Pernah kau tanyakan padaku...
Apa definisi Cinta?...
Ku jawab....
Cinta itu seperti secangkir kopi....
Metafora bahasa yang agak sinonim dengan orang barat, mengatakan "Love is like a coffee."....
Lalu kau terkesima seketika....
Aku katakan sebegitu kerana ada sebabnya.....
Mungkin kerana aku suka pada aroma kopi di waktu pagi yang dingin..
Kopi rasanya pahit, kelat, aroma baunya kuat, hitam pekat warnanya...
Rasa pahit kopi diseimbangkan dengan gula atau susu mengikut selera masing-masing....
Air panas dituangkan di dalam cangkir yang telah dimasukkan serbuk kopi dan gula tadi....
Dikacau sebati, sehingga semerbak aromanya memenuhi ruang...
Begitulah halnya dengan cinta....
Bila bercinta pasti adanya dua insan yang punyai perbezaan dari sudut pendapat, sifat, minat, hobi....
Tapi dengan adanya unsur kemanisan pada perasaan cinta itu, maka segala perbezaan itu akan meharmoniskan rasa kelat pahit itu...
Manisnya gula sama seperti perasaan sayang, tolak ansur di dalam satu perhubungan itu...
Air digunakan sebagai medium untuk memesrakan kopi dan gula...sama halnya dengan usaha yang kita lakukan untuk menjadikan secangkir kopi yang hebat rasanya...usaha yang aku maksudkan di sini adalah doa dan tawakal...
Berdoa dan tawakal padaNya agar perhubungan ini akan dipermudahkan dariNya..
Tanpa air, mana mungkin kopi dan gula itu bersatu di dalam cangkir bukan....
Kenapa cangkir atau cawan bukannya gelas yang aku pilih?
Bukankah, cangkir dan gelas itu sama tujuannya...
Bagiku, cangkir itu lebih klasik, lebih serasi dengan kopi, lagipun, cangkir itu lebih melengkapi perasaan untuk menikmati kopi berbanding gelas....
Cangkir di sini aku gambarkan, setiap perhubungan itu ada wadahnya...cinta yang kita semai itu akan hanya kita rasai setelah wujudnya ikatan yang halal disisiNYA yakni perkahwinan..
Indah bukan...
Itu jawapan aku tentang cinta...
Harap kau mengerti akan persepsi cinta aku....
P/s: persepsi cinta kita pasti berlainan...kerana yang mengatur kemanisan cinta itu ada pada diri empunya badan....
posted from Bloggeroid