikit gemuruh aku.. Suamiku memang seorang yang bijak memainkan peranan.
“Sayang…”
“Hmm…”
“Abang nak, rahim inilah yang melahirkan generasi kita yang soleh dan beriman. Yang menjadi harta kita di dunia. Dan bekalan kita di akhirat.” Kata suamiku sambil menyentuh lembut perut ku… Sejuk hatiku kala ini…
“Abang, sayang harap abang terima sayang seadanya.. Sungguh, sayang cintakan abang. Terlalu cinta…” Malam berlalu bersama kisah cinta ku yang tak berbelah bagi buat suamiku. Aku serahkan segala-gala yang aku miliki umtuk seorang lelaki bernama suami.
*********
Asyik sungguh aku melihat ombak yang memukul pantai.. Damainya suasana ketika ini.. MasyaAllah… Indah sungguh ciptaan Mu….
“Sayang.. Penat abang cari. Dekat sini rupanya dia mengelamun.”
“Maaf abang.. Tadi abang tengah tidur, saya malas nak kejutkan abang” Serba salah pula bila suami aku mengeluh kerana tinggalkan dia. Sungguh! Aku tak bermaksud nak keluar tanpa kebenaran suami ku.
“Abang.. Sayang minta maaf. Sayang tak ada niat nak keluar tanpa kebenaran abang”
“Tak ada lah. Abang terkejut, bila sedar sayang tak ada dekat sebelah abang. Takut juga kalau ada orang culik si cantik ni. Merana abang.” Suamiku tersenyum nakal..
“Siapa pula yang nak culik saya…?”
“Abang….”
“Terima kasih sebab memilih sayang.. Saya tak sangka dapat kahwin dengan lelaki idaman…”
“Lelaki idaman? Kata tak pernah kenal abang sebelum ni?”
“Abang lah lelaki idaman saya.. Lelaki yang saya idam-idamkan dalam setiap doa saya. Lelaki yang dapat mendamaikan hati saya tika keresahan. Imam saya dalam setiap solat..”
“Hmmm.. Apa-apa pun, abang bertuah kerana memiliki sayang. Sayang dengar ni…” Suami ku mengarahkan aku supaya bertentang mata dengan nya. “Abang mencintai sayang kerana Allah. Kita bina keluarga dengan nilai-nilai Islam. Kalau boleh, abang nak sayang resign. Gaji abang cukup untuk menampung hidup kita.”
Beratnya permintaan suami ku. ”Isteri yang solehah ialah isteri yang sentiasa menuruti permintaan suaminya selagi tak bercanggah dengan ajaran Islam.” ”Kalau itu yang abang nak, saya akur.” Lambat-lambat aku jawab…
Alhamdulillah. Terima kasih.. Abang nak, sayang sendiri yang menjaga dan mengasuh anak-anak kita nanti. Abang tak nak orang lain yang mengasuh anak-anak kita. Abang nak mereka sentiasa dekat dengan kita. Bukan orang lain yang tiada hubungan. Abang tak nak makan makanan yang dimasak orang lain.. Abang hanya nak makan makanan air tangan sayang.. Sebab tu abang nak sayang berhenti kerja.” Owh.. Sebab tu ke.. Bagus juga.. Hehe.. Tak lah penat sangat nak uruskan rumah tangga.. Kerja…
Kami bersama-sama menikmati keindahan pantai kala itu. Aku yang memilih untuk berbulan madu dekat Pulau Tioman.. Sebab aku nak tengok laut. Suami aku hanya menuruti. Dia pun suke tengok keindahan pantai. Semoga perkahwinan kami akan berkekalan selama-lamanya….
***********
Sesungguhnya.. Janji Allah itu benar.. Dia melarang ‘couple’ kerana syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia… Bila seorang laki dan seorang perempuan berdua-duaan (dating) orang ketiga adalah syaitan.. Bila berlakunya akad nikah, maka menangislah syaitan-syaitan kerana gagal untuk mnyesatkan sepasang manusia. Ingatlah.. Percintaan yang diredhai Allah adalah percintaan dalam perkahwinan.. ’Couple’ itu merupakan cabang-cabang zina.. Kita tak sedar, zina tu berlaku..
Dalam firman Allah.. “dan janganlah engkau menghampiri zina…..“
Insaflah semua… Jodoh setiap insan itu dah ditentukan.. Kita harus mencarinya.. Tapi mestilah berlandaskan tuntutan syara’.. Penzinaan berlaku kerana percintaan yang tak diredhai..
Zina mata.. Bila bertentangan mata antara seorang lelaki dan seorang perempuan..
Zina tangan.. Bila lelaki dan perempuan bukan mahramm bersentuhan…
Zina telinga.. Bila mendengar suara manja sang kekasih yang menaikkan nafsu syahwat…
Zina kaki.. Bila kaki berjalan untuk pergi jumpa awek untuk dating…
Segala-galanya tentang ‘couple’ adalah zina.. Oleh itu, jauhilah ‘couple’.. ‘Couple’ adalah punca utama terjebaknya zina.. Takuti lah murka Allah…. Wallahu ’alam… Sebagai peringatan bersama….
sangat suka dengan ros putih...
P/S: I LOVE YOU... teringat akan novel yang pernah AKU baca....
entri 'culik' AKU kali ini...AKU sisipkan untuk KAMU..agar KAMU memahami AKU..siapa AKU...kerana itu AKU berkongsi dengan KAMU tanpa ada keraguan.
No comments:
Post a Comment