Sunday, October 28, 2012

Asam aur-aur

Asam aur-aur atau nama saintifiknya (Garcinia Parvifolia), biasa ditemui di kawasan Borneo terutamanya di kawasan Limbang, Lawas, dan Brunei Darusalam. Pokok asam aur-aur sangat sesuai tumbuh di kawasan tanah berpaya, tanah berbukit dan pendek kata, pokok asam ini tidak memilih kawasan untuk hidup, selagi berada di lingkungan kawasan beriklimkan khatulistiwa. Buah asam aur-aur apabila dilihat dari jauh, seakan buah ceri merah apabila masak, dan sesetengahnya berwarna kekuningan dan hijau (warna buah yang belum masak, masih mentah). Apabila di kopek, kulitnya akan mengeluarkan sedikit getah, dan bijinya akan kelihatan seperti isi buah manggis. Biji buah asam aur-aur ini boleh di makan begitu sahaja, rasanya seperti buah manggis, masam-masam manis. Kebiasaan masyarakat di kawasan Limbang, Lawas dan Brunei menggunakan kulit asam aur-aur yang telah dijemurkan di dalam masakan seperti merebus ikan, masakan kunyit, masakan kari, bahan untuk memerap dan tujuan membersihkan hanyir ikan, daging dan ayam ketika membasuh bahan mentah.










P/s: asam di darat, ikan di laut...dalam periuk bertemu jua....;)

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

Siapa Kita

" tidak perlu menyusun bahasa, seindah sasterawan negara...asalkan pelihara darjat bahasa..."

P/s: selesai menonton Osman Baku...sebahagian lirik OST Osman Baku "Siapa Kita" yang menjadikan aku tertarik untuk berkongsi sebagai renungan kita bersama. Siapa kita?

posted from Bloggeroid

Monday, October 22, 2012

Disekelilingku...










P/s: kekadang yang lama itu meninggalkan sejuta kisah untuk dikongsikan....suka duka sebuah bangunan tua....deretan kedai lama yang berusia di sekitar bandar kecilku....:)

posted from Bloggeroid

Before you.......

“Before you speak, listen.

Before you write, think.

Before you spend, earn.

Before you pray, forgive.

Before you quit, try.

Before you die, live"

P/s: stop walking...stop running...see around you for a minute...see people around you...and gives your smile ;)

posted from Bloggeroid

Saturday, October 20, 2012

Osman Baku

Bahasa lambang jiwa bangsa. Bahasa melambangkan ketamadunan manusia. Dari bahasa, budaya sesuatu bangsa itu diperlihatkan,dirasai dan diselami dari pelbagai aspek.

Kata orang,
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Namun, keindahan bahasa itu sedikit sebanyak terpalit dengan arus kemodenan yang dikatakan lebih 'urban' di mata generasi yang semakin berahi mengejar arus barat, hingga tergadai maruah bahasa itu sendiri.

Osman Baku, drama yang mengetengahkan dan meangkat darjat bahasa itu sendiri. Setiap Selasa di tv2 jam 9.30malam.

P/s: setiap kali iklan Osman Baku, rasa tercuit dengan karenah Pak cik Osman yang sentiasa membetulkan kesalahan orang di sekelilingnya. Terbaik....:)

posted from Bloggeroid

Tunggu sekejap wahai kanda....

Tunggu sekejap wahai kanda
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku
Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan kau
( 1 )

Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh
( korus )

Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu
( ulang dari 1 hingga akhir )


Nota kaki: Hujan di luar buatkan aku terkenang akan lagu P.RAMLEE ini...sungguh penangan P.RAMLEE hijau mekar walaupun sudah berdekad lamanya....sungguh jauh perspektif P.RAMLEE pada masa itu...kaulah lagenda......masyhur mu tak ditelan zaman, nama mu meniti bibir di setiap anak wayang....kaulah lagenda....benar kata orang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama...


P/S: melihat titisan air hujan dari cucuran atap,..... memikirkan orang jauh.....

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 17, 2012

Vitamin C

Sebentar tadi, AKU menjengah blog DR.ZUBAIDI (http://drzubaidi.com), dan sedikit tertarik mengenai perkongsian beliau tentang "Bahaya Mengambil Vitamin C secara berlebihan? " dan "Dos Vitamin C yang dibenarkan". Oleh yang demikian AKU tertarik untuk berkongsi bersama dan memanjangkan sedikit entri beliau di sini, kerana bagi AKU apa yang disampaikan oleh beliau itu merupakan satu bahan ilmiah yang harus dipanjang-panjangkan untuk pengetahuan kita bersama.

Vitamin C atau nama lainnya 'ascorbic acid' adalah 'water soluble vitamin', yang mana tubuh kita tidak menyimpannya secara terus, dan ianya diperolehi menerusi pengambilan makanan yang berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, brocoli, limau dan sebagainya.

Vitamin C membantu untuk perkembangan dan pembaikan tisu-tisu di dalam tubuh kita. Vitamin C juga berperanan dalam pembinaan kolagen ( sejenis protein yang penting untuk penghasilan kulit yang anjal dan cantik, penghasilan sendi-sendi ligamen, tendon dan pembuluh darah). Vitamin C merupakan antioksida yang mana berfungsi di dalam menghalang sebarang kerosakan DNA yang disebabkan oleh 'free radicals' yang menyebabkan proses penuaan kulit berlaku dan terjadinya kanser, arthritis dan 'heart disease'.

Perokok, ibu-ibu hamil, dan individu yang berkerja yang lebih stress antara golongan yang berkemungkinan akan mengalami kekurangan vitamin C di dalam tubuh mereka berbanding individu yang mengamalkan pemakanan yang sihat dan cara hidup yang sihat.

Di dalam entri DR.ZUBAIDI di  sini http://drzubaidi.com/blog/?p=3412 , beliau mengutarakan tentang pengambilan vitamin C yang berlebihan yakni "overdose". Antaranya adalah seperti cirit-birit, katarak bagi wanita yang berumur, kerosakan ginjal (sesetengah berpendapat bahawa vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan batu karang di dalam ginjal), dan yang lebih parah boleh membawa maut jika pengambilan Vitamin C tidak di ambil mengikut dose yang telah di tetapkan. Berkesinambungan dengan itu, DR.ZUBAIDI ada mengeluarkan satu entri mengenai "Dos Vitamin C yang dibenarkan" http://drzubaidi.com/blog/?p=3423 . Di dalam entri tersebut, beliau ada menyatakan sedikit info mengenai dos yang dibenarkan dalam pengambilan vitamin C bagi setiap individu mengikut standard piawai yang telah dicadangkan oleh Amerika Syarikat.

Langkah berjaga-jaga juga harus di ambil kira sebelum seseorang individu ingin mengambil Vitamin C di dalam suplemen seharian mereka. Antaranya adalah :

# Minum air kosong secukupnya, memandangkan suplemen Vitamin C mempunyai "diuretic effect" yang mana membantu tubuh membuang lebihan cecair di dalam badan. Oleh itu, pengambilan air dapat mengurangkan kesan dehidrasi di dalam tubuh.

# Perokok yang tegar memerlukan vitamin C yang lebih dari individu yang tidak merokok adalah disebabkan nikotin di dalam rokok mengurangkan kadar vitamin C di dalam tubuh perokok tersebut. (mungkin dengan ini, perokok yang tegar sering kali kita lihat sedikit berusia dari usia mereka yang sebenar :P)

# Individu yang mengalami masalah ginjal haruslah berbincang terlebih dahulu dengan doktor mereka, sebelum mengambil vitamin C sebagai suplemen mereka. Begitu juga dengan individu yang menjalani kemoterapi.






p/s: nak cantik, biarlah berpada-pada...jangan terlampau obses cantik sehinggga terlupa menimbang kesan di atas tindakan yang kita ambil. 





Blogwalking



Blogwalking salah satu aktiviti yang sudah lama AKU tinggalkan. Maaf kepada sesiapa yang sudi menjengah dan singgah di blog ini, belum terterjah lagi blog kalian. Hari ini, insyaAllah mana yang sempat AKU terjah..aku terjah balik. :)

p/s: kaki sudah sedia dengan sneakers... perjalanan yang sangat jauh..berjalan kaki di blog itu lebih sihat dari meluncur dengan kenderaan beroda. Berjalan sambil memerhati keadaan sekeliling... :) 




Tuesday, October 09, 2012

Permintaan Aku

Aku tidak memerlukan Kau untuk menjadi kekasihku setiap masa...

Aku hanya mahukan Kau untuk menjadi pendampingku...

Aku tidak memerlukan Kau untuk menjadi buah hatiku yang ingin diagungkan setiap masa....

Aku hanya mahukan Kau untuk menjadi teman suka dukaku....

Aku tidak memerlukan Kau untuk menjadi hamba cintaku....

Aku hanya mahukan Kau untuk menjadi PA (personal assistant) ku hingga ke hari tuaku....

Aku tidak memerlukan Kau untuk membina kemewahan untukku...

Aku hanya mahukan Kau untuk membina kehidupan sederhana denganku...

Aku tidak memerlukan Kau untuk menjadi pemimpin Yang Berhormat...

Aku hanya mahukan Kau untuk menjadi imam memimpin solatku...

Hanya itu kemahuanku yang aku perlukan dari Kau.....

P/s: merindui Kau yang jauh.....

posted from Bloggeroid

Monday, October 08, 2012

Pemburuan AKU

1. Igauan Maut - 1995,DBP      
 2. Tombiruo - 1998,Alaf21
 3. Ranggau - 1999,Alaf21 
4. Anugerah Pertama - 2000,CESB 
5. Mandatori - 2000,Alaf21 
6. Semangat Hutan - 2001,Alaf21 
7. Pei Pan - 2002,UPDSB 
8. ADAM - 2002, Alaf21 
9. Satu Janji - 2003,Alaf21 
10. Tombiruo Terakhir - 2004,Alaf21 
11. Rahsia Perindu - 2005,Alaf21 
12. Bagaikan Puteri - 2005,Alaf21 
13. Hatiku Diharajuku - 2006,Alaf21 
14. Cinta Sang Ratu - 2007,Alaf21 
15. Ungu Karmila - 2008,Alaf21 (dipasaran Dis 07) 
16. Hijab Sang Pencinta - 2008,Alaf21 (dipasaran Okt 08) 
17. Personal Justice - 2008,Alaf21
 18. Mikhail - 2009,Alaf21
 19. 9 Nyawa - 2010,Alaf21 (dipasaran Nov 09) 
20. Cinta Sufi - 2010,Alaf21 (dipasaran Mac 10)
 21. Rayyan Fantasi - 2011,Alaf21 (dipasaran Dis 10)
 22. Sutera Bidadari - 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 11)
23. Fiksyen 302 - 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Dis 11) 
24. SUNAN MUSAFIR 2012 




P/S: dari 24 buah buah tangan RAM...baru 13 buah yang telah aku dapatkan....akan terus memburu....InsyaAllah... :)

Ditelan waktu sendiri

waktu akan terus berputar...
roda-roda jam akan terus bergerak dengan tekunnya...
tiada sedikitpun yang dapat menghentikannya...
tiada....

ikatan masa sentiasa menepati masanya....
bersimpul rapi...
tidak terlerai....
kukuh dengan simpulan masanya...

kita...
mudah berjanji dengan masa...
mudah mengimpul ikatan janji dengan waktu...
tapi...
kita tak sedar...
masa sentiasa tepati janjinya...
waktu sentiasa kukuh dengan simpulan ikatan janjinya...
tidak berganjak...
tidak lobos...
ampuh dengan simpulan matinya....
kita.....
mudah mempermainkan janjinya...
mudah meninggalkan janjinya...
mudah lupa dengan simpulan janji dengannya...
akhirnya...
kita merungut..
24jam itu tidak cukup...
24jam itu tidak puas untuk segalanya....


P/S: perjanjian kita dengan masa sebenarnya cukup...cuma kita yang terkadang yang khilaf dan akhirnya ditelan janji yang diikrar sendiri....



Geografi Kita

Dahulu....
Kau dan Aku situasinya begini...
Kedudukan latitud longitud yang berbeza...
Terpisah di antara dua benua yang berbeza....
Iklim yang berbeza...
Geografi yang berbeza....
Bearing yang berbeza....
Waktu dan masa yang berbeza....
Namun....
Friendster tempat kita bermula....
Kenal siapa kita....
Pesan memesan..bertukar cerita...bertukar pandang...
Senang dengan titik itu.....

Kemudian....
Kau dan Aku situasinya begini....
Kau mengikut kata hatimu....
Aku mengikut kata hatiku....
Berbeza....tiada persefahaman....
Janji tidak dikota...
Pendirianku tidak sehaluan denganmu....
Mungkin persekitaran geografi puncanya....
Mungkin putaran waktu puncanya....
Hmmmmm....
Aku melarikan diri...
Sejauh yang mungkin...
Melesapkan diri selesap yang mungkin....
Kita putus hubungan....

Kemudian....
Kau dan Aku situasinya begini...
Aku dengan duniaku...
Aku dengan prinsipku...
Aku dengan amarahku...
Kau dengan duniamu...
Kau dengan prinsipmu...
Kau dengan tekadmu...
Email dinding penghubung bicaramu...
Beratus email tiada berjawab...
Kerana aku tekad untuk hilang darimu....


Kemudian...
Kau dan Aku begini.....
Aku tetap dengan caraku...
Kau tetap dengan caramu....
Entah mana ...
Aku jadi terkedu...
Terjenak memikirkan kezalimanku...
Kekurang ajaran ku...
Keegoaan aku....
Tekad kamu...
Usaha kamu...
Email beratus kamu...
Sabar...yaaa...itu yang mampu aku fikirkan.....

Kemudian....
Kau dan Aku begini....
Aku sibuk dengan duniaku...
Aku sibuk dengan pekerjaanku...
Entah di mana.....
Kau jadi halimunan....
Lesap dan hilang...
Menjadikan Aku lega seketika...
Namun...
Hati bagai digaru...
Lalu tangan klik reply....

Kemudian....
Kau dan Aku begini....
Bermula episod 0-0....
Garis sempadan dilakarkan...
Aku dikotak garisanku...
Kau dikotak garisanmu...
Zon selamat untuk kita....

Kemudian....
Kau dan Aku situasinya begini....
Kau hormat caraku....
Aku respek caramu...
Masih dikotak garisan masing-masing...
Kita sama-sama jaga perasaan...
Kau takut aku lesap...
Aku takut zalim padamu...
Hormat respek itu dasar garisan kita...


P/s: dari Aku dan Kau...kini adanya istilah Kita....

posted from Bloggeroid

Saturday, October 06, 2012

This is me....

Sebal...
Buhsan....
Geram....
Moody...
Malas....
Sunyi...
Sepi....
Penat....
Suka...
Sayang....
Rajin....
Rindu...
Emosi yang menceritakan perihal ketidakseimbangan hormon...
Berubah dengan sekelip mata...
Catalyst atau bahasa lainnya pemangkin....akan merobek dan memangkin serta memacu hormon untuk bergolak....maka terlahirlah emosi....terzahirlah satu reaksi positif dan negatif....
Chemistry bonding....
Chain reaction....
Carbon carbon bond....
Hmmmmmmm.....
Itu yang terfikir....
Akhirnya terapi yang ada...
Adalah baking....
Hohoho....






P/s: baking makes me feel so good..great and awsome!!!bakes with love...

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 02, 2012

Another of my therapy....




P/S: beside baking...reading a novel also one of my therapies....having a great pleasure with this......JP one of my favourite author....:)

posted from Bloggeroid

Break....OI

Handle with care....
Everything breaks....
Things break all the time....
Glass..
Dishes....
Fingernails...
Cars....
Hmmm....
Day break...
Lunch break...
Silence break...
Promises break...
Heart break....
All those things break all the time....
But sometimes...
Somethings just hurt more than others.....
Brittle..fragile...
Easily break....
More fragiles than a glass...
More brittles than anything....
OI...
Osteogenesis Imperfecta....
It's more fragile...brittle...and break easily....
Hmmmm....
Handle with care.....


P/s: reading Handle with care Jodi Picoult

posted from Bloggeroid

Monday, October 01, 2012

Mencari harta karun...

Merenung ke dasar kotak besar....
Berkira-kira untuk memilih title....
Hmmmmm...

Pening bila melihat banyak pilihan...
Hati berbelah bagi...
Hmmmmmm...
Cuma satu yang terbayang...
Namun tiada di dalam kotak besar...
Hmmmmm..




posted from Bloggeroid

Bingka kacang hijau

Jom minum petang.....


P/s: baking is another way of my theraphy....bakes with love....:)

posted from Bloggeroid