Wednesday, May 30, 2012

BOOK REVIEW : TOMBIRUO "PENUNGGU RIMBA"


"Satu kecelakaan di hutan Keningau Sabah rupa-rupanya
ada kaitan dengan kes pembunuhan di Chow Kit Kuala Lumpur"

HARGA: RM19.90 (Sem. Malaysia)
RM22.90 (Sabah & Sarawak)

PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN: 12 2012
BINTANG: 5 BINTANG

Sekian lama aku mengidam dekat trilogi TOMBIRUO ini, akhirnya terlepas sudah kempunan aku selama ini. Mana tidaknya, ada sahaja yang menghalang untuk aku dapatkan trilogi TOMBIRUO pertama ini. Tapi, alhamdulilah...berkat sabar dan ketabahan orang itu, akhirnya aku telah milikinya. 

RAMLEE AWANG MURSHID atau nama glamor di kalangan peminat kipas susah mati beliau lebih dikenali dengan nama RAM ini sememangnya salah seorang penulis dan karyawan yang tidak asing lagi dengan jolokan "NOVELIS THRILLER NOMBOR 1 MALAYSIA". Sejujurnya aku sangat mengkagumi penulisan beliau, sehinggakan aku rasa ketagih untuk memiliki dan mengikuti penulisan beliau yang sememangnya memberi kepuasan yang maksima insan seperti aku ini. Ejim, Amiruddin, dan Wan Suraya antara watak yang telah digarap dengan baik dan sempurna bagi menghidupkan penceritaan TOMBIRUO "PENUNGGU RIMBA" ini. Setiap plot menceritakan dengan terperinci dengan baik. Plot yang paling aku suka dalam TOMBIRUO ini adalah detik pertemuaan Ejim, Amiruddin, Wan Suraya dan Ondu di Hutan Keningau buat pertama kalinya. Satu pertemuan yang aku rasakan meninggalkan kesan dan impak yang besar dalam Tombiruo ini. Watak yang membuatkan aku jatuh cintan adalah Ejim. Kenapa Ejim???Bukan Amiruddin?? Keaslian watak Ejim yang digarap seolah-olah hidup dan memberikan satu kekuatan yang sangat sesuai dengan Tombiruo itu sendiri. Ketidaksempurnaan pada diri seseorang itu bukanlah satu penghalang untuk menjadikan watak Ejim satu watak yang lemah. Amiruddin satu watak yang sempurna sifatnya dan sempurna di dalam pelbagai faktor, membuatkan Amiruddin lebih dominan. Namun, RAM berjaya membuatkan kita untuk bermain dengan teka-teki di dalam semua penulisan beliau. Ini merupakan satu kekuatan di dalam karya RAM yang mana tidak pernah menghampakan peminat beliau. 

p/s: kipas susah mati... ;)

No comments:

Post a Comment