Sunday, January 23, 2011

ikan kelisa ikan toman part 2

panjang pulak entri ikan kelisa ikan toman ni yea....hihihihi sebenarnya ni hanyalah sebahagian dari apa yang aku baca sekilas pandang dari buku "Act like a Lady, Think like a Man"....mungkin taklah sepenuhnya 100% sebijik..tapi aku cuba merungkaikannya mengikut kefahaman dan penerimaan aku sendiri...maka segalanya terpulang pada anda untuk menilainya....

ok...now aku nak jelaskan pulak dengan apa yang aku katakan kategori ikan kelisa (ikan belaan) dan ikan toman (ikan mainan) ini....heeee..pasti korang kata ntah apa-apa yang mengarut aku cakap kali ni bukan...bukan karut si tukang karut yang mengarut....tapi ini boleh dijadikan sebagai info tambahan kepada kita sahaja....terpulang kepada kita untuk menilainya...

ikan toman (ikan mainan) biasanya tidak mempunyai spesifikasi yang khusus yakni tidak mempunyai sebarang peraturan dan keperluan...ikan mainan akan rasa seronok apabila dirinya menjadi perhatian..dan mula akan menarik umpan mata kail dengan daya tarikannya sendiri dengan erti kata lain akan membiarkan dirinya bermain dengan umpan si kaki pancing....dengan erti kata lain...mudah untuk dibawa bermain dengan umpan mata kail si kaki pancing...berbanding dengan ikan kelisa (ikan belaan), sukar untuk mendapatkannya..kerana ikan kelisa emas mempunyai standard dirinya sendiri..di mana dirinya tidak mudah untuk didapati dan tidak mudah untuk didekati....

simbolik ikan kelisa(ikan belaan) dan ikan toman (ikan mainan) dengan perempuan:
1.  perempuan yang menjaga dirinya dan menghormati dirinya dari orang lain adalah ikan belaan..tapi perempuan yang membiarkan dirinya untuk diperlekehkan dan membiarkan dirinya dipergunakan adalah ikan mainan.

2. perempuan yang menjaga adab pakaiannya dengan sopan dan tidak menjadikan aset dirinya sebagai lambang kemegahannya adalah ikan belaan....tapi perempuan yang ingin berpakaian demi menunjukkan aset dirinya sebagai lambang kemegahannya dan tarikan kepada yang lain adalah ikan mainan.

3. perempuan yang menjaga kehormatan dirinya dengan tidak sewenangnya membenarkan dirinya disentuh oleh bukan muhrimya adalah ikan belaan...tapi berlainan halnya dengan ikan mainan...

4. perempuan yang ingin berkahwin dan berkeluarga adalah ikan belaan..manakala perempuan yang tidak mempunyai keinginan untuk memikul tanggungjawab berkeluarga kerana merasakan ianya adalah satu beban dan menyusahkan adalah ikan mainan...

tapi hakikatnya hanya si kaki pancing saja yang berhak menentukan sama ada ikan pancingannya sebagai ikan belaan atau ikan mainan....mari kita tinjau pula apa kriteria si kaki pancing yang nak mencari ikan belaan atau ikan mainan....

1. seandainya si lelaki berbicara dengan penuh minat tentang dirimu tentang kehidupan kamu dan segalanya tentang diri kamu..pastinya dirinya si kaki pancing untuk ikan belaannya...namun andai dirinya hanyalah sekadar endah tak endah mengenai dirimu tapi lebih berminat untuk kamu mendengar cerita dirinya maka dirinya si kaki pancing ikan mainan.....

2. jika dirinya mentertawakan prinsip kamu dan mengatakan kamu ketinggalan zaman dan kolot maka dirinya hanyalah mencari ikan mainan semata-mata tidak seperti orang yang ingin mencari ikan belaan akan menghormati dan akan memahami prinsip kamu itu tanpa sebarang bantahan...

3. jika dirinya mengambil dan meminta nombor telefon kamu..akan tetapi lebih dari 24jam dirinya tidak menghubungi kamu..maka dia si kaki pancing ikan mainan semata-mata....akan tetapi bila si dia melakukan dengan sepantas yang mungkin untuk menghubungi kamu dan menunjukkan dirinya benar-benar berminat untuk kenali diri kamu maka dirinya adalah si kaki pancing ikan belaan.. 

4. apabila bertemu dan mempergunakan kamu untuk kesenangan dan kepentingan dirinya semata-mata maka dia si kaki pancing ikan mainan tidak seperti si kaki pancing ikan belaan akan mempertahankan kamu dan melindungi kamu bukan semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri tapi demi menjaga martabat kamu sebagai perempuan itu sendiri...

5. andai dirinya mengatakan berpacaran dengan dirimu akan buatkan dirinya lebih nampak hebat maka dirinya hanyalah si kaki pancing ikan mainan semata-mata...berlainan hal jika dirinya mengatakan berpacaran dengan kamu menjadikan kamu sebahagian dari tanggungjawabnya dan keinginan dirinya untuk menerima kamu seadanya maka dirinya adalah si kaki pancing ikan belaan.....

hmmmm....mungkin banyak lagi situasi yang boleh aku berikan lagi...namun aku rasakan cukup la setakat ini untuk perkongsian dan pemahaman yang aku cedok dari buku yang tak sampai 15 minit di tanganku....aku just meninjau-ninjau buku untuk ku jadikan koleksi...sayangnya aku tak grab pun buku "Act Like A Lady, Think Like A Man" ni....just aku selak sekejap je...heeeeeee...apa yang aku grab hanyalah "The Gift" dari Cecelia Ahern...memandangkan my sis suka dengan author tu..so apa salahnya aku grab untuk koleksi bersama.....

kesimpulannya...kita sebagai perempuan mempunyai dua pilihan...sama ada mahu act like ikan kelisa ataupun ikan toman....itu terpulang kepada anda untuk memilihnya..namun jangan dilupakan si kaki pancing yakni kaum Adam juga berperanan untuk menentukan dirinya sebagai si kaki pancing ikan belaan atau ikan mainan....bergantung dengan corak permainan si kaki pancing itu sendiri...hmmmmmm....pilihan itu ada di hadapan anda...hanya anda tahu memilih dan menilainya....

p/s: aku sedang mencari si kaki pancing yang benar-benar nak menjadikan aku ikan belaannya.... :))))


buku ni la aku baca sekilas tu...  :))

ikan kelisa ikan toman part 1

Tetiba pula aku tergerak nak bercerita mengenai ikan kelisa ikan toman ni....aku bukanlah si kaki pancing..aku hanyalah si penggemar ikan..i lurvesssss sea food!!! hihihihihi bagi aku ikan itu lebih sedap berbanding ayam mahupun daging...itulah aku... tapi bukan itu aku nak kongsi kali ni...tapi ada kisah disebalik ikan kelisa dan ikan toman ni...ceritanya bermula begini....sedang aku membuang masa nak pegi kolej di Shah Alam...aku melepak la sekejap kat bookshop kat KL Central..then aku tertarik dengan satu buku yang tajuknya "Act Like A Lady...Think Like A Man"...lalu aku pun grab...dan selak la sedikit nak tengok apa intipati buku itu sendiri...lalu aku tertarik dengan satu part cerita tentang kisah ikan kelisa dan ikan toman ni...hahahahaha ikutkan secara kasarnya...ikan toman dan ikan kelisa ni seperti tak ada kaitan dengan tajuk buku itu sendiri...tapi aku teruskan juga nak membaca part ikan kelisa dan ikan toman ni....

Alkisahnya....si kaki pancing sesungguhnya tahu apa perbezaan tentang ikan kelisa dan ikan toman ni...hanya si kaki pancing sahaja mengerti kepuasan menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan hasil pancingan yang ditunggunya...aku salute dengan si kaki pancing....punya tahap kesabaran yang sangat tinggi...memandangkan aku bukanlah si kaki pancing..jadinya aku tidak mengerti kenapa mereka boleh bertahan lamanya menunggu hasil pancingan walaupun kadangnya hasil yang diperolehi taklah seperti yang diharapkan...hmmmm boleh aku katakan juga..kadangnya tidak mendapatkan sebarang hasil pun....pulang dengan tangan kosong....tapi mereka tetap meneruskan aktiviti pancing itu untuk keesokan harinya...bertabah sungguh....

Si kaki pancing yang berjaya mendapatkan hasil pancingan yang besar akan berasa puas dengan hasil pancingannya itu...lalu dengan cepatnya dirinya akan menangkap gambar bersama hasil tangkapan yang sangat lumayan itu...dengan ini, mereka akan mempunyai bukti apabila berkongsi cerita dengan si kaki pancing yang lain...apalagi...gambar hasil pancingan yang besar tadi pasti akan dimuat turun ke laman sesawang seperti Facebook untuk tatapan kawan sejaringan....itulah alkisah si kaki pancing yang benar-benar obsess dengan hobinya..

Panjang pulak introduction entri aku ni....meleret pulak...heeeee :)) tapi bukan apa..aku nak bagi picture dengan korang situasi si kaki pancing ni...hmmm...kadangnya si kaki pancing..walaupun dah berjam-jam menunggu hasil pancingannya itu....last sekali dirinya hanya mendapat ikan yang regular size mahupun small size je...tak dapat nak cekup size super XL...yang peliknya si kaki pancing akan melepaskan hasil tangkapannya itu semula ke sungai...membiarkan ikan tersebut mempunyai peluang kedua untuk hidup kembali ke sungai...hanya si kaki pancing yang memutuskan sama ada hendak menyimpan ikan tersebut ataupun melepaskannya semula ke sungai....

ikan toman ikan kelisa....hmmm pada si kaki pancing...ikan kelisa lebih berbaloi untuk dijadikan ikan belaan kerana nilainya yang sangat tinggi...lagi-lagi ikan kelisa emas...sudahlah cantik...dan punyai sisik yang sangat berkilat dan mempesona mata yang memukau....memang berbaloi untuk menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan ikan kelisa emas ini....satu kepuasan yang tak terhingga bagi si kaki pancing....kontra alkisahnya ikan toman...kepuasan mendapatkan ikan toman itu tidak seperti kepuasan mendapatkan ikan kelisa....ikan toman tak diakui memang famous di kalangan si kaki pancing...ikan toman ini disukai oleh si penggemar kaki pancing kerana tarikannya ketika menyambar umpan dihujung kail pancing itu...ikan toman sebagai ikan mainan si kaki pancing..kepuasannya hanya terletak apabila si kaki pancing mendapatkan tarikan ikan toman menyambar umpan itu sahaja...akan tetapi kepuasan itu sedikit demi sedikit akan hilang kerana nilai ikan toman tidak seperti ikan kelisa...jadi aku simpulkan ikan toman sebagai ikan mainan si kaki pancing dan ikan kelisa sebagai ikan belaan si kaki pancing..

hmmm..sebenarnya cerita si kaki pancing ni bersimbolik dengan kisah perihal lelaki ingin memilih wanita untuk dijadikan suri hatinya....hmmm...aku sambung cerita ikan kelisa ikan toman ni..dalam entri yang seterusnya....nak bernafas sekejap....take five.. :))) 

  ikan kelisa emas 

ikan toman 

Wednesday, January 12, 2011

aku jatuh hati lagi...


"Aku mula jatuh hati kepadamu,
Setelah kau kata cinta padaku,
Masing-masing dulu kau punya pasangan,
Akhirnya kita bersama...


Pertama kali kita bersua bertentang mata,
Terasa ada kimia di antara kita,
Kau kucup pipiku,
Kau bisikkan cintamu,
Kau kata 'baby I love u'
Kau cairkan hatiku...

Bahagia...
Ku rasa,
Di saat kita berdua bersama,
Memandang bulan terang,
Menyaksi bintang-bintang,
Kau seru akulah pelangi cintamu..."




p/s: alahai aku jatuh hati lagi dengan lirik di atas ni....KIMIA lagu dari EMELDA AHMAD....pertama kali aku mendengarnya sudah terasa ada ikatan KIMIA itu....meresap terus ke jiwa sanubari ku....ahakss....apa pun harap korang layan KIMIA ini....




terbaik darinya...

ni aku nak share video yang bikin aku HANYUT seketika dari SUPERHEROku... :)



bagaimana...smart kan SUPERHEROku ni..... :)

al-kisah date ku dengannya...

dah berhari aku tak update entri 'iKUt CaRAkU'...gatal pula jemari aku nak bercerita kali ni...kali ni aku nak cerita pasal al-kisah date ku dengannya....hmmm...sebelum ni aku ada katakan aku dating-dengannya...sekarang al-kisah lanjutan dari entri itu....heeeee

1. ngedate dengan MERLIN last friday ari tu...suksess...walaupun di awal nya halangan datang..namun segala itu dapat ku tepis..kerana sayangku dengannya...heeeee mana mungkin aku nak mengalah..beralah.kerana hati aku terlalu ingin kepingin meliat dan merenung matanya yang mengancam itu... :P

2. ngedate dengan SUPERHERO ku...paling mantap malam tu...mana taknya...HANYUT seketika dengannya...walaupun  ucapan SELAMAT MALAMnya tidak merangkul apa-apa malam itu...namun aku tetap percaya dengan kemampuan SUPERHEROku itu...kerana dirinya adalah SUPERHEROku selamanya....walaupun berjaya merangkul persembahan terbaik malam tu..namun bagiku dialah no.1 dihatiku..kerana dia SUPERHEROkU selalu ada dihatiku....loves u!!!! XOXOXOXOXO :)

3. kata orang..sambil menyelam minum air...ahahahaha itulah bait-bait yang sesuai untuk orang yang tamak seperti aku...ahahahaha dah ngedate dengan SUPERHEROku...ngedate lagi dengan MR.MERAH ku....alahai...memang merah la dia malam tu....mengancam dan terancam mataku meliat dia yang merah itu.... sesuai dengan dirinya..wataknya...kerana itu aku tahu MR.MERAH tak akan ku buang sebegitu sahaja...tak mungkin sekali....jadi TOLONG INGATKAN AKU yang MR.MERAH itu SELALU ADA UNTUKKU.... mantap dan bergaya MR.MERAHku malam itu....:P

4. lastly...MR.X SAM ku....ahahahaha walaupun diriku dah kurang ambil tahu tentangnya..tapi aku tetap ikuti perkembangan MR.X SAM ku....penampilan yang bersih malam itu membuatkan aku tersenyum seketika melihatnya...memang EXTRAVAGANZA malam itu....apa pun...MR.X SAM ku pernah menjadi satu SITUASI aku pada waktu terdahulu...itu aku tak nafikan..

begitulah al-kisahnya date aku dengannya... :) 


what is your response to this news???

"PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. “Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased." 
p/s: link from http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/

For me....i'm totally agree with it...seems don't have any interest to Facebook anymore...starts using Facebook since early 2008...but on that time...my friends not many as today...hmmm...2 years using FB makes me bored already....now my interest mores to twitter... :) starts using twitter march 2010....and now i'm fully addicted with it....how about yours???

Thursday, January 06, 2011

dating dengannya....

ehem.....ehem...
mari aku nak kongsi dengan korang....
aku nak dating esuk lusa ni....
betul...aku tak tipu..
rasanya lama aku tunggu..
waktu pujaan hati aku ni muncul...
aku nak set up masa dan location...
nak dating dengannya..
kena prepare ni...
bila aku lupa...
korang tolong ingatkan aku k...
sebab aku takut lupa..
nak dating dengannya...

  • 07.01.2011 (Esuk!!!) - jam 10malam...dating dengan MERLIN ku kat tv3... :)))
  • 09.01.2011 (Ahad - LUSA!!! ) - jam 9malam...SUPERHERO ku  ada kat sana..opppsss tak lupa juga buah hatiku MR.MERAH ..and my dear X Samm!!! hihihhihihihi kat tv3 juga.... :) 3 sekali gus ni...baik punya cilok!! heeeeee 
  • starting 13.01.2011 (every KHAMIS nite) - di tv9 MR.MERAH dah jadi NIK ADLI pulak....aduiiiiiiii....betul2x tak boleh miss...jam 8.30mlm..set!!!
  • p/s: so korang jangan lupa tau...tolong ingatkan aku tau....aku nak dating dengannya... :)))  


all in one...

all in one...
semuanya menjadi satu...
itu yang aku telah lakukan hari ini...
segalanya telah aku satukan...
satukan semuanya menjadi satu tumpuan...
di mana jejaring muka buku ku...
jejaring tweetku...
telah aku satukan...
di dalam 'iKUt CaRAkU'..
nampak padat..
tapi biarlah...
aku rasa memang dah wajar aku rungkaikan..
segalanya di dalam satu...


yeayyyyyy!!!!!!!

YEAYYYYYYYYYYYYY!!!!!
aku senyum kembali...
sebabnya aku dah men'transform' balik 'iKUt CaRAkU'..
alhamdulilah......
lega rasanya....
hmmmm...apa pun...
ini yang terbaik apa yang aku dapat...
mungkin tak se'advance' mana pun...
tapi...inilah apa yang aku dapat buat....
kerna diriku masih 'learning process' ..
dengan benda alah ni...
sekali lagi aku nak teriak...
yeayyyyyyyyyyyyyyyyy!!! 
senyum kembali...


Tuesday, January 04, 2011

cari pasal...

tengok apa yang aku dah buat....
betul-betul cari pasal...
tak ada pasal cari pasal...
elok-elok duduk diam macam tu...
sekali dah jadi kacau bilau...
sebab...
aku yang cari pasal...
sekarang...
terpaksa mula balik..
atur balik...
sebab nak buat keadaan kembali seperti biasa...
hmmm....


Monday, January 03, 2011

yang pertama...

yang pertama...itulah entri aku untuk tahun 2011 ini....hmmm...entri yang pertama dan permulaan untuk tahun 2011 ini...walaupun sudah 3 hari berlalu di tahun baru...namun tak terlewat bukan untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada sesiapa yang singgah di iKUt CaRAkU....

yang pertamanya....asal sembang ja tahun baru...pasti ada yang bertanyakan azam tahun baru....azam dan tahun baru umpama irama dan lagu di tahun baru....hmmm...kadangnya aku pun naik muak bila ditanya mengenai azam baru...yang pastinya aku semacam tak ada azam baru untuk aku fikirkan...apa yang percaya tahun 2011 ini, pasti akan sinar harapan dan keajaiban untuk aku dan keluarga ku....:)



p/s: link entri tahun lalu 2010