Friday, April 22, 2011

APA SUDAH TERJADI????!!!

berkeceramuk!!!
aduiii..apa yang dah berlaku ni...
segalanya seperti tongkang pecah..
berteraburan di sana sini..
segalanya menjadi kacau...
hilang posisi asal...
segalanya bertempiaran..
betul-betul membuatkan AKU rasa semak...
hmmm...apalah menatang yang menyebabkan semua ini...
apa pun..
dari AKU membebel, mengeluh tak tentu pasal..
lebih baik aku mengatur balik..
dengan susun atur baru, dinding baru, dan suasana baru..
tapi aku perlukan sedikit masa untuk pengubahsuaian ini..
INSYAALLAH...

Wednesday, April 20, 2011

INCIT-INCIT

pernah dengar tak dengan bidalan ini "INCIT-INCIT LAMA-LAMA JADI BUKIT"
hmmm..."INCIT-INCIT" sangat sinonim dengan AKU..
ini kerana perkataan itu sering AKU dengar dari zaman hingusan AKU lagi...
mana taknya...
hampir tiap hari AKU akan dengar bidalan itu..
agar AKU dapat menambahkan isi perut tabungan ayamku...
hihihihihi...
INCIT-INCIT atau dengan bahasa 'standard'nya SIKIT-SIKIT
membawa banyak kelebihan bagi orang-orang yang sentiasa konsisten menabung...
nampak sedikit dipermulaannya...
tapi siapa sangka dengan INCIT-INCIT itulah akan berubah menjadi BUKIT...
Alhamdulilah...berkat KONSISTEN INCIT-INCIT
yang penting, biar KONSISTEN INCITNYA...
jangan dibiarkan sepi...


P/S: Tabung Ayam tak ada, Tabung Cap Ayam pun jadilah... :))



Tuesday, April 19, 2011

DIA semakin HOT!!!

aku teruja nak berkongsi entri kali ni..
nak tahu pasal apa...
pasalnya...aku nak berkongsi dengan iKUt CaRAkU..
berkenaan DIA yang semakin HOT!!
semakin PANAS seperti PISANG GORENG...
nyummmy sedap kalau makan pisang goreng panas-panas time petang ni..
heeee..
pown pown...[tu rasa orang kat area aku kalau takut kempunan]
ok chopp...berbalik kepada cecerita DIA yang semakin HOT ni..
mana taknya...DIA semakin menampakkan dirinya di merata tempat..
tapi AKU tetap SUKA!!!
sebab DIA MR.MERAHku....
jom semak kenapa DIA semakin HOT!!

1. PATAH tumbuh...hilang BERGANTI...selesai 6Progresif di TV9, DIA kembali dengan kisah JUVANA di TV3...bersiar setiap ISNIN 9 malam bermula minggu depan 25.04.2011 ni..
pasti AKU tak akan terlepas untuk mengikuti JUVANA ni..tambahan lagi KABIR BHATIA selaku penerbitnya sudah semestinya akan menjanjikan sesuatu yang lumayan untuk KITA semua nanti..



2. SENJAKALA...AKU pasti ramai yang sudah mengetahui tentang movie yang berunsur seram ni..
sayangnya AKU belum berkesempatan untuk menonton movie ini..memandangkan kawasan ku tidak mempunyai pawagam yang berdekatan...yang dekat pun tetap jauh untuk AKU pergi..
jadinya AKU bertabah untuk menunggu siaran yang tertunda... :((



3. selesai SENJAKALA...pasti ada yang akan menyusul...tapi AKU kurang pasti bila ianya akan ditayangkan lagi...BUNOHAN itulah yang AKU dapat katakan...sama ada ianya sudah ditayangkan atau belum ditayangkan...tunggu dan dengar sahaja promo yang akan datang.. :)


P/S: AKU memang suka DIA yang semakin HOT ini.... :)




Monday, April 18, 2011

siapa KAMU??

KAMU??
KAMU Siapa??
Siapa KAMU???
ada yang kenal dengan KAMU???
aku semestinya tidak kenal dengan sesiapa KAMU??
hanya KAMU yang mengenali KAMU..
sekarang jom AKU dan KEKAMU mengenali KAMU dengan ini...
semak ini...


ISNIN
Tidak bakhil, ikhlas hati dlm memberi, tidak boleh menyimpan wang, senang membela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara

SELASA
Mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah naik darah, tidak sabar dan selalu ingin menang sendiri

RABU
Pendiam, namun kalau sudah berbicara tidak terduga (petah), tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong, banyak rezeki

KHAMIS
Pendirian nya tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah termakan pujukan rayuan halus dan tidak sabar

JUMAAT
Disukai banyak orang, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yg baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan

SABTU
Giat bekerja, rajin pandai mencari rezeki, ditakuti banyak orang, pandai menempatkan diri, dan boleh menyelesaikan apa yg menjadi tanggung jawabnya dengan baik

AHAD
Pandai bergaul, disukai banyak orang, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara, dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan baik


hmmmm dah kenal siapa KAMU??
AKU pun dah...
mari-mari kita meninjau sesama sesiapa KEKAMU sekalian...
adiosa~~