Showing posts with label kenali diri. Show all posts
Showing posts with label kenali diri. Show all posts

Saturday, August 06, 2011

AKU senang begini

melewati bait-bait KAMU...
buatkan AKU terpanggil untuk menyahut kembali...
rasa terpanggil untuk AKU menjawab...
untuk AKU menyahut...
untuk AKU berhujah balik...
untuk AKU memulangkan kata kembali...
mungkin AKU berada di situasi itu..
AKU berada lingkungan itu juga..
YAA....memang kena sangat dengan AKU....
kena sangat-sangat...
tapi AKU sudah lali dengan itu..
kerana AKU tidak mahu mengambil pusing...
sebab AKU ada tuntutan yang harus AKU langsaikan..
AKU ada kewajiban yang belum AKU tunaikan lagi...
sebab itu AKU menulikan telinga...
AKU tutup telinga suara-suara sumbang itu...
AKU pasangkan MP3 lagu kesukaan AKU...
AKU pantas mengejar tuntutan..
AKU mengejar kewajiban AKU..
pedulikan kata ORANG..
teguhkan hati dan tekad...
moga AKU sampai ke destinasi impian...
bukan AKU menutup pintu untuk membina mahligai impian...
tapi AKU belum nampak keutamaan buat waktu ini...
apa yang utama..
tuntutan AKU dan kewajiban AKU yang masih belum begerak..
yang masih belum berganjak...
jadi AKU tetap tulikan telinga dengan soalan itu...
kerana, AKU yakin...
AKU akan menemuinya...
kerana AKU berasal dari tulang rusuk kirinya...
pasti AKU akan temui juga.... 
takdir dan ketentuan dariNYA..
itu janji NYA...
INSYAALLAH...

p/s: ada apa dengan angka?kematangan itu tidak dapat diukur dengan nilai kematangan seseorang...kematangan bukan diukur dengan status perkahwinan...semua itu bergantung pada pembawaan diri kita..siapa kita dan di mana letaknya kita di mataNYA...25 tahun untuk AKU bukan apa-apa...itu cuma angka biasa...



Thursday, July 21, 2011

AKU suka sama POKOK

AKU suka sama POKOK!!
betul....
POKOK buatkan AKU duduk berfikir...
merenung kembali pada POKOK...
ada apa dengan POKOK...
apa yang tersurat dan tersirat pada POKOK....
yang pasti POKOK buatkan AKU menerjah kembali...
siapa AKU dan POKOK...
mengapa POKOK AKU fikirkan....
hairan...
tapi...
POKOK ini buatkan AKU melirik senyum...
senyum pada liriknya...
senyum pada makna dibaliknya....
jom KAMU-KAMU bersama dengan AKU seketika dengar pada POKOK....

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


p/s: mula terjatuh hati pada POKOK ini waktu AKU konvokesyen hari itu.... :) first time kot AKU hayati lirik ni... :)



Thursday, July 07, 2011

HIDUP TAK AMAN!!

semakin hari semakin menakutkan...
hidup penuh dengan rasa ketakutan...
selangkah KITA keluar dari pintu rumah....
sebab semakin ramai manusia yang bukan manusia lagi...
makin ramai yang jadi hilang kemanusiaannya....
dari manusia yang tahu darjatnya...
yang tahu mana siviknya...
kini semua itu sudah berkurangan....
semakin ramai yang menjadi kanibalnya...
sampai hilang rasa perikemanusiaannya...
apa adat dunia ke penghujung dengan manusia yang hilang manusianya???
hmmmm...
bukan AKU hendak mencanang...
tapi AKU semakin keliru...
semakin tertanya...
apa silapnya KITA...
sampai manusia hilang kemanusiaannya....



Tuesday, July 05, 2011

DAY 10: FINAL WORDS

  1. Pertama kali AKU ingin mengucapkan terima kasih kepada KAMU-KAMU semua yang sudi bertandang, menyinggah dan mengomen di sepanjang CABARAN 10 hari ini....bukan senang untuk buatkan KAMU-KAMU semua "drop" dan jenguk-jenguk entri AKU ni....huhuhuhu sebab AKU pun masih baru dalam dunia blogging ini...jadinya masih banyak AKU perlu baiki lagi..
  2. AKU sayang KAMU-KAMU semua yang "drop" di sini...betul!!! KAMU-KAMU buatkan AKU terharu ni.... 
  3. AKU minta maaf andai ada bahasa AKU yang "tersangat sopan" dengan KAMU-KAMU semua...MAAFkan AKU ;)
  4. AKU terharu dengan KAMU-KAMU semua...*sob sob sob* :( mungkin sebab ada di antara KAMU yang setia menunggu entry baru AKU....
  5. AKU minta MAAF juga, sebab ada beberapa entri yang aku telat update..sampaikan ada yang tertanya-tanya...MAAF.....
  6. AKU rasa bertuah sangat...sebab kenal dengan KAMU-KAMU semua di sini.....
  7. AKU rasa KAMU-KAMU semua memang TERBAIK!!!
  8. AKU ingin katakan sekali lagi....KAMU-KAMU semua sememangnya TERBAIKKK!!!!
  9. AKU rasa bersyukur sebab di beri kesempatan untuk menamatkan entri ini dengan jayanya...walau sebenarnya tidak seberjaya yang dikehendaki.....
  10. ALHAMDULILAH.....berakhir sudah cabaran 10 HARI ini....kalau ada cabaran lain...yang KAMU-KAMU semua join, jangan lupa ajak AKU k...have a nice day...and HAPPY BLOGGING semua!!! 

P/S: update entri dalam keadaan kegelapan....sebab black out....huhuhuhuhu 





DAY 9: 10 WAYS TO WIN MY HEART


fuhhhhhhhh....
akhirnya AKU sampai juga entri yang menarik ni....
hihihihihi...
bukan yang lain tak menarik..
tapi yang ni...
AKU rasa macam tercabar sungguh ni...
hahaha sebab AKU kena nyatakan macam mana KAMU-KAMU boleh win my heart...
tapi tidak mengapa..
AKU tetap akan memberikan jawapan yang positif...
agar KAMU-KAMU kenal AKU macam mana orangnya....
OK..JOM SEMAK CARA NAK MEMENANGI HATI AKU NI....
(tarik nafas dalam-dalam, dan hembus perlahan-lahan)
>
>
>
  1. pertama sekali, KAMU kena senyum dengan AKU....bila KAMU senyum, AKU akan pasti senyum balik tanpa rasa ragu-ragu..sebab senyum itu satu sedekah bukan :)
  2. bila dah senyum...tak salah KAMU say HI dengan AKU....dengan  HI AKU akan  HI balik dengan KAMU... :)
  3. jikalau AKU diam seribu bahasa, jangan KAMU diam juga...cuba say something yang boleh buatkan AKU nak buka mulut..tidak pun, KAMU kongsikan AKU joke yang boleh buatkan AKU kembali untuk senyum... :)
  4. Bila AKU rasa hendak bercerita atau merungut sesuatu, KAMU pinjamkan telinga KAMU untuk mendengarnya...itu sudah cukup buatkan AKU senang dengan KAMU!!!
  5. BE YOURSELF!! jangan copycat dengan orang lain...jadilah diri sendiri...tidak perlu menjadi orang lain, untuk buatkan AKU impress dengan KAMU...
  6. Kenali AKU dan terima AKU seadanya!!kenali AKU perlahan-lahan, tak perlu tergesa-gesa...sebab AKU pun akan cuba untuk kenali KAMU perlahan-lahan..dan terima segala kekurangan AKU...sebab AKU bukanlah insan yang sempurna mana..AKU punya kelemahan dan kekurangan juga...jadinya AKU pun, tidak akan expect KAMU  sebagai insan yang sempurna juga :) 
  7. Sabar dan sentiasa sabar...sebab kekadang AKU boleh buatkan KAMU hilang sabar...mungkin kekadang sikap acuh tak acuh AKU buatkan KAMU hilang sabar dengan AKU....bukan AKU tak kisah dengan KAMU..tapi inilah diri AKU...
  8. Tunjukkan AKU yang KAMU really care about AKU....walau kekadang AKU rasa KAMU seperti NENEK tua...tapi dalam hati AKU, AKU tahu kalau KAMU ambil berat pasal AKU....
  9. semakin KAMU ingat benda-benda remeh mengenai AKU...semakin AKU rasa KAMU memang ambil berat dan kisah dengan AKU!!KAMU telah buatkan AKU terkagum seketika dengan daya ingatan dan usaha KAMU itu...akhirnya, AKU senyum dengan KAMU :)
  10. last but not least, KAMU hormat dengan pendirian AKU...sebab mungkin AKU dan KAMU tidak punyai pendapat yang sama...jadinya hormati pendirian AKU...sebab AKU akan bertindak sedemikian rupa juga dengan KAMU :)

P/S: kenali AKU satu persatu... :) 


 


DAY 8: 10 OF YOUR FAVOURITE SONGS


sampai juga AKU cabaran untuk HARI KE 8 ni...
walaupun AKU telat..
tapi AKU masih tetap nak teruskan juga...
lebih baik lambat dari tiada langsung bukan???
jadinya...
AKU hendak melangsaikan task untuk  HARI KE 8 ni..
10 OF YOUR FAVOURITE SONGS.....
emmm...
kalau nak diikutkan...
lagu AKU ni tidaklah antara yang latest...
banyak yang dah ketinggalan zaman ni....
memandangkan AKU jenis yang lambat nak update lagu-lagu baru ni...
huhuhu kesian tak AKU...
yang penting LAGU-LAGU ini yang wajib ada di dalam MP3 AKU buat waktu ini...
dan sedap di halwa telinga AKU yang mendengarnya....
OK JOM SEMAK CHECKLIST MP3 SONGS AKU!!!

  1. FADING  -  RIHANNA 
  2. CALIFORNIA KING - RIHANNA
  3. LOVE THE WAY YOU LIE - EMINEM ft. RIHANNA
  4. WHAT'S MY NAME - RIHANNA ft. DRAKE
  5. IT'S YOUR LOVE - GIL OFARIM
  6. WARMNESS ON THE SOUL - AVENGED SEVENFOLDS
  7. OVER YOU - CHRIS DAUGHTRY
  8. MORE THAN WORDS - EXTREME
  9. SECRETS (ACOUSTIC) - ONE REPUBLIC
  10. IF TOMORROW NEVER COMES - RONAN KEATING
P/S: kalau nak AKU list banyak-banyak pun AKU sanggup ni....hihihi terlalu banyak lagu yang SUKA DENGAR... :) ini hanya sebahagian yang dapat AKU share :) 





Monday, July 04, 2011

DAY 7: 10 IMPORTANT PEOPLE


AKU teruskan lagi dengan DAY 7 pula...
AKU kena top up cabaran yang ketinggalan ni....
walaupun cabaran AKU ni macam dah tak valid entri DIA...
tapi sekurangnya AKU buat juga bukan...
tidak AKU meninggalkan berlalu sepi tanpa berita....
AKU cuba lakukan semampu yang AKU terdaya...

jom check it out, who are the most 10 important person in my life :)
kiranya VVIP (Very very important person) dalam hidup AKU..
MEREKA bukan siapa-siapa...
MEREKA bukan insan hebat di dunia ini...
tapi MEREKA cukup hebat dalam dunia AKU!!!
kerana MEREKA inspirasi AKU...
always be beside me....
itu buatkan MEREKA ini VVIP dalam hidup yang begelar AKU :)

  1. MAMA AKU....yang ni memang insan paling penting dalam hidup AKU...walau mama AKU bukanlah insan yang terpelajar, cuma belajar takat darjah 1 je...tapi pengaruh MAMA memang kuat untuk AKU..sebab MAMA memahami AKU :)
  2. BAPA AKU....yang ni lagi lagi super penting dalam hidup AKU..sebab BAPA lah yang KUAT MENDORONG AKU dan KAMI untuk terus ke tahap ini...sebab BAPA selalu berpesan katanya DIA tiada harta mahu diberikan dan diwariskan...cuma mampu memberikan peluang untuk menimba ilmu sebagai HARTA...sebab KAMI bukan orang senang...jadi BAPA harap dengan ilmu dapat menyenangkan dunia dan akhirat KAMI.....terima kasih BAPA :)
  3. ADIK AKU...pasalnya jarak umur AKU dan DIA hanya setahun...jadinya, DIA ni dah jadi kawan sepermainan AKU dari kecik lagi...hihihihi sayangnya bila KAMI bersama-sama, DIA selalu kena anggap KAKAK bukan AKU...sebab DIA nampak serius dan pendiam mungkin dari AKU yang banyak pot pet ni....heeeeee :P
  4. ADIK BONGSU AKU.....ni penting juga...pasal ni member gaduh AKU ni...walau KAMI selalu bertekak dengan hal-hal remeh, tapi DIA penting juga...pasal kalau tak, sunyilah rumah KAMI ni...lagi pun, kata orang tua-tua..."AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS" gaduh-gaduh manja je tu...bukan serius mana pun...lumrah ADIK BERADIK bukan...sedangkan lagi LIDAH TERGIGIT...:P
  5. MY GIRLFRIENDS.....wahhhhh..yang ni penting ni...sebab MEREKA banyak buatkan hidup AKU lebih happening dan colorful!!walau AKU dan MEREKA dah berjauhan, tapi percayalah itu bukan satu penghalang untuk KAMI terus berhappening!!GIRLS YOU ALL THE BEST!!LOVES YOU ALL...XOXOXOXOXO :)
  6. MY AUNT atau AKU panggil BABU....yang ni penting juga...sebab DIA dah treat AKU dan ADIK-ADIK AKU macam ANAK DIA....memandangkan DIA tidak berkawen dan tidak mengambil ANAK ANGKAT..jadinya KAMI inilah ANAK BUAH dan ANAK DIA :)
  7. KELUARGA KEMBANGAN AKU!!yang ni AKU nak list susah juga...karang tertinggal dalam list karang, ada yang kecik hati..jadinya AKU katakan secara keseluruhan sahaja...iaitu semua keluarga kembangan sebelah MAMA dan BAPA memang insan-insan VVIP dalam hidup AKU...memandangkan KAMI adalah satu KELUARGA BESAR!!
  8. KAMU yang selalu buatkan AKU tersenyum suka sendirian...KAMU yang selalu doakan kesejahteraan AKU dan keselamatan AKU....KAMU yang selalu bersedia meminjamkan telinga KAMU....KAMU yang setia di sisi AKU...KAMU adalah VVIP AKU!!! (berharap adanya KAMU satu hari nanti... )
  9. KAMU-KAMU semua!! KAMU-KAMU semua yang sudi mem "follow" AKU di SINI!!KAMU-KAMU semua yang sudi berhenti dan membaca entri ntah apa ntah dari AKU....yang sudi memberikan ruang masa KAMU-KAMU semua untuk insan yang tidak KAMU-KAMU semua kenali seperti AKU ini...betul-betul buatkan AKU terharu adanya KAMU-KAMU semua di SINI!!apa sudikah KAMU-KAMU semua untuk AKU listkan sebagai VVIP AKU???
  10. MEOW MEOW KAMI!!hihihi yang ni memang bukan person, tapi MEREKA dah menjadi sebahagian dari keluarga AKU!!! :)

P/S: KAMU VVIP AKU!!! :) 









DAY 6: 10 items You Can't Live Without

terlebih dahulu...
AKU ingin memohon seribu kemaafan dengan KAMU-KAMU semua..
sebab AKU telat untuk update entri 10 DAYS CHALLENGE ni...
maaf, AKU buatkan KAMU-KAMU tertunggu-tunggu...
terutamanya GARY (tuan penganjur) dan Keen...
maaf ada hal yang menyebabkan AKU tidak dapat update entri cabaran 10 HARI ini...
tergaru-garu hati AKU nak update..
tapi AKU terpaksa akur...
hari ini...
AKU cuba melangsaikan entri DAY 6: 10 ITEMS YOU CAN'T LIVE WITHOUT 
So let's check out KAMU-KAMU :)

  1. AIR!! sini aku ak cakap 2 benda...AIR dan AIR.. :p (AYER dan UDARA) 2 benda ni KAMU-KAMU pun perlu bukan... :) kalau tiada, hmmm alamatnya tak lama la hidup kat dunia ni..
  2. FOOD teacher!! adeiiiiiii..tetiba pulak suara budak yang menjawab..hahahaha masa kelas Science Year 2, AKU tanya dengan bebudak...pasal benda ni..tetiba sorang tu jawab, FOOD, AIR and WATER teacher!!hihihihi sebab dah belajar pasal Needs of Living Thing :P  comei sungguh student AKU ni...senyum AKU... :)
  3. NOKIA 5220 EXPRESS MUSIC AKU!! walau hp AKU ni tidak sehebat smart phone macam BB atau Iphone KAMU-KAMU itu, tapi banyak maklumat sulit yang AKU simpan dalam tu...hihihihi ada sentimental value yang AKU sayang dalam tu... :)
  4. DIGI :) kemana AKU pergi, DIGI juga network AKU pakai berkurun lama...hihihihi tanpa DIGI macam mana AKU nak berhubung dengan KAMU yang AKU SAYANG SANGAT!!!lagi-lagi KAMU yang buatkan AKU senyum selalu...hahahaha :P
  5. OPTIMUS PRIME AKU....hahahaha yang ni COMPAQ PRESARIO V3500...pengarang jantung AKU ni...buah hati AKU yang tidak pernah menghampakan AKU.. :) 
  6. LIL PRIME :) apa pulak ni??hihihihi yang ni PHILIPS GOGEAR MP3 AKU!! yang ni memang peneman setia AKU...mana AKU pergi wajib AKU bawa ni...lagi-lagi kalau AKU travelling sorang-sorang....kalau tiada peneman AKU ni...alamatnya AKU mati kebuhsanan duduk travelling sorang-sorang :)
  7. CIK BERUK AKU!!huhuhuhu walaupun CIK BERUK band CELCOM AKU ni bermasalah sikit kekadang itu, tapi AKU tetap SAYANG juga...sebab, kalau tiada, macam mana AKU nak berhubung dengan KAMU yang AKU SAYANG SANGAT ni...karang demam RINDU pula... :P
  8. ZA SKIN CARE PRODUCT BLEMISH SHOOT !!huhuhu yang ni, memang AKU tak boleh tinggal dah....memandangkan muka AKU cepat sangat berminyak kebelakangan ini..jadinya AKU memang memerlukan benda alah ni....wajib untuk di bawa ke mana-mana AKU pergi sekarang ni...huhuhuhu
  9. $$$....huhuhu yang ni...memang tak boleh hidup kalau zaman sekarang ni kalau benda ni tak ada...bukan maksud AKU $$$ itu segalanya, tapi segalanya memerlukan $$$...hmmm...AKU bukan nak jadi perempuan materialistik..tapi AKU rasa dunia semakin kejam..sebab $$$ itu diperlukan dalam segenap perkara dalam  kehidupan KITA...kalau AKU tak ada $$$ macam mana AKU nak hidupkan CIK BERUK dan DIGI AKU tu...huhuhuhuhu :(
  10. Last but not least....hihihiihi AKU tidak boleh hidup tanpa KAMU-KAMU semua!!!sebab kalau KAMU-KAMU semua tak ada, tak colorful la hidup AKU...suram saja...hihihihihi sebab setiap KAMU bawakan satu color untuk warnai hidup AKU....yeayyyyyy... :)



P/S: kejap-kejap lagi AKU ping entri yang tertinggal k.... :)



Melody MONDAY#

"WHY IS EVERYBODY SO OBSESSED? MONEY CAN'T BUY US HAPPINESS... "

Jessie J : PRICE TAG

P/S: AKU suka benar dengan lyric yang satu ni!!hihihihihi :)



Thursday, June 30, 2011

DAY 5: 10 WISHES


wahhhhh...pejam celik pejam celik...
dah sampai hari yang ke 5..
cabaran untuk Day 5 : 10 wishes...
hmmmm...
OK, dah sedia nak terjah 10 wishes AKU..
JOM sesama TERJAH....

  1.  AKU WISH semoga segala urusan MAMA dan BAPA akan dipermudahkan olehNYA dan dirahmatiNYA...apa sahaja MAMA dan BAPA telah lakukan untuk AKU dan adik-adik AKU, hanya ALLAH sahaja yang tahu, dan mampu membalasnya...AKU akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk MEREKA selagi AKU masih bernafas.INSYAALLAH.... :)
  2. AKU WISH semoga urusan 2 orang adik AKU akan dipermudahkan olehNYA dan semoga apa yang MEREKA hajati akan tercapai.Sebab AKU tahu, KAMI punyai satu matlamat yang sama, yakni mahu membahagiakan MAMA dan BAPA sedaya yang mampu...
  3. AKU WISH dapat lesen kereta dalam tahun ni juga...insyaAllah...dalam perancangan terdekat AKU.
  4. AKU WISH dapat pekerjaan tetap (berniat nak join NIOSH -tapi AKU perlu melalui banyak tahap sebelum AKU dapat meloloskan diri ke NIOSH) InsyaAllah, moga ALLAH memudahkan perjalanan AKU untuk ke sana...
  5. AKU WISH dalam tempoh 3 tahun ini (2011-2013) AKU dapat menstabilkan keadaan sosioekonomi keluarga AKU...memandangkan famili AKU masih ditahap baru hendak membangun..memandangkan AKU baru habis belajar, adik AKU yang no.2 masih dalam KPLI , adik bongsu AKU kerja di bakery..BAPA macam biasa, masih aktif dengan kebunnya...
  6. AKU WISH, akan bertemu dengan seseorang yang menerima AKU seadanya...menerima segala kekurangan AKU dan bersedia untuk memimpin disepanjang hayat AKU...InsyaAllah...AKU percaya dengan Qada dan Qadar dariNYA..
  7. AKU WISH, semoga adik-adik AKU akan bertemu dengan jodoh yang baik dan akan memimpin MEREKA ke arah jalan yang diredhaiNYA...Aminnn 
  8. AKU WISH, moga niat AKU untuk mendapatkan Ph.D akan tercapai...walaupun AKU tahu perjalanan AKU untuk ke arah itu masih jauh lagi...tapi segalanya bermula dari niat dan satu langkah bukan.. :)
  9. AKU WISH, AKU dapat merealisasikan impian AKU yang berkurun lama AKU simpan.. Itu AKU simpan dulu...InsyaAllah AKU akan share dengan KAMU-KAMU semua satu hari nanti.. :)
  10. AKU WISH semua yang AKU kenal akan berjaya dalam apa jua KAMU-KAMU   ceburi.. 

P/S: fuhhhhhhh...penat nak ber-WISH ni...apa pun AKU hanya insan yang mahukan kesederhanaan..sebab itu WISH AKU hanya biasa-biasa sahaja... tiada yang istimewa sangat WISH LIST AKU ni...








SPONTANEOUS THURSDAY


"PENGAMBILAN SEDIKIT COKLAT DALAM SEHARI BOLEH MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG DAN ANGIN AHMAR (STROK) HAMPIR 40%"

"FLANOVOL DALAM COKLAT BOLEH MENURUNKAN TEKANAN DARAH."


p/s: AKU SUKA COKLAT!!!! nyumnyum.....makan coklat buatkan AKU HAPPY!!! :)




Wednesday, June 29, 2011

DAY 4: 10 THINGS YOU WANT TO SAY ONE PERSON

sudah masuk hari yang ke-4..
task untuk hari ni...
10 THINGS YOU WANT TO SAY ONE PERSON..
fuhhhhhh...
ni memang tahap gaban mencabar ni....
tapi dekat siapa ek???
hmmm...
clueless ni...
AKU buat secara rawak boleh tak?
heeee...
sesuka hati AKU je..
ok, lets Check out!!!

  1. Waktu kenal KAMU, AKU rasa KAMU seorang yang membuhsankan....
  2. Tapi bila kenal lagi KAMU, AKU rasa SENANG dengan KAMU!!!
  3. Kekadang itu, KAMU buatkan AKU RIMAS sungguh!!sebab KAMU mengalahkan NENEK AKU yang kuat berpesan sana sini....
  4. Sampai AKU rasa nak lari jauh-jauh dari KAMU....huhuhuhu
  5. Tapi bila jauh-jauh AKU rasa macam ada yang tak kena je dengan AKU...rasa buhsan tahap dewa!!!
  6. AKU tercari-cari dengan KAMU!!sungguh!!!AKU rasa macam nak cari balik KAMU!!
  7. AKU tengok balik segala pesanan KAMU itu....sungguh!!!AKU baca berkali-kali...sampai AKU puas!!
  8. Rupanya AKU baru sedar...AKU RINDU KAMU!!!
  9. Tetiba, KAMU say "HI" dengan AKU....sekadar "HI" pun dah buatkan AKU senyum sampai ke telinga...terbang segala rasa RINDU AKU dengan KAMU!!!
  10. TERIMA KASIH KAMU!!sebab KAMU sabar dengan AKU ni...AKU rasa, memang tiada serupa seperti KAMU!!hanya KAMU yang bisa teguh dengan AKU....



P/S: aduiyaiiiiiiiii....ntah apa ntah yang AKU repekan hari ke4 ni....huhuhuhuhuhuhu 









Tuesday, June 28, 2011

DAY 3: 10 THINGS YOU HATE


10 THINGS AKU HATE
Cabaran hari ke-3 ni AKU rasa macam berat je...
mungkin terlalu banyak benda yang AKU suka berbanding AKU tidak suka...
hmmmm...
OK..
jom semak APA YANG AKU TIDAK SUKA!!

  1. AKU TIDAK SUKA CICAK!!! eeeeeiiiiiiii memang binatang yang AKU TIDAK SUKA....
  2. AKU TIDAK SUKA KATAK!!! eeeeeeiiii...walaupun AKU suka HIJAU..tapi KATAK adalah species yang AKU TIDAK SUKA!!!
  3. AKU TIDAK SUKA bila waktu privacy AKU diceroboh!!!!MEMANG AKU PANTANG la kalau ada yang menceroboh saat-saat AKU perlukan privacy!!!
  4. AKU TIDAK SUKA bila berjumpa dengan ORANG YANG PERASAN DIRI LAWA atau HANDSOME!!! walaupun diri DIA memang ada rupa..tapi disebabkan perangai PERASAN yang melampau-lampau memang buatkan AKU MELUAT!!!!huhuhuhu
  5. AKU TIDAK SUKA dengan ORANG YANG SUKA MENGARAH lebih-lebih!!!CAKAP saja lebih tapi KERJA HABUK PUN TARAK!!!huhuhuhu
  6. AKU TIDAK SUKA JERAWAT!!!!!ni memang AKU TIDAK SUKA!!!TENSION tu!!!bila ada JERAWAT BATU...lagi-lagi terpancul kat HIDUNG AKU ni...IRRITATING sungguh!!!huhuhu
  7. AKU TIDAK SUKA DENGAN BAU-BAUAN yang KURANG MENYENANGKAN!!huhuhuhu memang AKU TIDAK SUKA!!!ESPECIALLY LOTION ADIK AKU yang menyengat itu!!!buatkan hidung AKU sengsara!!!uwaaaaaaaaaaaaaaaa
  8. AKU TIDAK SUKA KENA PAKSA!!!semakin ORANG PAKSA AKU semakin AKU buat deeeeeee memanjang...huhuhuhuhu SESAK NAFAS oooooooo!!!
  9. AKU TIDAK SUKA MEMASAK!!! AKU SUKA MAKAN je...kalau bab MASAK, AKU rela berdiam diri!!!kekadang tu...AKU rela berlapar....hmmmmmmmmm
  10. AKU TIDAK SUKA bila tengah JALAN RAYA  tetiba ada MAT LAUN yang meludah dari tingkap kereta mereka tu!!MEMANG BIADAP!!!euuuwuuuuuuuuuuuuuu!!!! memang AKU TIDAK SUKA!!!

P/S: hmmmmm....jenguh AKU memikirkan APA yang AKU TIDAK SUKA!! memang AKU blurrr seketika...mungkin banyak benda yang AKU SUKA dari yang AKU TIDAK SUKA!!!




Monday, June 27, 2011

DAY 2: 10 THINGS YOU LOVE

Day 2: 10 things AKU love...
hmmm..
kalau yang ini AKU rasa senang je AKU nak share dengan KAMU-KAMU semua...
aisehhhhhhhh..
tetiba je datang angin AKU nak buat entri ni...
OK...
JOM CHECKLIST 10 THINGS AKU LOVE!!!
ARE YOU READY!!!
JOM....


  1. AKU LOVES GREEN!!! segala yang HIJAU itu AKU suka!!! lagi-lagi ALAM HIJAU memang AKU suka tengok!!! Kalau kempen GO GO GREEN tu memang support 100%...sampaikan cartoon GREEN LANTERN AKU tengok!!hihihihi  
  2. AKU LOVES CHOCOLATE!!!wahhhhhhh kalau CHOCOLATE tu memang AKU SUKA!!segala macam yang berkaitan dengan CHOCOLATE AKU tetap SUKA!!!dari DARK CHOCOLATE sampai la ke WHITE CHOCOLATE!!nyumnyum...memang AKU SUKA!!
  3.  AKU LOVES TOBLERONE!!!hmmmm...CHOCOLATE ni paling AKU SUKA!!!yummmy!!hihihihi memang AKU SUKA la....heeeee... :)
  4. AKU LOVES RIHANNA'S SONG!!memang AKU suka dengan kebanyakkan lagu RIHANNA!!! memang LAGU RIHANNA WAJIB ada dalam playlist MP3 AKU!! :)
  5. AKU LOVES CAMERA!!!bukan AKU SUKA kena ambik gambar...tapi AKU SUKA TANGKAP GAMBAR!!hihihihihi memang AKU SUKA!!hmmmm...berangan nak ada DSLR sendiri..tapi kalau AKU tak dapat DSLR, AKU dapat CAMERA DIGITAL macam PANASONIC  LUMIX TZ20 pun dah boleh buatkan AKU SUKA TERSANGAT-SANGAT!!hihihihi kalau AKU dapat grab NIKON COOLPIX S6000 pun dah kira AKU senyum puas dah.. :)
  6. AKU LOVES FAIZAL TAHIR....opsss ni memang AKU tak dapat nak lari....memang ramai artis Malaysia yang berbakat...tapi  FAIZAL TAHIR  AKU PALING SUKA!!KAMU-KAMU nak kritik pun AKU tak kisah...sebab DIA Superhero AKU!!hihihihihi :)
  7. hmmm...Kalau kawan-kawan yang kenal dengan AKU memang dorang dah tahu sangat yang AKU SUKA dengan ZAHIRIL ADZIM!!yang selalu AKU panggil sebagai MR.MERAHku...hihihihi memang AKU SUKA dengan Z.A ni...sebabnya..lakonan bersahaja DIA yang buatkan AKU SUKA tengok!!bukan itu saja, AKU memang SUKA dengan gaya penulisan blog DIA!!memang AKU selalu BLOGWALKING@ ZAHIRIL ADZIM BLOGSPOT!! :)
  8. AKU LOVES layan MOVIE!!hmmm...lagi-lagi kalau movie macam HARRY POTTER ke, PERCY JACKSON ke, TRANSFORMER ke, MERLIN ke, hmmmm..banyak lagi la...kalau nak AKU list memang sengal KAMU-KAMU nak baca nanti..hihihihihihi
  9. AKU LOVES layan CARTOON or ANIME juga!!!hihihihi ni memang AKU tak boleh buang dari zaman hingusan AKU lagi...movie cartoon 3D macam DESPICABLE ME, ICE AGE, SHREK, TANGLED, BARBIE ke....hmmm...banyak la...kalau ANIME AKU PALING SUKA sekarang ni FAIRY TAIL...hihihihi memang AKU tengok la....ada banyak juga ANIME AKU tengok...macam ONE PIECE, HITMAN REBORN, NARUTO....aduiii penat AKU nak list kat sini...hihihihihi banyak sangat...
  10. eehhh...dah sampai no10 dah...AKU LOVES benda-benda yang COMEI!!! hihihihi macam KUCING, CUPCAKES, BOOKMARKS,....memang AKU SUKA!!!hihihihihi apa saja nampak comei di mata AKU memang AKU SUKA!!!hihihihihi 

tamat sudah part benda yang AKU SUKA!!!


apa pun.....
I LOVE BEING ME!!!






Sunday, June 26, 2011

DAY 1: 10 THINGS ABOUT YOU < AKU>

hmmmm....
berdebar pula nak menaip 10 THINGS pasal AKU ni....
apa pun...
AKU kena buat juga...
memandangkan AKU nak join kan....

OK, lets check out 10 things about me kat sini...

  1. AKU dikalangan adik beradik AKU, AKU adalah the eldest one!! 
  2. AKU anak jati LIMBANG, SARAWAK :)
  3. AKU suka kaler hijau!! I LOVES GREEN!!
  4. BMI AKU tak pernah ideal :( selalu underweight je....
  5. AKU tak pernah derma darah...walaupun AKU ikut serta kempen promosi derma darah, AKU tak pernah derma pun...sebab ada benda...pertama AKU tidak layak...sebab, underweight.....hmmmm dan paling penting AKU takut dengan jarum!!ahahahaha
  6. AKU sekarang ni jadi CIKGU...tapi bukan permanently CIKGU...cuma GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) sementara AKU belum dapat kerja tetap lagi....
  7. This becoming JULY ada 2 perkara akan berlaku dengan AKU....pertama, AKU akan masuk angka 25 tahun, dan AKU akan Konvo!! :) 
  8. AKU tidak cerewet bab makan....selagi AKU rasa benda tu HALAL dan boleh di makan, AKU ngap je... :) 
  9. AKU kurang membaca surat khabar sekarang ni....huhuhuhuhuhu AKU lebih banyak tengok headlines dekat Berita dan akhbar online je...tu pun jejarang...
  10. AKU selalu buat benda ikut mood AKU...hmmmm...memang banyak mood la AKU ni.... :)
tadaaaaaaaa....
dah abis pun pasal AKU....
hmmmm...
semua adalah tentang AKU... 

THE END :)


CHALLENGE YOURSELF 10 THINGS

Hari ni kerja macam biasa BLOGWALKING..
banyak juga segmen yang kena anjurkan oleh para blogger ni...
macam MR.GARY ni...

nak JOIN..
KLIK kat nama MR.GARY 


tertarik juga AKU nak join...
tapi persoalannya...
AKU mampu ke menyahut cabaran MR.GARY ni..
cabaran 10 hari...
KAMU-KAMU semua berminat tak?
sekurangnya...
Setiap Hari KAMU-KAMU semua ada entri yang hendak di kongsi bukan...
AKU memang nak join benda alah ni..
tapi...
persoalannya...
AKU mampu ke menyahut cabaran ni...
hmmmm...
tarik nafas panjang-panjang...
AKU akan join...
insyaAllah....
bermula sebentar lagi....


P/S: contest dari PRINCE aku tak buat dahulu...memandangkan due date masih panjang....aku pun poning nak mencari gambar-gambar yang aku nak upload... :) last aku join benda alah ni pulak...heeee

Saturday, June 25, 2011

AKU ingin bertanya..

" hmmm...nak cakap ke tak ni...
kalau tak cakap..
hati AKU tak senang...
asyik gundah je...
asyik terkenang je...
selagi tak cakap...
selagi tu la..
hati AKU tak senang...
akan ingat kat tu je...
tapi..
kalau AKU cakap...
karang, AKU yang malu...
karang ORANG cakap AKU tidak tahu malu...
PERIGI CARI TIMBA!!..."
>
>
>
tadi AKU layan cerita LAILA ISABELLA di astro PRIMA....
lalu AKU tergerak hendak bertanya...
apa praktikal lagi ke bidalan "Timba mencari perigi, bukan perigi cari timba?"
salah ke kalau "Perigi cari timba?"
hmmm...
nanti orang kata "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong"
huhuhuhu...
sebab AKU tahu...
Hidung AKU kemek, dan tak mancung tu la...
AKU jadi malu...
kalau bab yang melibatkan hati dan perasaan ini...
haiyahhhh...
susah-susah...
kalau KAMU, apa KAMU buat?
nak jadi Perigi yang menunggu timba datang ke?
atau..
nak jadi perigi yang mencari timba??
pening-pening...


timba dan perigi...
sinonim dengan masyarakat melayu KITA...

kalau KAMU lelaki, apa KAMU akan pandang serong tak dengan 'CIK TIMBA'?
hmmm......
salah ke kalau CIK TIMBA mencari ENCIK PERIGI???

teringat pula cerita THE PROPOSAL...
rasa cute bila tengok perempuan yang ego tu melamar pekerja dia yang sweet tu... 



Saturday, June 11, 2011

BEN ASHAARI: JOM KENAL BLOG SAYA..


tengah-tengah fever macam ni pun, AKU sempat menyempat nak join segment dari ENCIK BEN ni..
ini adalah segment yang ke-3 AKU join anjuran dari ENCIK BEN..
SEGMENT JOM KENAL BLOG SAYA...
memang mantap ENCIK BEN ni..
memang jadi jambatan untuk newbie blogger macam AKU ini...
sejak dua menjak ikut segment dari ENCIK BEN ni..
iKUt CaRAkU makin meriah...
kalau dulu, banyak lalang tumbuh sana sini..
sekarang dah jadi taman bunga...
huhuhuhu..
A BIG GRATITUDE AND GIVE CREDIT TO ENCIK BEN...
sebab banyak menolong newbie like me..
THANKS AGAIN...



P/S: AKU yang masih baru, perlukan KAMU-KAMU semua untuk jadi cermin AKU...mostly 'iKUt CaRAkU' more refers to my personal life story... and some expression of AKU. :)






Monday, April 18, 2011

siapa KAMU??

KAMU??
KAMU Siapa??
Siapa KAMU???
ada yang kenal dengan KAMU???
aku semestinya tidak kenal dengan sesiapa KAMU??
hanya KAMU yang mengenali KAMU..
sekarang jom AKU dan KEKAMU mengenali KAMU dengan ini...
semak ini...


ISNIN
Tidak bakhil, ikhlas hati dlm memberi, tidak boleh menyimpan wang, senang membela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara

SELASA
Mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah naik darah, tidak sabar dan selalu ingin menang sendiri

RABU
Pendiam, namun kalau sudah berbicara tidak terduga (petah), tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong, banyak rezeki

KHAMIS
Pendirian nya tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah termakan pujukan rayuan halus dan tidak sabar

JUMAAT
Disukai banyak orang, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yg baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan

SABTU
Giat bekerja, rajin pandai mencari rezeki, ditakuti banyak orang, pandai menempatkan diri, dan boleh menyelesaikan apa yg menjadi tanggung jawabnya dengan baik

AHAD
Pandai bergaul, disukai banyak orang, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara, dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan baik


hmmmm dah kenal siapa KAMU??
AKU pun dah...
mari-mari kita meninjau sesama sesiapa KEKAMU sekalian...
adiosa~~




Saturday, December 25, 2010

si kaki ampu..

tengok sana...
ada yang mengampu...
dengar baik-baik..
apa yang nak dikatanya...
semua nak baik-baik...
tiada yang buruk...
jauh sekali cacat celanya...
kerana dia si kaki ampu...
hmmmmmmm...
cuba dekat dengannya...
pasti rasa nak terjeluak...
asyik mendabik dada..
kata dirinya bagus...
dia serba serbi boleh..
tapi...
hakikatnya...
dia bercakap..
umpama tin kosong...
bunyi lebih..
tapi..
habuk saja yang lebih....
hahaha..
aku kesian dengan kamu..
wahai si kaki ampu...