"GUMINAVO ZOU DIAU..." (AMIRUDDIN)
"Cincin emas bertatah berlian pemberian Amiruddin dikeluarkan dari beg tangannya. Lama dia menatap cincin itu. Lama jua dia berfikir. Kemudian dengan lembut dan sopan, dia menyarungkan cincin emas bertatah berlian itu ke jari manisnya. Perlahan-lahan...dia mengukir sebuah senyuman. " (WAN SURAYA)
"Parut luka di perutnya tujuh tahun lalu sebagai tanda hari pertama dia mengenali ALLAH." (EJIM)
HARGA: RM 19.90 (Sem. Malaysia)
RM 22.90 (Sabah & Sarawak)
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN: 10 2012
BINTANG: 5 BINTANG
"SEMANGAT HUTAN" merupakan trilogi ke-2 TOMBIRUO dan mempunyai kesinambungan plot PENUNGGU RIMBA yang terdahulu. Watak perwatakan masih mengekalkan ketiga-tiga watak utama TOMBIRUO itu sendiri. Kali ini, watak perwatakan setiapnya lebih bersifat matang dan lebih menonjol berbanding yang terdahulu. Mungkin, SEMANGAT HUTAN kali ini mempunyai debaran yang lebih hebat ditonjolkan di dalamnya. Ini kerana, adanya watak ROGON dihidupkan bagi menjadikan setiap plot itu memberikan kesan yang sangat mendalam dan berkesan di dalam hati pembaca tegar RAM. Ketiga-tiga watak berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dan meninggalkan bekas yang tersendiri. Plot yang paling menarik perhatian aku, adalah ketika bermulanya terhempasnya kapal terbang hinggalah kemunculan ROGON yang menggerunkan. Bertambah menarik, dengan adanya pertemuan hebat di antara EJIM dan ROGON itu sendiri. Sentuhan RAM di dalam trilogi ke-2 TOMBIRUO ini sedikit sempurna dengan penambahan elemen cinta yang tidak keterlaluan dan bersifat matang. Kemunculan watak baru seperti DR.HASLIA, TAN SRI NASIR serta palitan kisah hidup AHMAD WU menjadikan SEMANGAT HUTAN lebih berwarna-warni. Sejujurnya SEMANGAT HUTAN lebih menyentuh perasaan dan golakan perasaan yang sangat hebat buat pembaca seperti aku. Perkara yang aku paling suka tentang karya RAM adalah dia sering mengingatkan kita tentang kematian. Kematian itu pasti...Hidup hari-hari esok, InsyaAllah.
p/s: andai kamu-kamu tahu, Trilogi TOMBIRUO aku ini, aku perolehi atas sebab luck sahaja. Sebab, ianya adalah novel yang dijadikan display sahaja yang tinggal waktu itu di Harris Bookstore, One Borneo..Memang jualan terlaris....
No comments:
Post a Comment