Sunday, April 24, 2011

'MEREKA' makin pintar

ini bukan kisah kelakar atau lucu..
ini dah jadi satu isu yang sangat merisaukan..
mana tidaknya...
KERA, MONYET, CIK NYET atau nama 'famous' kat area tempat AKU
 'AMBUK'
sekarang ini...makin mengganas..
makin pintar mencari masalah dengan KITA..
sudah pandai mengelak dari kena perangkap..
seakan 'MEREKA' ini bersekolah...
pintar membuat kecoh...
bijak menghuru-harakan KITA...
sampai 'MEREKA' menarik perhatian KITA di BULETIN UTAMA malam ini...
apakah ini tandanya 'MEREKA' sudah berevolusi pada era moden ini...
kesan dari pembangunan KITA kah yang menyebabkan 'MEREKA' demikian rupa...
kalau dahulu 'MEREKA' takut dan malu-malu untuk bersemuka dengan KITA
selalu di balik pohon rendang...

(jangan la tengok..malu I)

namun sekarang...
segalanya dah berubah...
'MEREKA' mula menonjolkan diri...
mula berani berhadapan dengan KITA...
berani buat protes dengan KITA...
pandai membuat gang...
seolah gangster hutan keluar ke bandar..
merompak..meragut..mencuri...menculik...
segalanya 'MEREKA' lakukan..
tidak tahu bila akan berkesudahan...


(gangster tengah bermandi manda bersama...)

(berkuasa di mana-mana)




22 dan 23

selamat datang kepada 'follower' baru iKUt CaRAkU
hari ni...
dari 21 orang dah bertambah menjadi 23...
betul-betul buatkan AKU suka dan terharu sangat...
sob sob sob...
hari ni..dah dua kali aku rasa terharu dengan para 'follower' iKUt CaRAkU
terima kasih KAMU-KAMU
zat aizat samsudin dan Mohd Hafiz Aziz
kalau boleh...
tinggalkan URL blog KAMU-KAMU
supaya AKU boleh 'follow' KAMU-KAMU kembali 
terus ber-blogging demi perkongsian bersama..


P/S: Peace (^_^)v 


terharu sangat

sob sob sob...
aduii..terharunya AKU kali ni..
walaupun diriKU tidak se'gah yang lain...
tapi ada juga yang 'follow' iKUt CaRAkU
terharu sangat...
dahulu hanya dua tiga orang sahaja yang follow iKUt CaRAkU
sekarang...
ALHAMDULILAH...
dah 21 orang yang 'follow'..
tak ramai...
tapi sudah cukup untuk KAMU-KAMU buatkan AKU terharu...
sob sob sob...
TERIMA KASIH KAMU-KAMU  :)
eza alim , mommylicious, Muhammad Hafez , gadis Kechil, Aurindam Mukherjee, 

 P/S: tiada hadiah yang AKU berikan...hanya TERIMA KASIH AKU mampu berikan... :)





perlumbaan yang TERULUNG abad ini!!

Mari-mari cik abang yang kacak...
mari-mari cik adik yang cantik manis...
mari 'join contest' yang terulung pada abad ini...
hanya 'click' sahaja..
anda berpeluang memenangi hadiah yang menarik dan tertarik..
betul AKU tak tipu...
3 hadiah yang menarik akan menanti...

Grand prize: iPad 2

Second Prize: BlackBerry Bold 3


Third Prize: iPod Touch

100x Consolation: A pair of TGV Movie Passes!!

menarik tak??
menarik bukan....
nak menang????
hah...senang dan mudah...
dengan CHURPchurp segalanya mungkin terjadi... 





Saturday, April 23, 2011

aku yang ke 8703

wow waaa weeeeee...
jejalan aku di dunia blogging tadi..
hampir kebanyakkan mereka..
meletakkan satu banner yang sangat menarik perhatian aku...
memang menarik...
ramai yang telah mengikutinya...
bila aku je ikut...
aku adalah orang yang ke 8703..
wow waaa weeeeeee..
kagum dengan inovasi dunia blogging ini...
jadi...sesiapa yang belum 'join' lagi...
jom klik dan 'follow this FBlog'..


Masih indah

Terjagaku pagi ini...
segalanya nampak hijau...
lelayang berkicauan...
pipit bersiulan...
si jantan mendabik dadanya...
berkokok sepenuh hatinya...
seolah mahu menggegarkan satu alam...
tanda siang dah berganti....
Alhamdulilah...
pagiku masih indah.







Friday, April 22, 2011

mencuba nasib

buat sementara ini..
aku gunakan dahulu apa yang terdaya aku lakukan...
tambahan lagi, insan kerdil seperti aku ini...
baru belajar nak berkecimpung..
baru belajar nak berjinak-jinak dengan dunia blogging ini...
segalanya sukar untuk aku...
tapi aku gagahkan jua...
demi mencari satu kepuasan...
mana tahu..
ada yang sudi menjenguk..
menyinggah..
menengok dan membaca sot set aku di sini...
aku hanya ingin mencuba...
kalau-kalau aku bisa terus berdiri di dunia blogging ini...
insyaALLAH...
akan terus mencuba demi kepuasan sendiri...



APA SUDAH TERJADI????!!!

berkeceramuk!!!
aduiii..apa yang dah berlaku ni...
segalanya seperti tongkang pecah..
berteraburan di sana sini..
segalanya menjadi kacau...
hilang posisi asal...
segalanya bertempiaran..
betul-betul membuatkan AKU rasa semak...
hmmm...apalah menatang yang menyebabkan semua ini...
apa pun..
dari AKU membebel, mengeluh tak tentu pasal..
lebih baik aku mengatur balik..
dengan susun atur baru, dinding baru, dan suasana baru..
tapi aku perlukan sedikit masa untuk pengubahsuaian ini..
INSYAALLAH...

Wednesday, April 20, 2011

INCIT-INCIT

pernah dengar tak dengan bidalan ini "INCIT-INCIT LAMA-LAMA JADI BUKIT"
hmmm..."INCIT-INCIT" sangat sinonim dengan AKU..
ini kerana perkataan itu sering AKU dengar dari zaman hingusan AKU lagi...
mana taknya...
hampir tiap hari AKU akan dengar bidalan itu..
agar AKU dapat menambahkan isi perut tabungan ayamku...
hihihihihi...
INCIT-INCIT atau dengan bahasa 'standard'nya SIKIT-SIKIT
membawa banyak kelebihan bagi orang-orang yang sentiasa konsisten menabung...
nampak sedikit dipermulaannya...
tapi siapa sangka dengan INCIT-INCIT itulah akan berubah menjadi BUKIT...
Alhamdulilah...berkat KONSISTEN INCIT-INCIT
yang penting, biar KONSISTEN INCITNYA...
jangan dibiarkan sepi...


P/S: Tabung Ayam tak ada, Tabung Cap Ayam pun jadilah... :))



Tuesday, April 19, 2011

DIA semakin HOT!!!

aku teruja nak berkongsi entri kali ni..
nak tahu pasal apa...
pasalnya...aku nak berkongsi dengan iKUt CaRAkU..
berkenaan DIA yang semakin HOT!!
semakin PANAS seperti PISANG GORENG...
nyummmy sedap kalau makan pisang goreng panas-panas time petang ni..
heeee..
pown pown...[tu rasa orang kat area aku kalau takut kempunan]
ok chopp...berbalik kepada cecerita DIA yang semakin HOT ni..
mana taknya...DIA semakin menampakkan dirinya di merata tempat..
tapi AKU tetap SUKA!!!
sebab DIA MR.MERAHku....
jom semak kenapa DIA semakin HOT!!

1. PATAH tumbuh...hilang BERGANTI...selesai 6Progresif di TV9, DIA kembali dengan kisah JUVANA di TV3...bersiar setiap ISNIN 9 malam bermula minggu depan 25.04.2011 ni..
pasti AKU tak akan terlepas untuk mengikuti JUVANA ni..tambahan lagi KABIR BHATIA selaku penerbitnya sudah semestinya akan menjanjikan sesuatu yang lumayan untuk KITA semua nanti..



2. SENJAKALA...AKU pasti ramai yang sudah mengetahui tentang movie yang berunsur seram ni..
sayangnya AKU belum berkesempatan untuk menonton movie ini..memandangkan kawasan ku tidak mempunyai pawagam yang berdekatan...yang dekat pun tetap jauh untuk AKU pergi..
jadinya AKU bertabah untuk menunggu siaran yang tertunda... :((



3. selesai SENJAKALA...pasti ada yang akan menyusul...tapi AKU kurang pasti bila ianya akan ditayangkan lagi...BUNOHAN itulah yang AKU dapat katakan...sama ada ianya sudah ditayangkan atau belum ditayangkan...tunggu dan dengar sahaja promo yang akan datang.. :)


P/S: AKU memang suka DIA yang semakin HOT ini.... :)




Monday, April 18, 2011

siapa KAMU??

KAMU??
KAMU Siapa??
Siapa KAMU???
ada yang kenal dengan KAMU???
aku semestinya tidak kenal dengan sesiapa KAMU??
hanya KAMU yang mengenali KAMU..
sekarang jom AKU dan KEKAMU mengenali KAMU dengan ini...
semak ini...


ISNIN
Tidak bakhil, ikhlas hati dlm memberi, tidak boleh menyimpan wang, senang membela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara

SELASA
Mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah naik darah, tidak sabar dan selalu ingin menang sendiri

RABU
Pendiam, namun kalau sudah berbicara tidak terduga (petah), tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong, banyak rezeki

KHAMIS
Pendirian nya tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah termakan pujukan rayuan halus dan tidak sabar

JUMAAT
Disukai banyak orang, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yg baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan

SABTU
Giat bekerja, rajin pandai mencari rezeki, ditakuti banyak orang, pandai menempatkan diri, dan boleh menyelesaikan apa yg menjadi tanggung jawabnya dengan baik

AHAD
Pandai bergaul, disukai banyak orang, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara, dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan baik


hmmmm dah kenal siapa KAMU??
AKU pun dah...
mari-mari kita meninjau sesama sesiapa KEKAMU sekalian...
adiosa~~




Friday, April 15, 2011

AKU ingin......

tetiba tergerak hati aku nak berkongsi tentang keinginan aku ni...
sekian lama aku nak sangat dengan benda alah ni...
tapi aku diam-diamkan sahaja...
memandangkan aku sedar akan kemampuan aku di mana...
kata orang "UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"
sedar keinginan dan kehendak aku belum mampu untuk aku beli...
sekarang..
walaupun "ekonomi" tak kukuh lagi...
tapi aku sudah mula untuk meninjau-ninjau...
menilik pada kaca maya..
kot-kot ada yang tersangkut dengan kemampuan aku...
itu yang lebih utama sekarang ni...
terlalu banyak pilihan...terlalu banyak jenama..
harganya pun memang menarik tertarik...
apa yang penting sekarang ini..
aku tinjau dahulu..
"aim" dahulu mana aku nak...
bila dah abis acara "MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"
baru aku terjah benda alah tu...
sabar untuk sementara waktu terdekat ini... :)


P/S: psssttttt....bila aku dah konfem dengan ukuran baju kat badan aku...baru aku share apa yang aku ingin sangat tu.... :) adiosa!!!


Monday, April 11, 2011

lidah berbelit

"tongue twister"

jom buat latihan lidah di iKUt CaRAkU


Peter Piper picked a peck of pickled peppers.
A peck of pickled peppers Peter Piper picked.
If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?


I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.


Luke Luck likes lakes.
Luke's duck likes lakes.
Luke Luck licks lakes.
Luck's duck licks lakes.
Duck takes licks in lakes Luke Luck likes.
Luke Luck takes licks in lakes duck likes.


How many berries could a bare berry carry,
if a bare berry could carry berries?
Well they can't carry berries
(which could make you very wary)
but a bare berry carried is more scary!