Monday, February 06, 2012

Renung siapa KITA dengan DIA


Bersangka baiklah dengan ALLAH, kerana dengan bersangka baik dan redha dengan ketentuan dariNYA, insyaAllah kita akan mendapat sesuatu yang tidak kita jangka-jangka. Walaupun, jalan yang kita lalui itu ranjau berduri, berliku-liku...tapi andai hati kita telah bulat dengan segala pemberian dariNYA pasti ada ganjaran yang akan menanti kita. Nampak mudah dan senang untuk didengari, tapi bila untuk melakukannya nampak segalanya bermula dari kepahitan. Bila dah belajar tentang sesuatu yang pahit, maka dengan semena-mena kita mula menyedari adanya manis dibalik pahit itu. Kemanisan yang mana mungkin kita dapati dengan mudah. Kemanisan itulah yang akan menjadikan kita sedar siapa kita denganNYA. Kerana dengan bantuan dan keizinan dariNYA saja, rasa kemanisan itu dapat kita lihat dan rasa sendiri. Oleh itu, renung balik siapa KITA dengan DIA..siapa KITA tanpa DIA..hmmmm...di sini, ingin AKU kongsikan satu sajak/puisi yang AKU rasa sungguh dalam maknanya...sungguh cantik bahasanya..buatkan AKU berfikir akan AKU yang bergelar hambaNYA....


Biarpun kita bertuan, kita tetap bertuhan.
Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan.
Apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba.
Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan kita sujud tempatnya.
Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana.
Tempat kita di mana?Kalau bukan di situ.
Gelap dan sempit, fitnahnya teramat dahsyat.
Perjalanan yang jauh terasa perit.
Berliku-liku dengan wajah yang legam.
Siapakah yang mampu menolong?
Kalau bukan kamu yang berasa kerdil.
Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-NYA.
Lalu sujud mewalangkan diri.
Lalu pulang ke pangkuan-NYA.
Kerdilah diri apabila kita pulang ke sana.
Bergelumang tanah di atasnya subur bunga-bunga.
Wahai ALLAH, terimalah kepulanganku hamba-MU

Ku petik dari novel RANGGAU- Ramlee Awang Murshid 


p/s: sebab tu AKU sangat suka dengan RAM ni...banyak benda yang AKU dapat dan belajar dari hanya sebuah novel beliau. Kagum sungguh AKU dengan cara penulisannya...

1 comment:

  1. bahasanya sangat indah....
    penuh makna dan perlulah kita hayati......

    hmm bersyukur

    ReplyDelete