Wednesday, February 08, 2012

#50

Untuk seketika, AKU rasa ingin berkongsi dengan KAMU-KAMU tentang misi #50 AKU ini. YA, satu misi yang AKU buat dan cabar untuk diri AKU di sepanjang tahun 2012 ini. Mungkin ini juga sebagai tanda permulaan untuk AKU ukur sejauh mana kegilaan AKU dengan misi #50 ini. Tapi yang jelas, ketika ini, kegilaan AKU semacam menggila. Mana tidaknya, walaupun masih ada lagi timbunan yang belum AKU sentuh, tapi nafsu AKU masih hendak menambah yang baru lagi. Oh Tidak!!! Hmmm...apa pun, akan AKU pastikan misi #50 AKU ini akan berjaya jua.

Untuk tempoh sebulan yang lepas AKU dah menghabiskan 6 buah novel. Dengan ini, tinggal 44 buah novel untuk AKU capai misi #50 ini. Hmmmmm...perjalanan yang masih jauh. Tapi tak mustahil bukan.

1. A desirable Residence - Sophie Kinsella writting as Madeleine Wickham
2. Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid
3. ADAM ( Aku Darah Anak Malaysia) - Ramlee Awang Murshid
4. Mandatori - Ramlee Awang Murshid
5. Ranggau - Ramlee Awang Murshid
6. Dendam Semalam - Zaifuzaman Ahmad

Dari 6 title ni, ADAM dan Fiksyen 302 paling AKU suka. Sukar untuk AKU katakan TIDAK! dan secara personal AKU memang berhasrat hendak memburu karya RAM yang lain lagi. InsyaAllah, akan AKU dapatkan juga. Nak dijadikan HARTA. Zaifuzaman Ahmad, antara yang baru AKU kenal.Walaupun penulisan dalam Dendam Semalam ni agak kurang di mata AKU, tapi itu tidak bermakna AKU sudah jera dengan karya beliau. AKU teringin hendak membaca MISTERI JULIA..Hmmm, akan AKU usahakan. Sophie Kinsella antara penulis Chick Lit yang AKU suka. Tapi untuk novel A Desirable Residence ni AKU rasa kurang umphh...Apa pun, antara title dari Sophie Kinsella yang AKU suka adalah The Three Cocktail dan Can You Keep A Secret? serta The Wedding Girl. Hmmm...Confession of A Shopaholic series AKU tak baca lagi. Memandangkan ramai yang gila akan series ini. Hmmmmm....If I wish, I got a huge library or my own bookstore, sure AKU........opsss...sorry, terbang melayang dengan imaginasi sendiri.  



Ni title yang tengah AKU layan sekarang ni. Melissa Hill one of my favorite author. Niat hati nak kumpul hasil buah tangan dari Melissa Hill ni, untuk dijadikan sebagai HARTA. Hmmm...unluckly, title dari Melissa Hill sangat susah nak jumpa. Untuk title ni sahaja, AKU menunggu hampir 5 bulan!!! memang satu penantian untuk AKU. Apa pun, demi kegilaan AKU, menunggu dan sabar itu merupakan satu tuntutan yang HARUS!!

p/s:   Walaupun tengah melayan novel dekat tangan ni, mata AKU masih melilau-lilau dekat bookstore online dekat FB tu...hmmmmmmm....parah sungguh!! hmmmmmm

No comments:

Post a Comment