Showing posts with label alam. Show all posts
Showing posts with label alam. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Bahang

Bahang matahari pada hari ini, seperti bebola api yang dipanah terus ke kulitku. Memang panas. Sungguh panas aku rasakan. Apakah, ini tanda protes bumi atas apa yang telah kita lakukan? Marah ke atas apa yang telah  yang kita lakukan? Tanda penat, lelah dengan apa yang kita buat keatasnya. Ataupun, peringatan kepada kita semua bahawa sang bumi sudah cukup uzur untuk berputar di atas paksinya sendiri. Subhanallah..Maha Suci Allah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segalanya.


Esok, 13 September 2011 (Selasa) adalah hari peperangan buat pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia. UPSR akan berperang selama 3 hari. Walaupun pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, tapi bahangnya lebih terasa buat sang guru yang mengajar tahun 6. Itu memang aku boleh nampak sendiri sekarang, apabila melihat kelibat sang guru seperti duduk tak keruan bila terkenangkan hari UPSR yang ditunggu, dihitung, dicongak telahpun sampai ke noktahnya.Apa pun, aku doakan segalanya akan berjalan dengan baik-baik sahaja.Moga mereka dapat menjawab dengan jayanya.Amin.. 

P/S: Teringat waktu ambik UPSR dahulu. UPSR 1998.. Aku di SK. Tedungan Limbang ketika itu. 

Saturday, April 23, 2011

Masih indah

Terjagaku pagi ini...
segalanya nampak hijau...
lelayang berkicauan...
pipit bersiulan...
si jantan mendabik dadanya...
berkokok sepenuh hatinya...
seolah mahu menggegarkan satu alam...
tanda siang dah berganti....
Alhamdulilah...
pagiku masih indah.







Wednesday, June 10, 2009

AKU & KEHIJAUAN






A few days yang lepas, aku n my frens going to BUKIT CERAKAH SHAH ALAM..not really far from our house..hmmm, terasa nyaman ja bila berada dalam kehijauan alam di sana...bebas dari perasaan kusut...mata terasa damai memandang ciptaan NYA yang hijau...walaupun hari dah beransur petang, masih ramai pengunjung yang macamnya inda mahu berganjak ja meninggalkan kehijauan alam yang ada...huhuhu walaupun, niat mau cycling inda kesampaian..tapi aku tetap terasa puas dengan menikmati kehijauan alam yang masih lagi terpelihara di sana...tapi aku tetap berkesempatan ngambil pics kehijauan alam di sana...save our planets from now on..keep it greens for eva..huhuhuhu