Tuesday, May 15, 2012

BOOK REVIEW : DETIK DEBAR



"BIAR AKU PINTAS.
BIAR AKU RENTAS.
KAU PASTI TUMPAS!! "

HARGA : RM17 (Sem. Malaysia)
RM20 (Sabah & Sarawak)

PENULIS : EYMAN HYKAL
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN : 1 2012

Alhamdulilah...akhirnya aku berjaya habiskan novel aksi ini. Novel ni, hadiah dari seseorang. ;) 
Sesiapa yang suka akan novel aksi, aku tersangat syorkan kepada anda semua, untuk membaca dan mendapatkan novel ini. Sejujurnya, aku baru mengenali EYMAN HYKAL. Sebelum ini, aku hanya mengenali RAMLEE AWANG MURSHID dan ZAIFUZAMAN AHMAD, untuk novel genre aksi dan thriller. Ternyata sentuhan EYMAN HYKAL di dalam DETIK DEBAR ini tidak mengecewakan insan seperti aku. Garapan ceritanya ternyata penuh dengan debaran dan aksi. Dari permulaan plot, sudah menghidangkan aku dengan adegan-adegan aksi. Plot yang paling aku suka dalam DETIK DEBAR ini adalah pada waktu berlangsungnya HARI KEBANGSAAN yang mana adegan yang ditampilkan membuatkan aku susah untuk melepaskan novel ini. Detik debaran yang mampu membuatkan anda suspen sepanjang klimaks DETIK DEBAR ini. Jika anda jenis yang kuat berimaginasi, rasanya anda seolah-olah menonton tayangan movie aksi yang membuatkan anda tidak mahu lepas untuk mengikuti perkembangan DETIK DEBAR. Garapan cerita yang sangat berani dari EYMAN HYKAL. InsyaAllah, lepas ini, aku akan mengenali lagi penulisan EYMAN HYKAL. Memandangkan aku sudah tangkap cintan dengan novel-novel genre aksi sebegini. 
 Untuk sesiapa yang ingin membaca sedikit tentang DETIK DEBAR ini, sila tekan dan klik link di bawah ini.. :)

p/s: Sedang dibuai cinta dengan TOMBIROU : PENUNGGU RIMBA :)


2 comments:

  1. salam...
    wooo, berapa bintang? heheehe. detik debar, nanti mau cari jugak laa...
    ZAIFUZAMAN AHMAD tu novelis baru ek? tak pernah lagi baca hasil tulisan dia..=)

    ReplyDelete
  2. Cik Marikh...
    salam...terlupa pula nak bagi bintang...saya bagi 5 bintang..Memandangkan saya penggemar novel aksi merasakan novel ini penuh dengan debaran dan aksi yang membuatkan saya puas dan seronok. Zaifuzaman tu penulis yang dah lama berkecimpung dalam dunia novel seram. RAHSIA MIMPI, DENDAM SEMALAM, MISTERI JULIA antara karya yang beliau hasilkan.. :)

    ReplyDelete