Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

BOOK REVIEW : RAYYAN FANTASI


" APA YANG TERFIKIR.....ITU ADA!!"

HARGA: RM19.90 (Sem. Malaysia)
RM22.90 (Sabah & Sarawak)

PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN: 3 2012
BINTANG: 4.5 BINTANG

Terus terang aku katakan, pada mulanya aku rasa berat hati saja nak baca novel ni. Mungkin waktu ni, aku lebih menumpukan perhatian pada Trilogi TOMBIRUO. Permulaan plot novel ini agak mendatar dan biasa-biasa sahaja. Agak lama juga untuk aku mencari plot yang benar-benar menarik perhatian aku. Namun, apabila bermulanya episode kehilangan Addin  menjadikan novel ini semakin beransur-ansur menarik perhatian aku. Bertambah menarik perhatian aku, apabila sisipan kronologi YUK' KAA yang penuh dengan unsur fantasi. Aku lebih tertarik dengan plot di YUK'KAA berbanding dengan plot di bumi yang sangat mendatar. YUK'KAA adalah dunia fantasi yang mempunyai persamaan seperti di bumi, adanya pergolakan, kuasa dan peperangan yang membuatkan aku terus hanyut di alam fantasi buat seketika. Bertambah menarik apabila adanya misteri yang tidak terungkai di dalam novel ini. Jajahan Karuh antara misteri yang dibiarkan tergantung dan membuatkan aku ingin tahu lebih tentang misteri yang tidak terungkai itu. RAM sengaja membiarkan misteri itu satu misteri yang tergantung, tidak dirungkai dengan jelas..barangkali membiarkan seketika peminatnya untuk terus berfantasi. 

p/s: sangat berharap akan ada RAYYAN FANTASI ke-2..Mungkin aku jatuh cinta dengan plot di YUK'KAA dan misteri Jajahan Karuh tersebut. :) 


BOOK REVIEW: SEMANGAT HUTAN


"GUMINAVO ZOU DIAU..." (AMIRUDDIN)

"Cincin emas bertatah berlian pemberian Amiruddin dikeluarkan dari beg tangannya. Lama dia menatap cincin itu. Lama jua dia berfikir. Kemudian dengan lembut dan sopan, dia menyarungkan cincin emas bertatah berlian itu ke jari manisnya. Perlahan-lahan...dia mengukir sebuah senyuman. " (WAN SURAYA)

"Parut luka di perutnya tujuh tahun lalu sebagai tanda hari pertama dia mengenali ALLAH." (EJIM)

HARGA: RM 19.90 (Sem. Malaysia)
RM 22.90 (Sabah & Sarawak)

PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN: 10 2012
BINTANG: 5 BINTANG

"SEMANGAT HUTAN" merupakan trilogi ke-2 TOMBIRUO dan mempunyai kesinambungan plot PENUNGGU RIMBA yang terdahulu. Watak perwatakan masih mengekalkan ketiga-tiga watak utama TOMBIRUO itu sendiri. Kali ini, watak perwatakan setiapnya lebih bersifat matang dan lebih menonjol berbanding yang terdahulu. Mungkin, SEMANGAT HUTAN kali ini mempunyai debaran yang lebih hebat ditonjolkan di dalamnya. Ini kerana, adanya watak ROGON dihidupkan bagi menjadikan setiap plot itu memberikan kesan yang sangat mendalam dan berkesan di dalam hati pembaca tegar RAM. Ketiga-tiga watak berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dan meninggalkan bekas yang tersendiri. Plot yang paling menarik perhatian aku, adalah ketika bermulanya terhempasnya kapal terbang hinggalah kemunculan ROGON yang menggerunkan. Bertambah menarik, dengan adanya pertemuan hebat di antara EJIM dan ROGON itu sendiri. Sentuhan RAM di dalam trilogi ke-2 TOMBIRUO ini sedikit sempurna dengan penambahan elemen cinta yang tidak keterlaluan dan bersifat matang. Kemunculan watak baru seperti DR.HASLIA, TAN SRI NASIR serta palitan kisah hidup AHMAD WU menjadikan SEMANGAT HUTAN lebih berwarna-warni. Sejujurnya SEMANGAT HUTAN lebih menyentuh perasaan dan golakan perasaan yang sangat hebat buat pembaca seperti aku. Perkara yang aku paling suka tentang karya RAM adalah dia sering mengingatkan kita tentang kematian. Kematian itu pasti...Hidup hari-hari esok, InsyaAllah.

p/s: andai kamu-kamu tahu, Trilogi TOMBIRUO aku ini, aku perolehi atas sebab luck sahaja. Sebab, ianya adalah novel yang dijadikan display sahaja yang tinggal waktu itu di Harris Bookstore, One Borneo..Memang jualan terlaris....

BOOK REVIEW : TOMBIRUO "PENUNGGU RIMBA"


"Satu kecelakaan di hutan Keningau Sabah rupa-rupanya
ada kaitan dengan kes pembunuhan di Chow Kit Kuala Lumpur"

HARGA: RM19.90 (Sem. Malaysia)
RM22.90 (Sabah & Sarawak)

PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN: 12 2012
BINTANG: 5 BINTANG

Sekian lama aku mengidam dekat trilogi TOMBIRUO ini, akhirnya terlepas sudah kempunan aku selama ini. Mana tidaknya, ada sahaja yang menghalang untuk aku dapatkan trilogi TOMBIRUO pertama ini. Tapi, alhamdulilah...berkat sabar dan ketabahan orang itu, akhirnya aku telah milikinya. 

RAMLEE AWANG MURSHID atau nama glamor di kalangan peminat kipas susah mati beliau lebih dikenali dengan nama RAM ini sememangnya salah seorang penulis dan karyawan yang tidak asing lagi dengan jolokan "NOVELIS THRILLER NOMBOR 1 MALAYSIA". Sejujurnya aku sangat mengkagumi penulisan beliau, sehinggakan aku rasa ketagih untuk memiliki dan mengikuti penulisan beliau yang sememangnya memberi kepuasan yang maksima insan seperti aku ini. Ejim, Amiruddin, dan Wan Suraya antara watak yang telah digarap dengan baik dan sempurna bagi menghidupkan penceritaan TOMBIRUO "PENUNGGU RIMBA" ini. Setiap plot menceritakan dengan terperinci dengan baik. Plot yang paling aku suka dalam TOMBIRUO ini adalah detik pertemuaan Ejim, Amiruddin, Wan Suraya dan Ondu di Hutan Keningau buat pertama kalinya. Satu pertemuan yang aku rasakan meninggalkan kesan dan impak yang besar dalam Tombiruo ini. Watak yang membuatkan aku jatuh cintan adalah Ejim. Kenapa Ejim???Bukan Amiruddin?? Keaslian watak Ejim yang digarap seolah-olah hidup dan memberikan satu kekuatan yang sangat sesuai dengan Tombiruo itu sendiri. Ketidaksempurnaan pada diri seseorang itu bukanlah satu penghalang untuk menjadikan watak Ejim satu watak yang lemah. Amiruddin satu watak yang sempurna sifatnya dan sempurna di dalam pelbagai faktor, membuatkan Amiruddin lebih dominan. Namun, RAM berjaya membuatkan kita untuk bermain dengan teka-teki di dalam semua penulisan beliau. Ini merupakan satu kekuatan di dalam karya RAM yang mana tidak pernah menghampakan peminat beliau. 

p/s: kipas susah mati... ;)

Tuesday, May 15, 2012

BOOK REVIEW : DETIK DEBAR



"BIAR AKU PINTAS.
BIAR AKU RENTAS.
KAU PASTI TUMPAS!! "

HARGA : RM17 (Sem. Malaysia)
RM20 (Sabah & Sarawak)

PENULIS : EYMAN HYKAL
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN : 1 2012

Alhamdulilah...akhirnya aku berjaya habiskan novel aksi ini. Novel ni, hadiah dari seseorang. ;) 
Sesiapa yang suka akan novel aksi, aku tersangat syorkan kepada anda semua, untuk membaca dan mendapatkan novel ini. Sejujurnya, aku baru mengenali EYMAN HYKAL. Sebelum ini, aku hanya mengenali RAMLEE AWANG MURSHID dan ZAIFUZAMAN AHMAD, untuk novel genre aksi dan thriller. Ternyata sentuhan EYMAN HYKAL di dalam DETIK DEBAR ini tidak mengecewakan insan seperti aku. Garapan ceritanya ternyata penuh dengan debaran dan aksi. Dari permulaan plot, sudah menghidangkan aku dengan adegan-adegan aksi. Plot yang paling aku suka dalam DETIK DEBAR ini adalah pada waktu berlangsungnya HARI KEBANGSAAN yang mana adegan yang ditampilkan membuatkan aku susah untuk melepaskan novel ini. Detik debaran yang mampu membuatkan anda suspen sepanjang klimaks DETIK DEBAR ini. Jika anda jenis yang kuat berimaginasi, rasanya anda seolah-olah menonton tayangan movie aksi yang membuatkan anda tidak mahu lepas untuk mengikuti perkembangan DETIK DEBAR. Garapan cerita yang sangat berani dari EYMAN HYKAL. InsyaAllah, lepas ini, aku akan mengenali lagi penulisan EYMAN HYKAL. Memandangkan aku sudah tangkap cintan dengan novel-novel genre aksi sebegini. 
 Untuk sesiapa yang ingin membaca sedikit tentang DETIK DEBAR ini, sila tekan dan klik link di bawah ini.. :)

p/s: Sedang dibuai cinta dengan TOMBIROU : PENUNGGU RIMBA :)


Tuesday, October 18, 2011

KENA SAMPUK

ahhhhhhchooooooooooo!!!!!
hmmmmm...banyaknya debu yang hinggap dekat sini...
sampai AKU rasa memang tak boleh hendak AKU tutup sebelah mata ini...
tak tahan hati ini melihat debu-debu yang hinggap di sini...
sungguh terbiar....
sampai AKU rasa bersalah ni...
hmmmmm..
tapi apa boleh AKU buat...
bila AKU sudah kena sampuk oleh mereka....
AKU jadi yang obsess untuk meneruskannya...

macam yang kena tulis kat buku ni...
"Getting Hooked: Rationality or Addiction??"

hmmmmm.....
sehingga AKU lupa untuk menjenguk apa yang AKU ada...
sehingga AKU menjadi sebahagian dalam perjalanan mereka...
seolah AKU hidup dikalangan mereka...
AKU turut beremosi dengan mereka...
seolah AKU terkena tempias yang sama....
begitulah AKU apabila AKU kena sampuk oleh mereka...
nampak gayanya....
AKU akan terus membiarkan diri AKU kena sampuk oleh mereka...
AKU merelakan mereka menyampuk AKU...
kerana mereka dah sebahagian dari apa yang AKU suka sekarang ini...


sekarang ni....
mereka-mereka inilah yang menyampuk AKU...
setakat ini...
AKU dapat rasakan...
ADRENALIN AKU memang terpukul dengan mereka ini...
sampaikan AKU merelakan mereka menyampuk AKU...


p/s: sejak AKU dah temui cara yang paling mudah, jimat, cepat dan memuaskan AKU untuk mendapatkan mereka-mereka ini...makanya AKU semakin obsess untuk meneruskan semua ini..berniat nak jadikan mereka-mereka ini satu koleksi AKU yang paling AKU sayang....sesiapa nak kena sampuk...AKU cadangkan try baca buku-buku dari MELISSA HILL ini....memang sah...tak boleh lepas...previously, dari MELISSA HILL yang AKU suka sangat, LAST TO KNOW!! 




Saturday, September 17, 2011

CintaKU beralih angin

semenjak dua menjak ini...
AKU dapat rasakan...
CintaKU beralih angin...
sungguh....
bukan AKU sengaja atau berniat untuk mengalih CintaKU...
tidak terlintas untuk AKU membuang CintaKU...
sumpah...
tidak sama sekali...
tapi...
kebelakangan ini...
AKU sudah semakin jauh meninggalkan iKUt CaRAkU..
jauh, berbatu....
semacam ada tembok tinggi yang AKU bina utuh...
demi CintaKU yang baru....
mesti KAMU-KAMU sekalian bingung bukan....
kenapa AKU sewenangnya memungkiri janji iKUt CaRAkU...
tapi inilah AKU...
mudah beralih cintanya...
hanya kerana AKU lebih waktu dengan  CintaKU yang baharu....
nak tahu siapa CintaKU yang baharu ini...
jom aku kenalkan...

seriously LOVES this one!!!
bila dah mula...susah untuk AKU berhenti....
jatuh cinta dengan author ni...
MELISSA HILL akan masuk dalam check list AKU!!!

second from MELISSA HILL...
tak berganjak untuk mengabiskan buku ni....
MUST HAVE!!
NEXT hunting..
WISHFUL THINKING by MELISSA HILL
winkwink......

LOLA JAYE....
tak pernah AKU kenal pun..
tapi tertarik dengan tajuk buku ni..
BY THE TIME YOU READ THIS....
kisah ala2x PS I LOVE YOU by CECELIA AHERN..
tapi yang ni lain sikit..
pasal manual ni khas ditulis oleh seorang bapa kepada anak perempuannya...
thumbs up!!


yang ni....
my sister yang punya...
so. aku tumpang baca...
since aku dah kehabisan sumber untuk dibaca...
so far..
memang lain dari novel biasa...
THUMBS UP :)

p/s: tak sabar menunggu kedatangan yang CintaKU yang baharu.....maafkan AKU kerana telah mengabaikan iKUt CaRAkU ini....maaf...kerana CintaKU telah beralih angin ketika ini.... 



Saturday, September 10, 2011

SALAM KEMAAFAN

Salam kemaafan dari AKU...
kerana sekian lama menyepi dari alam blogging ini...
bukan menyepi membawa diri...
tapi menyepi dek kehimpitan yang menghimpit...
benar-benar menghimpit AKU...
sampai AKU meninggalkan sepi di ruang ini..
hingga AKU hilang jejak di alam blogging ini seketika...
Maaf AKU pinta..
sebab AKU tidak mampu menyelesaikan misi RAMADHAN AKU yang lepas...
hanya diawal RAMADHAN AKU sempat berkongsi seketika...
Maaf AKU pinta dari KAMU-KAMU semua...
dan tak terlambat untuk AKU mengucapkan...
Salam Lebaran buat KALIAN SEMUA....
Minal Aidin Wal Faizin dari AKU....


Tuesday, August 09, 2011

#7 Ramadhan


Kedengaran pagi si AYAM berkokok...
panjang, lantang dan bertenaga...
semacam ada khabar indah yang mahu di kongsi bersama....
yaaaaaaaaaa....
tidak salah lagi...
khabar indah yang di kokokkan...
AYAM Kampung mendapat habuan...
sekian lama dipinggiran kampung mengais rezeki...
kais pagi, makan pagi...
kais petang makan petang....
kekadang mengais di lumpuran...
demi mencari sejemput rezeki.....
pagi ini...
khabar indah buatkan AYAM Kampung tersenyum riang...
terbit rasa syukur...
kerana ada TUAN yang baik hati...
berikan jagung dan baja...
tak usah mengais di tebingan lagi...
belum sempat menikmati hidangan...
sudah datang si AYAM Sabungan...
datang menyambung....
lagak penuh sakit hati...
kerana jagung dan baja harus di kongsi...
di bahagi si AYAM Kampungan....
Si AYAM Sabungan mendabik dada...
berkokok lagi lantang...
kokokkan berbau ego...
tanda protes...
tanda membantah...
tanda kurang senang adanya Si AYAM Kampung....
kerana baginya...
Si AYAM Sabungan lagi berhak di layan...
kerana DIRINYA memang dilatih...
memang terlatih dan wajar di beri perhatian TUAN...
malang si AYAM Kampung...
terbit rasa di pinggiran...
yang tidak layak berkongsi..
rezeki..hanya semata-mata dirinya Si AYAM Kampungan yang tiada kehebatan..
hanya layak mengais pagi, makan pagi...
kais petang makan petang...
aduhai.......
salahkan Si AYAM Kampungan berkongsi rezeki???
 

P/S: hmmmmm......tetiba pula AKU terfikir tentang AYAM ni....hanya kerana AKU terbaca ini..BACA INI...
apa kata KAMU-KAMU??






Monday, August 08, 2011

#6 Ramadhan


terbit rasa kagum...
rasa DIA dan MEREKA hebat!!
rasa DIA dan MEREKA memang wajar dikagumi...
benar-benar memberikan AKU inspirasi...
mengenai hidup ini...
perjuangan untuk meneruskan hidup...
bertarung untuk hidup...
bertarung dengan mental dan emosi...
berperang dengan kesakitan...
semata-mata...
untuk memenangi
satu KEHIDUPAN...
DIA dan MEREKA memang hebat...
sungguh memberikan AKU inspirasi...
betapa...
DIA hebat dalam perjuangan hidupnya...
betapa DIA tabah ...
kental dan cekal...
dalam peperangan emosi, mental dan kesakitan itu...
sungguh AKU kagum akan semangat DIA...
DIA jaguh dalam melawan sakit...
begitu juga MEREKA....
kerana DIA dan MEREKA punya nasib yang sama....
kental untuk terus meneruskan kehidupan ini...
hingga ke akhir hayat...

P/s: DIA dan MEREKA adalah mereka yang bertarung dan berperang dengan sakit kanser payu dara...lalu AKU teringat akan satu concert khas sempena pesakit kanser.."SU2C ".. 
~~~~tadi siang AKU baru habis baca buku tentang POTRET SRIKANDI BERJASA: ENDON MAHMOOD~terselit satu cerita tentang kecekalan beliau melawan kanser payu dara......

Saturday, August 06, 2011

AKU senang begini

melewati bait-bait KAMU...
buatkan AKU terpanggil untuk menyahut kembali...
rasa terpanggil untuk AKU menjawab...
untuk AKU menyahut...
untuk AKU berhujah balik...
untuk AKU memulangkan kata kembali...
mungkin AKU berada di situasi itu..
AKU berada lingkungan itu juga..
YAA....memang kena sangat dengan AKU....
kena sangat-sangat...
tapi AKU sudah lali dengan itu..
kerana AKU tidak mahu mengambil pusing...
sebab AKU ada tuntutan yang harus AKU langsaikan..
AKU ada kewajiban yang belum AKU tunaikan lagi...
sebab itu AKU menulikan telinga...
AKU tutup telinga suara-suara sumbang itu...
AKU pasangkan MP3 lagu kesukaan AKU...
AKU pantas mengejar tuntutan..
AKU mengejar kewajiban AKU..
pedulikan kata ORANG..
teguhkan hati dan tekad...
moga AKU sampai ke destinasi impian...
bukan AKU menutup pintu untuk membina mahligai impian...
tapi AKU belum nampak keutamaan buat waktu ini...
apa yang utama..
tuntutan AKU dan kewajiban AKU yang masih belum begerak..
yang masih belum berganjak...
jadi AKU tetap tulikan telinga dengan soalan itu...
kerana, AKU yakin...
AKU akan menemuinya...
kerana AKU berasal dari tulang rusuk kirinya...
pasti AKU akan temui juga.... 
takdir dan ketentuan dariNYA..
itu janji NYA...
INSYAALLAH...

p/s: ada apa dengan angka?kematangan itu tidak dapat diukur dengan nilai kematangan seseorang...kematangan bukan diukur dengan status perkahwinan...semua itu bergantung pada pembawaan diri kita..siapa kita dan di mana letaknya kita di mataNYA...25 tahun untuk AKU bukan apa-apa...itu cuma angka biasa...



#5 Ramadhan

tetiba gatal nak berkongsi dengan yang ini...
mungkin di sebabkan si KAWAN AKU yang terkena...
lalu tergerak AKU hendak berkongsi..
emmm...
pernahkah KAMU-KAMU semua mengalami demam cacar air??
demam campak??
jintungan??
bertih??
atau bahasa standard di panggil cacar ayam...
opsssss...silap...CHICKEN POX la...
tu nama glamernya....
kalau bahasa kayangan memanggilnya Varicella..
Varicella zoster penyebab penyakit ini..
hebat sungguh virus ni...
mudah dan cepat merebak...
Kalau AKU...
AKU dah terkena..
waktu AKU zaman hingusan lagi..
seingat AKU teruk juga AKU kena masa tu...
Demam panas dengan badan, muka, tangan, kepala, kaki , nak kata semua bahagian badan AKU..
penuh dengan bintik bintik merah...
macam polka dot kecik-kecik warna merah...
aduiiiiiii...
AKU rasa sengsara sungguh masa tu...
sungguh...
banyak sungguh AKU kena pantang makan masa tu...
paling AKU sedih masa tu..
tak boleh makan telur ngan kicap!!
ahahahahaha..
pasalnya AKU ni hantu kicap waktu tu...
makan nasi, AKU letak kicap...
makan maggi, AKU letak kicap!!..
makan masak lemak, AKU letak kicap!!
makan kari ayam, AKU letak kicap!!
makan sup, AKU letak kicap!!
kronik AKU rasakan masa tu...
sebab AKU kena pantang makan....
hmmmm..
awal-awal tu AKU cuba tahan gak..
tapi dah di hujung-hujung tu..
AKU langgar je pantang tu..
buktinya...
bekas cacar air AKU meninggalkan jejak!!!
paling teruk..
kawasan muka AKU la..
hmmm...
masa tu budak hingusan lagi..
tak kisah pasal muka lagi..
ahahahaha..
lama juga bekas tu nak hilang...
sekarang ni..
rasanya, hanya satu dua bekas yang ketegar...
emm..kata orang..
dalam hidup, KITA pasti akan terkena demam cacar sekali seumur hidup...
ALHAMDULILAH, AKU dah terlepas satu azab kesakitan...
KAMU-KAMU semua pula macam mana??
dah pernah kena ke belum?
apa pun, AKU doakan KAWAN AKU akan cepat-cepat sembuh...

p/s: kata orang,kalau terkena zaman dewasa, lagi parah rasanya...puasa dah 6 hari...tapi entri AKU baru masuk ke 5...heeeeee :P ponteng 1 hari..







Thursday, August 04, 2011

#4 Ramadhan

Little Zam-Zam farts in the classroom and his teacher gets really upset and throws him out. He goes and sits outside and can't stop laughing. The Guru Besar walks by and sees him sitting outside laughing. He says, "Zam-Zam what are you doing sitting here laughing?"...

Little Zam-Zam says, " I farted in class and the teacher threw me out. " 

The GB says, "Well then, why are you laughing?" 

Little Zam-Zam says,"Cause the dumb idiots are sitting in the class smelling my fart and they put me outside in this beautiful fresh air"

P/S: hihihihihihihi LOL....just for sharing...Laughter is the best medicine...FYI: this joke found from LAUGHTER, the Best Malaysian by Uncle David Tong.. :) good books to get laugh with.. :)

serius AKU memang suka dengan BUKU ni...

bagus untuk peneman di kala kebuhsanan tahap dewa ni...

Happy reading guys.. :)



Wednesday, August 03, 2011

#3 Ramadhan



Panas...panas...
terik sungguh panas kebelakangan ini...
sungguh terik...
sampai buatkan kepala AKU pusing...
badan AKU seperti kena hambat...
terasa mata AKU kena lastik...
berpinar dek panasnya hari kebelakangan ini...
sungguh....
AKU rasa besar dugaan kali ini...
sampai terdengar bisikan menggoda...
bisikan memanggil...
ada tangan yang melambai...
dengan air kosong di tangan...
YA ALLAH.......
dugaan apakah ini...
berhalusinasi sendirian di padang pasir...
buatkan AKU terjelumpuk longlai...
tapi...
AKU kuatkan suara kecil yang nan satu lagi...
KUATKAN SEMANGAT MU...
jangan dengar kata-kata NAFSU itu...
bila lagi hendak berjihad dengan NAFSU MU??
inilah masanya...
untuk buktikan..
perasaan CINTA mu kepadaNYA...
tetiba..
suasana panas, berubah menjadi dingin...
apa AKU bermimpi??
AKU tercium bau yang sekian lama AKU rindu....
sungguh....
bau ini buatkan AKU terasa damai..
hilang kepanasan tadi...
ALHAMDULILAH...
terlihat mutiara berkilau turun membasahi bumi...
TERIMA KASIH YA ALLAH....

p/s: telah selamat berbuka..tepat jam 6.40petang...Alhamdulilah...berbuka ala kadar...bukan untuk pemuas nafsu kelaparan...



Thursday, July 21, 2011

AKU suka sama POKOK

AKU suka sama POKOK!!
betul....
POKOK buatkan AKU duduk berfikir...
merenung kembali pada POKOK...
ada apa dengan POKOK...
apa yang tersurat dan tersirat pada POKOK....
yang pasti POKOK buatkan AKU menerjah kembali...
siapa AKU dan POKOK...
mengapa POKOK AKU fikirkan....
hairan...
tapi...
POKOK ini buatkan AKU melirik senyum...
senyum pada liriknya...
senyum pada makna dibaliknya....
jom KAMU-KAMU bersama dengan AKU seketika dengar pada POKOK....

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


p/s: mula terjatuh hati pada POKOK ini waktu AKU konvokesyen hari itu.... :) first time kot AKU hayati lirik ni... :)



Saturday, July 09, 2011

D.E.M.O.K.R.A.S.I

DEMOKRASI....
mengikut pencarian dalam MR.GOOGLE..
dari WIKIPEDIA
 berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat"
MANAKALA di dalam konteks 
Kamus Dewan mendefinisikan bahawa “demokrasi” adalah “pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya”
>
>
hmmmmm....
hari ini tercatat satu sejarah...
9 Julai 2011...
AKU selaku pemerhati hanya duduk memerhati...
bukan AKU hendak lepas pandang...
tapi...
AKU masih duduk kekeliruan...
kecelaruan...
kenapa kejadian seperti ini berlaku di negara AKU yang AMAN ni...
apa MEREKA sudah tidak senang dengan keadaan AMAN ini...
apa MEREKA rasa dengan demo jalanan ini akan buatkan KITA semua semakin AMAN dan MAKMUR???
tak salah untuk bersuara...
tak salah untuk menyalurkan pendapat yang murni itu....
tapi TOLONG jangan hilangkan KEAMANAN tempat KITA...
sebab AKU tak mahu NEGARA KITA berantakkan...
porak peranda hanya kerana pendapat KITA berbeza...
hanya kerana fahaman KITA BERBEZA....
punca hanyalah kerana KITA punya pegangan yang berbeza....
sampai hilang KEAMANAN di hari semalam....



P/S: Between hari ni hari jadi bapa AKU....selamat hari jadi Paa.. :)



Tuesday, July 05, 2011

DAY 9: 10 WAYS TO WIN MY HEART


fuhhhhhhhh....
akhirnya AKU sampai juga entri yang menarik ni....
hihihihihi...
bukan yang lain tak menarik..
tapi yang ni...
AKU rasa macam tercabar sungguh ni...
hahaha sebab AKU kena nyatakan macam mana KAMU-KAMU boleh win my heart...
tapi tidak mengapa..
AKU tetap akan memberikan jawapan yang positif...
agar KAMU-KAMU kenal AKU macam mana orangnya....
OK..JOM SEMAK CARA NAK MEMENANGI HATI AKU NI....
(tarik nafas dalam-dalam, dan hembus perlahan-lahan)
>
>
>
  1. pertama sekali, KAMU kena senyum dengan AKU....bila KAMU senyum, AKU akan pasti senyum balik tanpa rasa ragu-ragu..sebab senyum itu satu sedekah bukan :)
  2. bila dah senyum...tak salah KAMU say HI dengan AKU....dengan  HI AKU akan  HI balik dengan KAMU... :)
  3. jikalau AKU diam seribu bahasa, jangan KAMU diam juga...cuba say something yang boleh buatkan AKU nak buka mulut..tidak pun, KAMU kongsikan AKU joke yang boleh buatkan AKU kembali untuk senyum... :)
  4. Bila AKU rasa hendak bercerita atau merungut sesuatu, KAMU pinjamkan telinga KAMU untuk mendengarnya...itu sudah cukup buatkan AKU senang dengan KAMU!!!
  5. BE YOURSELF!! jangan copycat dengan orang lain...jadilah diri sendiri...tidak perlu menjadi orang lain, untuk buatkan AKU impress dengan KAMU...
  6. Kenali AKU dan terima AKU seadanya!!kenali AKU perlahan-lahan, tak perlu tergesa-gesa...sebab AKU pun akan cuba untuk kenali KAMU perlahan-lahan..dan terima segala kekurangan AKU...sebab AKU bukanlah insan yang sempurna mana..AKU punya kelemahan dan kekurangan juga...jadinya AKU pun, tidak akan expect KAMU  sebagai insan yang sempurna juga :) 
  7. Sabar dan sentiasa sabar...sebab kekadang AKU boleh buatkan KAMU hilang sabar...mungkin kekadang sikap acuh tak acuh AKU buatkan KAMU hilang sabar dengan AKU....bukan AKU tak kisah dengan KAMU..tapi inilah diri AKU...
  8. Tunjukkan AKU yang KAMU really care about AKU....walau kekadang AKU rasa KAMU seperti NENEK tua...tapi dalam hati AKU, AKU tahu kalau KAMU ambil berat pasal AKU....
  9. semakin KAMU ingat benda-benda remeh mengenai AKU...semakin AKU rasa KAMU memang ambil berat dan kisah dengan AKU!!KAMU telah buatkan AKU terkagum seketika dengan daya ingatan dan usaha KAMU itu...akhirnya, AKU senyum dengan KAMU :)
  10. last but not least, KAMU hormat dengan pendirian AKU...sebab mungkin AKU dan KAMU tidak punyai pendapat yang sama...jadinya hormati pendirian AKU...sebab AKU akan bertindak sedemikian rupa juga dengan KAMU :)

P/S: kenali AKU satu persatu... :) 


 


Monday, July 04, 2011

Melody MONDAY#

"WHY IS EVERYBODY SO OBSESSED? MONEY CAN'T BUY US HAPPINESS... "

Jessie J : PRICE TAG

P/S: AKU suka benar dengan lyric yang satu ni!!hihihihihi :)



Monday, June 27, 2011

DAY 2: 10 THINGS YOU LOVE

Day 2: 10 things AKU love...
hmmm..
kalau yang ini AKU rasa senang je AKU nak share dengan KAMU-KAMU semua...
aisehhhhhhhh..
tetiba je datang angin AKU nak buat entri ni...
OK...
JOM CHECKLIST 10 THINGS AKU LOVE!!!
ARE YOU READY!!!
JOM....


  1. AKU LOVES GREEN!!! segala yang HIJAU itu AKU suka!!! lagi-lagi ALAM HIJAU memang AKU suka tengok!!! Kalau kempen GO GO GREEN tu memang support 100%...sampaikan cartoon GREEN LANTERN AKU tengok!!hihihihi  
  2. AKU LOVES CHOCOLATE!!!wahhhhhhh kalau CHOCOLATE tu memang AKU SUKA!!segala macam yang berkaitan dengan CHOCOLATE AKU tetap SUKA!!!dari DARK CHOCOLATE sampai la ke WHITE CHOCOLATE!!nyumnyum...memang AKU SUKA!!
  3.  AKU LOVES TOBLERONE!!!hmmmm...CHOCOLATE ni paling AKU SUKA!!!yummmy!!hihihihi memang AKU SUKA la....heeeee... :)
  4. AKU LOVES RIHANNA'S SONG!!memang AKU suka dengan kebanyakkan lagu RIHANNA!!! memang LAGU RIHANNA WAJIB ada dalam playlist MP3 AKU!! :)
  5. AKU LOVES CAMERA!!!bukan AKU SUKA kena ambik gambar...tapi AKU SUKA TANGKAP GAMBAR!!hihihihihi memang AKU SUKA!!hmmmm...berangan nak ada DSLR sendiri..tapi kalau AKU tak dapat DSLR, AKU dapat CAMERA DIGITAL macam PANASONIC  LUMIX TZ20 pun dah boleh buatkan AKU SUKA TERSANGAT-SANGAT!!hihihihi kalau AKU dapat grab NIKON COOLPIX S6000 pun dah kira AKU senyum puas dah.. :)
  6. AKU LOVES FAIZAL TAHIR....opsss ni memang AKU tak dapat nak lari....memang ramai artis Malaysia yang berbakat...tapi  FAIZAL TAHIR  AKU PALING SUKA!!KAMU-KAMU nak kritik pun AKU tak kisah...sebab DIA Superhero AKU!!hihihihihi :)
  7. hmmm...Kalau kawan-kawan yang kenal dengan AKU memang dorang dah tahu sangat yang AKU SUKA dengan ZAHIRIL ADZIM!!yang selalu AKU panggil sebagai MR.MERAHku...hihihihi memang AKU SUKA dengan Z.A ni...sebabnya..lakonan bersahaja DIA yang buatkan AKU SUKA tengok!!bukan itu saja, AKU memang SUKA dengan gaya penulisan blog DIA!!memang AKU selalu BLOGWALKING@ ZAHIRIL ADZIM BLOGSPOT!! :)
  8. AKU LOVES layan MOVIE!!hmmm...lagi-lagi kalau movie macam HARRY POTTER ke, PERCY JACKSON ke, TRANSFORMER ke, MERLIN ke, hmmmm..banyak lagi la...kalau nak AKU list memang sengal KAMU-KAMU nak baca nanti..hihihihihihi
  9. AKU LOVES layan CARTOON or ANIME juga!!!hihihihi ni memang AKU tak boleh buang dari zaman hingusan AKU lagi...movie cartoon 3D macam DESPICABLE ME, ICE AGE, SHREK, TANGLED, BARBIE ke....hmmm...banyak la...kalau ANIME AKU PALING SUKA sekarang ni FAIRY TAIL...hihihihi memang AKU tengok la....ada banyak juga ANIME AKU tengok...macam ONE PIECE, HITMAN REBORN, NARUTO....aduiii penat AKU nak list kat sini...hihihihihi banyak sangat...
  10. eehhh...dah sampai no10 dah...AKU LOVES benda-benda yang COMEI!!! hihihihi macam KUCING, CUPCAKES, BOOKMARKS,....memang AKU SUKA!!!hihihihihi apa saja nampak comei di mata AKU memang AKU SUKA!!!hihihihihi 

tamat sudah part benda yang AKU SUKA!!!


apa pun.....
I LOVE BEING ME!!!






Saturday, June 11, 2011

~ CALPO DI FULMINE~


"most girls dream of finding the love of their life"

"How do you know he's THE ONE??"

Are YOU getting BUTTERFLIES just THINKING about HIM? 

Have YOU dreamt of MARRYING HIM?

Do YOU just KNOW?

~~CALPO DI FULMINE~~

A funny and magical romantic comedy about what happens when every girl's dream of finding her dream man comes very true indeed...
 
click here for more!!



P/S: hormon cinta AKU terkinja-kinja sekali lagi... :) sebab itu AKU berkongsi dengan KAMU-KAMU semua... continue reading..lalalalalala :)



Feeling MUCH BETTER :)

hmmmmmmm...
feeling much better...
ALHAMDULILAH...
but still taking paracetamol...
reducing my fever...
aihhhhhhh..
I HATE DRUGS!!
REALLY!! 
hmmmmmm...
but what should I do..
I HAVE TO TAKE IT...
haiyahhhhh...
dizziness, losing appetite, sweating...
that's ALL I got!!
just because of taking the paracetamol...
ALL I GOT IT IN ONE PACKAGE!!
hmmmm...
no worries...
it just temporary adverse affects of the drugs...
soon, it would gone far away...
far far away...
INSYAALLAH...

my new collection...

P/S: hikmah dari I'm sick, aku mulakan membaca my new collection ni... :)