Sunday, January 23, 2011

ikan kelisa ikan toman part 2

panjang pulak entri ikan kelisa ikan toman ni yea....hihihihi sebenarnya ni hanyalah sebahagian dari apa yang aku baca sekilas pandang dari buku "Act like a Lady, Think like a Man"....mungkin taklah sepenuhnya 100% sebijik..tapi aku cuba merungkaikannya mengikut kefahaman dan penerimaan aku sendiri...maka segalanya terpulang pada anda untuk menilainya....

ok...now aku nak jelaskan pulak dengan apa yang aku katakan kategori ikan kelisa (ikan belaan) dan ikan toman (ikan mainan) ini....heeee..pasti korang kata ntah apa-apa yang mengarut aku cakap kali ni bukan...bukan karut si tukang karut yang mengarut....tapi ini boleh dijadikan sebagai info tambahan kepada kita sahaja....terpulang kepada kita untuk menilainya...

ikan toman (ikan mainan) biasanya tidak mempunyai spesifikasi yang khusus yakni tidak mempunyai sebarang peraturan dan keperluan...ikan mainan akan rasa seronok apabila dirinya menjadi perhatian..dan mula akan menarik umpan mata kail dengan daya tarikannya sendiri dengan erti kata lain akan membiarkan dirinya bermain dengan umpan si kaki pancing....dengan erti kata lain...mudah untuk dibawa bermain dengan umpan mata kail si kaki pancing...berbanding dengan ikan kelisa (ikan belaan), sukar untuk mendapatkannya..kerana ikan kelisa emas mempunyai standard dirinya sendiri..di mana dirinya tidak mudah untuk didapati dan tidak mudah untuk didekati....

simbolik ikan kelisa(ikan belaan) dan ikan toman (ikan mainan) dengan perempuan:
1.  perempuan yang menjaga dirinya dan menghormati dirinya dari orang lain adalah ikan belaan..tapi perempuan yang membiarkan dirinya untuk diperlekehkan dan membiarkan dirinya dipergunakan adalah ikan mainan.

2. perempuan yang menjaga adab pakaiannya dengan sopan dan tidak menjadikan aset dirinya sebagai lambang kemegahannya adalah ikan belaan....tapi perempuan yang ingin berpakaian demi menunjukkan aset dirinya sebagai lambang kemegahannya dan tarikan kepada yang lain adalah ikan mainan.

3. perempuan yang menjaga kehormatan dirinya dengan tidak sewenangnya membenarkan dirinya disentuh oleh bukan muhrimya adalah ikan belaan...tapi berlainan halnya dengan ikan mainan...

4. perempuan yang ingin berkahwin dan berkeluarga adalah ikan belaan..manakala perempuan yang tidak mempunyai keinginan untuk memikul tanggungjawab berkeluarga kerana merasakan ianya adalah satu beban dan menyusahkan adalah ikan mainan...

tapi hakikatnya hanya si kaki pancing saja yang berhak menentukan sama ada ikan pancingannya sebagai ikan belaan atau ikan mainan....mari kita tinjau pula apa kriteria si kaki pancing yang nak mencari ikan belaan atau ikan mainan....

1. seandainya si lelaki berbicara dengan penuh minat tentang dirimu tentang kehidupan kamu dan segalanya tentang diri kamu..pastinya dirinya si kaki pancing untuk ikan belaannya...namun andai dirinya hanyalah sekadar endah tak endah mengenai dirimu tapi lebih berminat untuk kamu mendengar cerita dirinya maka dirinya si kaki pancing ikan mainan.....

2. jika dirinya mentertawakan prinsip kamu dan mengatakan kamu ketinggalan zaman dan kolot maka dirinya hanyalah mencari ikan mainan semata-mata tidak seperti orang yang ingin mencari ikan belaan akan menghormati dan akan memahami prinsip kamu itu tanpa sebarang bantahan...

3. jika dirinya mengambil dan meminta nombor telefon kamu..akan tetapi lebih dari 24jam dirinya tidak menghubungi kamu..maka dia si kaki pancing ikan mainan semata-mata....akan tetapi bila si dia melakukan dengan sepantas yang mungkin untuk menghubungi kamu dan menunjukkan dirinya benar-benar berminat untuk kenali diri kamu maka dirinya adalah si kaki pancing ikan belaan.. 

4. apabila bertemu dan mempergunakan kamu untuk kesenangan dan kepentingan dirinya semata-mata maka dia si kaki pancing ikan mainan tidak seperti si kaki pancing ikan belaan akan mempertahankan kamu dan melindungi kamu bukan semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri tapi demi menjaga martabat kamu sebagai perempuan itu sendiri...

5. andai dirinya mengatakan berpacaran dengan dirimu akan buatkan dirinya lebih nampak hebat maka dirinya hanyalah si kaki pancing ikan mainan semata-mata...berlainan hal jika dirinya mengatakan berpacaran dengan kamu menjadikan kamu sebahagian dari tanggungjawabnya dan keinginan dirinya untuk menerima kamu seadanya maka dirinya adalah si kaki pancing ikan belaan.....

hmmmm....mungkin banyak lagi situasi yang boleh aku berikan lagi...namun aku rasakan cukup la setakat ini untuk perkongsian dan pemahaman yang aku cedok dari buku yang tak sampai 15 minit di tanganku....aku just meninjau-ninjau buku untuk ku jadikan koleksi...sayangnya aku tak grab pun buku "Act Like A Lady, Think Like A Man" ni....just aku selak sekejap je...heeeeeee...apa yang aku grab hanyalah "The Gift" dari Cecelia Ahern...memandangkan my sis suka dengan author tu..so apa salahnya aku grab untuk koleksi bersama.....

kesimpulannya...kita sebagai perempuan mempunyai dua pilihan...sama ada mahu act like ikan kelisa ataupun ikan toman....itu terpulang kepada anda untuk memilihnya..namun jangan dilupakan si kaki pancing yakni kaum Adam juga berperanan untuk menentukan dirinya sebagai si kaki pancing ikan belaan atau ikan mainan....bergantung dengan corak permainan si kaki pancing itu sendiri...hmmmmmm....pilihan itu ada di hadapan anda...hanya anda tahu memilih dan menilainya....

p/s: aku sedang mencari si kaki pancing yang benar-benar nak menjadikan aku ikan belaannya.... :))))


buku ni la aku baca sekilas tu...  :))

2 comments: