Sunday, January 23, 2011

ikan kelisa ikan toman part 1

Tetiba pula aku tergerak nak bercerita mengenai ikan kelisa ikan toman ni....aku bukanlah si kaki pancing..aku hanyalah si penggemar ikan..i lurvesssss sea food!!! hihihihihi bagi aku ikan itu lebih sedap berbanding ayam mahupun daging...itulah aku... tapi bukan itu aku nak kongsi kali ni...tapi ada kisah disebalik ikan kelisa dan ikan toman ni...ceritanya bermula begini....sedang aku membuang masa nak pegi kolej di Shah Alam...aku melepak la sekejap kat bookshop kat KL Central..then aku tertarik dengan satu buku yang tajuknya "Act Like A Lady...Think Like A Man"...lalu aku pun grab...dan selak la sedikit nak tengok apa intipati buku itu sendiri...lalu aku tertarik dengan satu part cerita tentang kisah ikan kelisa dan ikan toman ni...hahahahaha ikutkan secara kasarnya...ikan toman dan ikan kelisa ni seperti tak ada kaitan dengan tajuk buku itu sendiri...tapi aku teruskan juga nak membaca part ikan kelisa dan ikan toman ni....

Alkisahnya....si kaki pancing sesungguhnya tahu apa perbezaan tentang ikan kelisa dan ikan toman ni...hanya si kaki pancing sahaja mengerti kepuasan menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan hasil pancingan yang ditunggunya...aku salute dengan si kaki pancing....punya tahap kesabaran yang sangat tinggi...memandangkan aku bukanlah si kaki pancing..jadinya aku tidak mengerti kenapa mereka boleh bertahan lamanya menunggu hasil pancingan walaupun kadangnya hasil yang diperolehi taklah seperti yang diharapkan...hmmmm boleh aku katakan juga..kadangnya tidak mendapatkan sebarang hasil pun....pulang dengan tangan kosong....tapi mereka tetap meneruskan aktiviti pancing itu untuk keesokan harinya...bertabah sungguh....

Si kaki pancing yang berjaya mendapatkan hasil pancingan yang besar akan berasa puas dengan hasil pancingannya itu...lalu dengan cepatnya dirinya akan menangkap gambar bersama hasil tangkapan yang sangat lumayan itu...dengan ini, mereka akan mempunyai bukti apabila berkongsi cerita dengan si kaki pancing yang lain...apalagi...gambar hasil pancingan yang besar tadi pasti akan dimuat turun ke laman sesawang seperti Facebook untuk tatapan kawan sejaringan....itulah alkisah si kaki pancing yang benar-benar obsess dengan hobinya..

Panjang pulak introduction entri aku ni....meleret pulak...heeeee :)) tapi bukan apa..aku nak bagi picture dengan korang situasi si kaki pancing ni...hmmm...kadangnya si kaki pancing..walaupun dah berjam-jam menunggu hasil pancingannya itu....last sekali dirinya hanya mendapat ikan yang regular size mahupun small size je...tak dapat nak cekup size super XL...yang peliknya si kaki pancing akan melepaskan hasil tangkapannya itu semula ke sungai...membiarkan ikan tersebut mempunyai peluang kedua untuk hidup kembali ke sungai...hanya si kaki pancing yang memutuskan sama ada hendak menyimpan ikan tersebut ataupun melepaskannya semula ke sungai....

ikan toman ikan kelisa....hmmm pada si kaki pancing...ikan kelisa lebih berbaloi untuk dijadikan ikan belaan kerana nilainya yang sangat tinggi...lagi-lagi ikan kelisa emas...sudahlah cantik...dan punyai sisik yang sangat berkilat dan mempesona mata yang memukau....memang berbaloi untuk menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan ikan kelisa emas ini....satu kepuasan yang tak terhingga bagi si kaki pancing....kontra alkisahnya ikan toman...kepuasan mendapatkan ikan toman itu tidak seperti kepuasan mendapatkan ikan kelisa....ikan toman tak diakui memang famous di kalangan si kaki pancing...ikan toman ini disukai oleh si penggemar kaki pancing kerana tarikannya ketika menyambar umpan dihujung kail pancing itu...ikan toman sebagai ikan mainan si kaki pancing..kepuasannya hanya terletak apabila si kaki pancing mendapatkan tarikan ikan toman menyambar umpan itu sahaja...akan tetapi kepuasan itu sedikit demi sedikit akan hilang kerana nilai ikan toman tidak seperti ikan kelisa...jadi aku simpulkan ikan toman sebagai ikan mainan si kaki pancing dan ikan kelisa sebagai ikan belaan si kaki pancing..

hmmm..sebenarnya cerita si kaki pancing ni bersimbolik dengan kisah perihal lelaki ingin memilih wanita untuk dijadikan suri hatinya....hmmm...aku sambung cerita ikan kelisa ikan toman ni..dalam entri yang seterusnya....nak bernafas sekejap....take five.. :))) 

  ikan kelisa emas 

ikan toman 

No comments:

Post a Comment