Wednesday, December 30, 2009

KE PENGHUJUNG JUA...

sedar tak sedar dah ke pengakher tahun jua rupanya..setahun dah berlalu...tapi rasa macam baru saja berada di pertengahan tahun...pejam celik pejam celik... esok lusa dah pun melangkah ke tahun baru 2010...rasa cepat ja masa tu berlalu...rasa macam semalam aku lalui semua atu...rasa macam kelmarin aku menyambut tahun baru..hakikatnya..aku dah ke penghujung tahun 2009 sudah..senyum sendirian bila ku mengenangkan perkara semalam..sedih sebak kesal bila aku terkenangkan coretan pahit kelmarin...rasa macam semalam aku jatuh cinta..rasa macam semalam aku patah hati...rasa macam semalam aku ditinggalkan..rasa macam semalam aku meninggalkan...rasa macam semalam aku kenali kamu..rasa macam semalam kamu mendekati aku..rasa macam semalam kamu mengkhianati aku..rasa macam semalam aku bertemu kamu..rasa macam semalam kamu pergi dari ku..rasa macam semalam aku dipuji...rasa macam semalam aku dimarahi..semuanya seperti semalam...hmmm...macam-macam ada....rasa sayang meninggalkan tahun 2009...tapi rasa bersemangat mahu mulakan sesuatu yang baru di tahun baru...rasa mahu menjadikan aku seperti yang baru..orang yang baru...semangat yang baru..tapi rasa sayang dengan tahun 2009 yang banyak mengajar aku untuk jadi seperti sekarang...dulu aku congek..aku bebal..aku bengap..aku jahil..tapi di tahun 2009,aku banyak belajar tuk menjadikan aku seperti sekarang..trima kasih pada-Mu YA ALLAH..kerana aku msih diberikan kesempatan dan peluang untuk ke tahun 2010..alhamdulilah..sempat jua aku berada di penghujung tahun 2009...

Sunday, December 20, 2009

hati..

kata orang..ikut kata hati akan jadikan kita binasa..mati..mana tidak nya..kadangnya..seseorang itu tidak lagi punyai kerasionalan dan kewarasannya...hilang pertimbangan..hilang prinsip yang selama ini dipertaruhkan..gara-gara ikut kata hati yang berlandaskan akal yang pendek dan nafsu amarah itu kadangnya...nafsu amarah itu lah yang akan membunuh kita sebenarnya..terlalu ikutkan emosi...cepat melatah..tak berfikir kesudahan baik buruknya..maka terjadilah perkara yang kurang menyenangkan yang akan terjadi..bila dah jadi..mula nak cari salah orang lain..cari punca masalah...padahal..semua itu datangnya dari diri sendiri..terlalu ikutkan hati dan perasaan yang membunuh itu..bila ditegur oleh orang lain..maka akan dijawabnya balik..umpama mencurahkan air ke daun keladi..sia-sia ;(

sebaliknya..andai hati itu bersih dari kongkongan emosi dan berlandaskan akal yang panjang..maka kata hati itu boleh membawa kita ke sinar kebahagian..menjadi firasat yang kuat..akan membawa kita ke arah jalan yang benar dan lurus..bukan semua orang boleh melakukan seperti itu..terlalu ramai yang mengikut kata hati yang hitam..bukan senang menjadikan hati itu putih bersih..tapi bukan payah nak jadikan hati itu hitam..buka mata..buka mata hati..nilai diri..muhasabah diri..itulah yang terbaik dan sewajarnya.. ;)))

Tuesday, December 08, 2009

kosong..

KOSONG...itu lah yang dapat aku katakan..tetiba saja kehidupan ku berubah menjadi KOSONG...hmm..apakah aku saja yang merasa kekosongan ini..atau kamu-kamu pun pernah atau sedang mengalami kekosongan ini..rasa kekosongan yang aku rasa seperti tiada apa yang bermakna dan beerti dalam hari-hari yang berlalu ini..hmmmmm..mungkin aku merasai kekosongan ini adalah disebabkan aku terlalu biasa kehidupan yang biasa aku lalui hari-hari...semuanya sama..tiada apa yang berubah..bangkit saja dari tidur ku..aku melakukan benda yang sama..berulang-ulang dalam tempoh berbulan bulan ini..sampai la ku menutup mata..segalanya tiada apa yang berubah..tetap sama..keadaan bilik ku..rak buku ku..laptop ku...almari baju ku...segalanya tetap sama..tiada apa yang berubah..hmmm..apa kah disebabkan ini aku merasakan kekosongan itu...aku pun tak mengerti kenapa aku merasa kan kekosongan ini...kadang nya ruang kosong itu ada yang baik nya..tapi kalau terlalu kosong itu..boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perkara yang di luar jangkauan pemikiran nya sendiri..kalau kekosongan itu di isi dengan persekitaran yang baik..maka akan baik la kesudahan sesuatu itu..tapi andai kekosongan itu diisi dengan persekitaran yang tidak baik..maka rosak dan hancurlah ruang kekosongan itu tadi...entah apa yang aku mahu sampaikan disini..aku sendiri kurang pasti..mungkin aku masih dibelengu dengan kekosongan yang ada...