Saturday, December 08, 2012

SAILANG MAGNUM OPUS R.A.M




SAILANG - pintas magnum opus Ramlee Awang Murshid, satu naskhah hasil karya terkumpul sama ada dalam bentuk puisi, cerpen, ilustrasi bergambar yang mencerminkan karya atau manuskrip novel RAM yang dihasilkan oleh para pemabuk dan penggila karya RAM yang obses dan nampak ghairah dalam menghargai dan menjiwai karya RAM. SAILANG bukan karya dan buah tangan dari RAM, tapi hasil kerja gila para RAMians yang benar-benar gila. Edisi terhad, kerana tidak ada di pasaran MPH mahupun POPULAR. Hanya boleh didapati dari RAMFC. Selain itu, SAILANG merupakan ilham orang kuat RAMFC untuk menyambut ulang tahun 5 tahun tertubuhnya RAMFC. Kegilaan, keobsesan dan kemabukan para RAMians dijilidkan dalam satu naskhah demi membuktikan betapa gilanya RAMians. Bagi AKU, virus mabuk obses RAMians akan terus dahaga untuk mendapatkan buah tangan dari RAM. Fenomena yang menjangkiti AKU. Walaupun AKU masih setahun jagung dalam koloni ini, namun AKU tahu, perjuangan RAMians bukan setakat di sini. Tapi akan terus menjalar dan merayap ke seantero pelusuk nusantara dengan harapan akan terbinanya satu empayar RAM.




P/s: akan terus memburu RAM...

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 04, 2012

Corat coret hati

Satu perkara yang belum pernah kita lakukan, akan menjadikan kita tertanya-tanya pada diri sendiri. Apa kita boleh melakukannya sebagaimana orang-orang yang telah berjaya melakukannya. Keyakinan kita sedikit tergugat, bila kita terlalu memikirkan yang negatif. Persoalan mampukah? Bolehkah? Berjayakah? Akan menjadi sarang pertanyaan. Halatuju kita akan terhenti kerana dek terlalu menitikberatkan persoalan sedemikian. Apa pun usaha yang ingin kita lakukan, haruslah kita sertakan doa dan tawakal. In Shaa Allah, segalanya akan berjalan dengan baik dan dipermudahkan urusan. Jangan segan bertanya, segan bertanya sesat jalan. Tanyalah pada mereka yang sudah berjaya. Jatuh bangun mereka harus dijadikan inspirasi kita. Kecekalan merekalah yang buatkan mereka berjaya.

P/s: memotivasikan diri sebelum melakukannya....

posted from Bloggeroid