Wednesday, May 30, 2012

BOOK REVIEW : RAYYAN FANTASI


" APA YANG TERFIKIR.....ITU ADA!!"

HARGA: RM19.90 (Sem. Malaysia)
RM22.90 (Sabah & Sarawak)

PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN: 3 2012
BINTANG: 4.5 BINTANG

Terus terang aku katakan, pada mulanya aku rasa berat hati saja nak baca novel ni. Mungkin waktu ni, aku lebih menumpukan perhatian pada Trilogi TOMBIRUO. Permulaan plot novel ini agak mendatar dan biasa-biasa sahaja. Agak lama juga untuk aku mencari plot yang benar-benar menarik perhatian aku. Namun, apabila bermulanya episode kehilangan Addin  menjadikan novel ini semakin beransur-ansur menarik perhatian aku. Bertambah menarik perhatian aku, apabila sisipan kronologi YUK' KAA yang penuh dengan unsur fantasi. Aku lebih tertarik dengan plot di YUK'KAA berbanding dengan plot di bumi yang sangat mendatar. YUK'KAA adalah dunia fantasi yang mempunyai persamaan seperti di bumi, adanya pergolakan, kuasa dan peperangan yang membuatkan aku terus hanyut di alam fantasi buat seketika. Bertambah menarik apabila adanya misteri yang tidak terungkai di dalam novel ini. Jajahan Karuh antara misteri yang dibiarkan tergantung dan membuatkan aku ingin tahu lebih tentang misteri yang tidak terungkai itu. RAM sengaja membiarkan misteri itu satu misteri yang tergantung, tidak dirungkai dengan jelas..barangkali membiarkan seketika peminatnya untuk terus berfantasi. 

p/s: sangat berharap akan ada RAYYAN FANTASI ke-2..Mungkin aku jatuh cinta dengan plot di YUK'KAA dan misteri Jajahan Karuh tersebut. :) 


BOOK REVIEW: SEMANGAT HUTAN


"GUMINAVO ZOU DIAU..." (AMIRUDDIN)

"Cincin emas bertatah berlian pemberian Amiruddin dikeluarkan dari beg tangannya. Lama dia menatap cincin itu. Lama jua dia berfikir. Kemudian dengan lembut dan sopan, dia menyarungkan cincin emas bertatah berlian itu ke jari manisnya. Perlahan-lahan...dia mengukir sebuah senyuman. " (WAN SURAYA)

"Parut luka di perutnya tujuh tahun lalu sebagai tanda hari pertama dia mengenali ALLAH." (EJIM)

HARGA: RM 19.90 (Sem. Malaysia)
RM 22.90 (Sabah & Sarawak)

PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN: 10 2012
BINTANG: 5 BINTANG

"SEMANGAT HUTAN" merupakan trilogi ke-2 TOMBIRUO dan mempunyai kesinambungan plot PENUNGGU RIMBA yang terdahulu. Watak perwatakan masih mengekalkan ketiga-tiga watak utama TOMBIRUO itu sendiri. Kali ini, watak perwatakan setiapnya lebih bersifat matang dan lebih menonjol berbanding yang terdahulu. Mungkin, SEMANGAT HUTAN kali ini mempunyai debaran yang lebih hebat ditonjolkan di dalamnya. Ini kerana, adanya watak ROGON dihidupkan bagi menjadikan setiap plot itu memberikan kesan yang sangat mendalam dan berkesan di dalam hati pembaca tegar RAM. Ketiga-tiga watak berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dan meninggalkan bekas yang tersendiri. Plot yang paling menarik perhatian aku, adalah ketika bermulanya terhempasnya kapal terbang hinggalah kemunculan ROGON yang menggerunkan. Bertambah menarik, dengan adanya pertemuan hebat di antara EJIM dan ROGON itu sendiri. Sentuhan RAM di dalam trilogi ke-2 TOMBIRUO ini sedikit sempurna dengan penambahan elemen cinta yang tidak keterlaluan dan bersifat matang. Kemunculan watak baru seperti DR.HASLIA, TAN SRI NASIR serta palitan kisah hidup AHMAD WU menjadikan SEMANGAT HUTAN lebih berwarna-warni. Sejujurnya SEMANGAT HUTAN lebih menyentuh perasaan dan golakan perasaan yang sangat hebat buat pembaca seperti aku. Perkara yang aku paling suka tentang karya RAM adalah dia sering mengingatkan kita tentang kematian. Kematian itu pasti...Hidup hari-hari esok, InsyaAllah.

p/s: andai kamu-kamu tahu, Trilogi TOMBIRUO aku ini, aku perolehi atas sebab luck sahaja. Sebab, ianya adalah novel yang dijadikan display sahaja yang tinggal waktu itu di Harris Bookstore, One Borneo..Memang jualan terlaris....

BOOK REVIEW : TOMBIRUO "PENUNGGU RIMBA"


"Satu kecelakaan di hutan Keningau Sabah rupa-rupanya
ada kaitan dengan kes pembunuhan di Chow Kit Kuala Lumpur"

HARGA: RM19.90 (Sem. Malaysia)
RM22.90 (Sabah & Sarawak)

PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN: 12 2012
BINTANG: 5 BINTANG

Sekian lama aku mengidam dekat trilogi TOMBIRUO ini, akhirnya terlepas sudah kempunan aku selama ini. Mana tidaknya, ada sahaja yang menghalang untuk aku dapatkan trilogi TOMBIRUO pertama ini. Tapi, alhamdulilah...berkat sabar dan ketabahan orang itu, akhirnya aku telah milikinya. 

RAMLEE AWANG MURSHID atau nama glamor di kalangan peminat kipas susah mati beliau lebih dikenali dengan nama RAM ini sememangnya salah seorang penulis dan karyawan yang tidak asing lagi dengan jolokan "NOVELIS THRILLER NOMBOR 1 MALAYSIA". Sejujurnya aku sangat mengkagumi penulisan beliau, sehinggakan aku rasa ketagih untuk memiliki dan mengikuti penulisan beliau yang sememangnya memberi kepuasan yang maksima insan seperti aku ini. Ejim, Amiruddin, dan Wan Suraya antara watak yang telah digarap dengan baik dan sempurna bagi menghidupkan penceritaan TOMBIRUO "PENUNGGU RIMBA" ini. Setiap plot menceritakan dengan terperinci dengan baik. Plot yang paling aku suka dalam TOMBIRUO ini adalah detik pertemuaan Ejim, Amiruddin, Wan Suraya dan Ondu di Hutan Keningau buat pertama kalinya. Satu pertemuan yang aku rasakan meninggalkan kesan dan impak yang besar dalam Tombiruo ini. Watak yang membuatkan aku jatuh cintan adalah Ejim. Kenapa Ejim???Bukan Amiruddin?? Keaslian watak Ejim yang digarap seolah-olah hidup dan memberikan satu kekuatan yang sangat sesuai dengan Tombiruo itu sendiri. Ketidaksempurnaan pada diri seseorang itu bukanlah satu penghalang untuk menjadikan watak Ejim satu watak yang lemah. Amiruddin satu watak yang sempurna sifatnya dan sempurna di dalam pelbagai faktor, membuatkan Amiruddin lebih dominan. Namun, RAM berjaya membuatkan kita untuk bermain dengan teka-teki di dalam semua penulisan beliau. Ini merupakan satu kekuatan di dalam karya RAM yang mana tidak pernah menghampakan peminat beliau. 

p/s: kipas susah mati... ;)

Sunday, May 27, 2012

MAKE OVER

Sekian lamanya, akhirnya AKU telah berjaya make over MR.OPTIMUS ku secara berperingkat...Perghhhhh penantian satu penyeksaan. Begitulah perasaan AKU ketika menunggu MR.OPTIMUS ku keluar dari ICU @PC HOME LIMBANG....Teruk juga demam MR.OPTIMUS ku ini...sampaikan kipas di dalam tu rosak dan akhirnya menyebabkan windows shut down sendiri. 

Kini AKU telah berjaya make over MR.OPTIMUS ku mengikut cara ku...memandangkan MR.OPTIMUS ku ini sudah mengjangkau hampir 5 tahun usianya maka ianya sudah sebati dengan Windows XP. Tapi kali ini, AKU telah make over sedikit supaya ianya kelihatan sedikit cantik ala-ala Windows 7 gitu. Thanks to MR.GOOGLE AKU berjaya melakukan perubahan yang agak OK dan tidak membuhsankan mata AKU yang memandang. 

First, kena google tutorial tentang "HOW TO MAKE MY WINDOWS XP LOOK ALIKE WINDOWS 7"..
Then, klik dekat "TRANSFORM WINDOWS XP INTO WINDOWS 7 WITHOUT USING CUSTOMIZATION PACK".. Baca dan fahamkan...Bila dah rasa pasti dan yakin, maka dengan lafaz "BISMILLAH" mulakan kerja make over satu demi satu. 

Selain itu, AKU juga temui satu benda yang sangat simple dan mudah untuk make over Windows XP ke Windows 7 ni dengan hanya perlu install TUNEUP UTILITIES...sangat mudah dan sangat senang. Tapi rata-rata yang AKU dapat google kebanyakkannya Trial Version TuneUp Utilities 2012..so, AKU google balik Version yang freeware dan beserta Registration Serial Number..Klik kat free-tuneup-utilities-2008-download-with-registration-serial-number/ ini..akhirnya dengan senangnya anda boleh melakukan perubahan ke atas Windows XP anda dengan senang dan mudah.

First my windows XP boot screen look... (before MAKE OVER BEGINS... )

THEN.....TADAAAAAAAAA... (after MAKE OVER )



BEFORE MAKE OVER ; WINDOWS XP LOG ON AND LOG OFF

AFTER MAKE OVER : WINDOWS XP LOG ON AND LOG OFF


Hmmm...yang lain KAMU-KAMU boleh buat dan rasai sendiri...:)

P/S: rasa puas dengan MAKE OVER yang sedikit sebanyak buatkan MR.OPTIMUS ku dalam keadaan FRESH and LIVE!! heeeeee... ADIOSAAAAA... 



Tuesday, May 15, 2012

DUNIA SI KECIL

Matanya melirih padaku...
memandang seolah hanya padaku...
Matanya galak bercerita...
bercerita tentang dunia...
dunia yang baginya tiada penghujungnya...
lantas aku tersenyum...
melihat akan ulahnya...
seakan aku penonton penting...
yang perlu tahu cerita dunianya...
pembuka dan penutup hanya pada dia...
jangan membantah...
jangan menegur...
biarkan sahaja dirinya bercerita...
biarkan sahaja...
biarkan dirinya dengan dunia imaginasinya...
dunia yang penuh dengan warna karyonnya...
dunia yang penuh dengan warna pelanginya...
baginya...
dunia ini seputih kertas lukisan...
seputih kapas...
yang tiada noda hitamnya...
hakikatnya...
hanya kita sahaja yang tahu...
dunia hitam putih kelabu...
sudah menjadi tema hakikat hari ini....




BOOK REVIEW : DETIK DEBAR



"BIAR AKU PINTAS.
BIAR AKU RENTAS.
KAU PASTI TUMPAS!! "

HARGA : RM17 (Sem. Malaysia)
RM20 (Sabah & Sarawak)

PENULIS : EYMAN HYKAL
PENERBIT: ALAF 21
CETAKAN : 1 2012

Alhamdulilah...akhirnya aku berjaya habiskan novel aksi ini. Novel ni, hadiah dari seseorang. ;) 
Sesiapa yang suka akan novel aksi, aku tersangat syorkan kepada anda semua, untuk membaca dan mendapatkan novel ini. Sejujurnya, aku baru mengenali EYMAN HYKAL. Sebelum ini, aku hanya mengenali RAMLEE AWANG MURSHID dan ZAIFUZAMAN AHMAD, untuk novel genre aksi dan thriller. Ternyata sentuhan EYMAN HYKAL di dalam DETIK DEBAR ini tidak mengecewakan insan seperti aku. Garapan ceritanya ternyata penuh dengan debaran dan aksi. Dari permulaan plot, sudah menghidangkan aku dengan adegan-adegan aksi. Plot yang paling aku suka dalam DETIK DEBAR ini adalah pada waktu berlangsungnya HARI KEBANGSAAN yang mana adegan yang ditampilkan membuatkan aku susah untuk melepaskan novel ini. Detik debaran yang mampu membuatkan anda suspen sepanjang klimaks DETIK DEBAR ini. Jika anda jenis yang kuat berimaginasi, rasanya anda seolah-olah menonton tayangan movie aksi yang membuatkan anda tidak mahu lepas untuk mengikuti perkembangan DETIK DEBAR. Garapan cerita yang sangat berani dari EYMAN HYKAL. InsyaAllah, lepas ini, aku akan mengenali lagi penulisan EYMAN HYKAL. Memandangkan aku sudah tangkap cintan dengan novel-novel genre aksi sebegini. 
 Untuk sesiapa yang ingin membaca sedikit tentang DETIK DEBAR ini, sila tekan dan klik link di bawah ini.. :)

p/s: Sedang dibuai cinta dengan TOMBIROU : PENUNGGU RIMBA :)


TERTUNAI JUGA AKHIRNYA



Alhamdulilah....akhirnya aku berpeluang untuk mendapatkan cinta gila ku.. sungguh tidak ku menyangka sebegitu cepat aku mendapatkannya..namun,apapun, semua ini punya nostalgia yang mana mungkin untuk aku lupakan..< mode senyum sendiri>....
Terima kasih kepada KAMU yang sudi berhempas pulas untuk mendapatkan cinta gila ku ini..Tidak aku menyangka KAMU setekad itu...pada mulanya, aku hanya menyangka janji dilafaz hanya sebagai penyedap hati aku yang bagai memburu bayangan...yang entah bila akan aku dapatkan...apa pun, terima kasih sekali lagi, kerana sanggup memburu cinta gila ku ini...

AKHIRNYA TOMBIROU SERIES SUDAH AKU MILIKI....

HATIKU DI HARAJUKU dan MIKHAIL sahaja yang AKU beli...
yang lain....TERIMA KASIH KAMU.... :)


HADIAH TERBAIK DARI KAMU!!!


p/s : MISSION melayan cinta gila ku dalam masa lapang ini..... ;)
                                                           


Monday, May 14, 2012

CLUELESS...BLOG via ANDROID???

Ada perkara yang AKU tak temui jawapan dan caranya...
mungkin KAMU tahu...
please help me...
AKU betul-betul clueless....
tidak tahu....tidak mengerti...
bagaimana hendak post entry dengan menggunakan mobile a.k.a via android??
anyone knows??




SERVICE!!!

MR.OPTIMUS Ku sekarang ni tengah demam agaknya...
slow semacam je...
nak kena buat SPA ni...
SERVICE mana yang patut...
esok MR.OPTIMUS sayangku....
Beta berjanji akan membawa mu ke SPA...
huhuhuhu....

p/s: last service hmmmm....2009.aduiiiiiiiii...dah 2 tahun lebih jawabnya....